Dark_wizard05's Reading List
8 stories
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 162,821
  • WpVote
    Votes 18,042
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 376,225
  • WpVote
    Votes 27,073
  • WpPart
    Parts 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 32,364
  • WpVote
    Votes 3,507
  • WpPart
    Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
THE TALE OF DRAKE by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 16,029
  • WpVote
    Votes 1,522
  • WpPart
    Parts 18
Erix seorang remaja lelaki yang lemah dan sering dipergunakan oleh orang sekelilingnya. Dirinya juga turut dikhianati oleh sahabat baiknya. Disebabkan rasa putus asa dengan hidup dan dendam terhadap mereka yang mempergunakan dirinya, Erix mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tetapi, kemunculan Drake telah mengambil alih tubuhnya. Si Raja Kegelapan yang gemar akan kebebasan, mengambil keputusan untuk meninggalkan takhtanya dan mengembara ke dunia lain dengan menggunakan tubuh Erix. Pengembaraannya dari satu dimensi ke dimensi yang lain, telah membawa dirinya kepada satu dimensi, di mana dirinya mula tertarik terhadap seorang gadis. Bagaimanakah kisah Drake dan Erix? Apakah yang membuatkan Drake tertarik terhadap gadis misteri itu? Jomlah selami cerita ini. [Inilah kisah Drake dan Lucy yang pernah aku perkatakan sebelum ni] start:3/11/19
ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 325,076
  • WpVote
    Votes 30,513
  • WpPart
    Parts 120
[Villain's untold story] "Kalau tak tahu sangat guna kaki tu, baik kau guna tangan. At least, orang tak cakap kau buta tapi gila. "-Eldera Delwyn "Jahatnya mulut! "-Adrea Bellvania "Eldera? Nope. Dia bukan aje bestfriend aku. Tapi kekasih gelap aku jugak. Haha-Arghh!"-Eryl Ryuzaki Eldera, si kaki sinis dan beku. Mulut tak pernah tak kasi ayat yang menyakitkan hati! Lawannya pula Adrea, seorang gadis biasa yang memang suka bertikam lidah. Kemudian, muncul pula Eryl, si kasanova yang miang sampai tak boleh bawak bincang. Kau rasa, hidup diorang ni normal ke? Sudah tentunya tidak! "Eleh, nak acah sweet pulak.." -Eryl "Dari kau, acah jantan padahal pondan. Hattui."-Eldera "Boleh tak kau berdua jadi bestfriend yang normal untuk sehari?"-Adrea Segala tawa dan tangisan, mereka kongsi bersama. Tidak walaupun sesaat, mereka meninggalkan satu sama lain. Namun.. "Kau dan aku.. Nasib kita sama sahaja Eldera. Kau tak akan boleh lari daripada takdir kau. Hehehe."- unknown. Akan kah persahabatan yang terbina, kekal sehingga pengakhiran? Berapa banyak nyawa yang harus menjadi korban kegelapan yang zalim? "Terima kasih.. Untuk semuanya." #DALAM PROCESS NAK MENGEDIT #MEMANG TAK LOGIK PUNYA CITER #STORY ZAMAN2 TAK MATANG #MAAFIN GUE Enjoy ❤️
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)  by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 55,223
  • WpVote
    Votes 5,870
  • WpPart
    Parts 52
-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahun lamanya dan terjaga untuk berhadapan dengan hakikat yang menyakitkan. Terlalu banyak tangisan air mata dan darah yang tumpah sebelum kebangkitanya. Nyawa menjadi mainan. Kehidupan didunia bagaikan neraka! "Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" "Ayahanda..Harapan." Siapa dia untuk menerima pengorbanan sebegini rupa daripada orang tuanya? Dari rakyat kerajaan ayahandanya? Mengapa harus dia yang memikul tanggungjawab yang belum tentu dia mampu laksanakan? Sesungguhnya, dia sendiri terhimpit. Terhimpit diantara janji dan pengorbanan. "Aku..Aku tak boleh bunuh dia." "Kau membelot kedua ibubapa kau!" Eryl Ryuzaki.. Apa yang takdir ada untuk sang naga yang akhirnya bangkit dari lena? "Lama tak berjumpa. Sang naga bermata satu.." "Yeah.. Lama tak jumpa. Sang syaitan yang lupakan kawan. Asal kau makin hot ni? Terliur lah pulak. Hahaha!" ". . ." "Cakap sesuatu!" "Bodoh." "Oi!"
Zodiac Boy by purple_rea
purple_rea
  • WpView
    Reads 15,481
  • WpVote
    Votes 1,601
  • WpPart
    Parts 44
Kyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bukan itu saja, malah dirinya juga merupakan putera mahkota bagi kerajaan ibu angkatnya, Diera. Kehidupannya mula berubah apabila dia bertemu dengan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang bernama Zach Kazuki. Pertemuan mereka berdua menyebabkan hidup Kyril mula menjadi huru-hara. Bukan itu saja, salah satu kerajaan yang berdekatan turut memendam dendam terhadap ibu angkatnya kerana wanita itu telah menolak lamaran si raja kerajaan. "Mahukah kamu melihat kedua ibu bapa kamu?" - Raja Kerajaan Zodiak "Tak mungkin dia ada kaitannya dengan kamu, Kyril. Setahu akak, kamulah satu-satunya anak kepada Schwi dan Kazu." - Lina "Kalau beta tak dapat nak menawan kerajaan itu secara baik, beta akan menggunakan kekerasan." - Raja Noir Siapakah identiti Zach Kazuki yang sebenarnya dan apakah kemahuannya? Bagaimana pula dengan penerimaan Kyril setelah mengetahui rahsia yang disimpan oleh semua orang selama ini? Publish - 13/10/2020 End -
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy by Qynnn_
Qynnn_
  • WpView
    Reads 23,392
  • WpVote
    Votes 2,250
  • WpPart
    Parts 54
[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah memecah belahkan puak puak tersebut. Kisah ini adalah mengenai takdir seorang budak lelaki yang bernama Dylan untuk menjadi kuat demi menyatukan kesemua puak. Dia berlajar di TRN School untuk mencari ilmu dan kemahiran tambahan. Tetapi, satu masaalah telah menghantui dirinya. Dia tidak mempunyai kekuatan sihir. Kekuatan sihir ini boleh digunakan jika dia menjumpai sebuah kristal yang berwarna merah. Dengan hanya menggunakan pil, Spirit Beast peliharaan nya, dua pasang pedang pendek di kedua dua tangan dan seorang kawan baiknya, dia mencuba untuk membunuh musuh jahat itu dan menjalan kan segala misi yang diberi oleh sekolahnya. Boleh tak korang fikir? Macam mana orang yang tiada sihir mahu berlawan dengan semua monster dan bawahan bawahan musuh jahat itu. Tetapi, cara untuk membunuh musuh jahat itu tidaklah mudah, Dylan perlu mencari salah seorang dari semua puak untuk bergabung dan membunuh musuh tersebut. Siapakah dirinya yang sebenar nya? Mampukah dia menyatukan kembali kesemua puak? Apakah takdir baginya? Dapatkah dia menjumpai kesemua kelopak kelopak kristal? Kalau nak tahu, baca lah..... Power Of The Little Boy 🥕🥕🥕🥕 100% Idea dari author sendiri. Jangan kata author tiru tau. Penat author cari idea sampai idea tu pon terbang berlari dari author. Huhuhu....sedih😌😌😂😂 (人*'∀`)。*゚+