💮🌸
23 stories
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 139,492
  • WpVote
    Votes 12,999
  • WpPart
    Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 163,266
  • WpVote
    Votes 18,145
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy by Qynnn_
Qynnn_
  • WpView
    Reads 23,433
  • WpVote
    Votes 2,250
  • WpPart
    Parts 54
[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah memecah belahkan puak puak tersebut. Kisah ini adalah mengenai takdir seorang budak lelaki yang bernama Dylan untuk menjadi kuat demi menyatukan kesemua puak. Dia berlajar di TRN School untuk mencari ilmu dan kemahiran tambahan. Tetapi, satu masaalah telah menghantui dirinya. Dia tidak mempunyai kekuatan sihir. Kekuatan sihir ini boleh digunakan jika dia menjumpai sebuah kristal yang berwarna merah. Dengan hanya menggunakan pil, Spirit Beast peliharaan nya, dua pasang pedang pendek di kedua dua tangan dan seorang kawan baiknya, dia mencuba untuk membunuh musuh jahat itu dan menjalan kan segala misi yang diberi oleh sekolahnya. Boleh tak korang fikir? Macam mana orang yang tiada sihir mahu berlawan dengan semua monster dan bawahan bawahan musuh jahat itu. Tetapi, cara untuk membunuh musuh jahat itu tidaklah mudah, Dylan perlu mencari salah seorang dari semua puak untuk bergabung dan membunuh musuh tersebut. Siapakah dirinya yang sebenar nya? Mampukah dia menyatukan kembali kesemua puak? Apakah takdir baginya? Dapatkah dia menjumpai kesemua kelopak kelopak kristal? Kalau nak tahu, baca lah..... Power Of The Little Boy 🥕🥕🥕🥕 100% Idea dari author sendiri. Jangan kata author tiru tau. Penat author cari idea sampai idea tu pon terbang berlari dari author. Huhuhu....sedih😌😌😂😂 (人*'∀`)。*゚+
Kisah Seorang Hero Yang Pendiam by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 64,605
  • WpVote
    Votes 6,262
  • WpPart
    Parts 74
Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka. Akibatnya mereka harus hidup jauh dari masyarakat manusia biasa bagi menyembunyikan rahsia mereka sementara yang sudah dibesarkan bersama para Awakend yang lain mungkin merasai hal itu cuma biasa.i Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Syed Qaiser. Dilahir dengan kuasa yang hebat malah luar biasa. pakar dalam semua perkara & hidup berdikari malah tinggal bersendirian & hanya bertemankan seekor sahabat berbulu. Tapi dipinggirkan oleh kumpulan sendiri yang hanya memandang dirinya dengan sebelah mata kerana pendiam tanpa mengira kekuatan & kelebihan dirinya itu. Bagi kumpulan lain yang menghargai, pasti merasai kerugian sementara yang pandang sebelah mata padanya hanya menghina dirinya. Walaupun begitu, dia tidak kisah akan suasana & caranya dilayan. Dia hanya meneruskan hidup sebagai awakend yang memiliki kuasa luar biasa yang tiada pada manusia biasa. Ikuti kisah selok-belok perjalanan Hidup Qaiser sebagai seorang remaja yang bergelar sebagai Hero yang pendiam.
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 32,514
  • WpVote
    Votes 3,545
  • WpPart
    Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
Rafiq:Budak Luar Biasa by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 16,253
  • WpVote
    Votes 1,795
  • WpPart
    Parts 30
Muhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan hanya dia adalah mangsa yang terselamat. Dia mulai ditempatkan di rumah anak yatim. Bermula dari situlah, kehidupan Rafiq mulai berubah. Dia juga telah mulai sedar yang orang lain juga pernah menderita seperti nya. Walaupun begitu, Rafiq juga memiliki sebuah kuasa yang sangat luar biasa & juga memiliki sebuah kelemahan yang tiada siapa ketahui. ikut kisah Rafiq dalam mengenal dunia baru & melawan musuh yang mencabar dirinya. Apakah cerita di sebalik kisah dirinya? Apakah kuasa yang dimiliki oleh Rafiq? Apakah kelemahan Rafiq itu? ketahui jawapannya melukis kisah Rafiq:Budak Luar Biasa
Akademi Dary : One Shot (SS) by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 30,292
  • WpVote
    Votes 2,680
  • WpPart
    Parts 32
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi dengan keseronokan dan kegembiraan. Buku ini mengisahkan kehidupan seharian pelajar-pelajar yang belajar di Akademi Dary. Selamat membaca! • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2019 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay
[C] Aishar World: The Lost Powers by h_waina
h_waina
  • WpView
    Reads 677,277
  • WpVote
    Votes 37,090
  • WpPart
    Parts 65
Beautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rutin Hariannya. Tetapi Sekelip Mata Semuanya Berubah. Demensi Lain Membongkarkan Rahsia Yang Tersimpan Kemas. Aishar World Membuatkan Dia Mengetahui Segalanya. Bertemu Dengan Jejaka Yang Telah Menarik Perhatiannya. Tapi Tanggungjawab Besar Dipikul. Tanggungjawab Yang Membuat Semua Orang Takut. "Aku Clara Silverinie Yuriko , Si Gadis Berkerudung. Dan Aku..." "The Legends Warriors." Start: 10 August 2018 End: 20 April 2019
ARYA : THE PRINCESS  by _daisyin
_daisyin
  • WpView
    Reads 85,294
  • WpVote
    Votes 5,919
  • WpPart
    Parts 51
🏅Winner -Yokina Hoshi Award - The Best Fantasy🏅 She is the naughty one. She is the happiest one. She is the lucky one. She is the princess. She is the chosen one. She is the one. She is Arya Scarlet. _____________________________________ On going- p/s : sorry for the broken english~ i was 16 (ig?) when i wrote this wkwkwk sy trlalu mls utk edit balik so baca ja lah
Daughter Of Light  by nyla_serein
nyla_serein
  • WpView
    Reads 136,306
  • WpVote
    Votes 8,404
  • WpPart
    Parts 32
"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya sudahpun meninggal dunia. Namun , dia tidak pernah tahu sebab mengapa ibunya meninggal dunia. Kini , Berry hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Dari dulu lagi , Berry dididik oleh ayahnya supaya mengikut segala kata-kata ayahnya. Berry juga tidak pernah bersekolah di luar rumah malah ayahnya juga menetapkan beberapa peraturan untuk Berry. Sehinggalah satu hari , Berry telah melanggar salah satu peraturan ayahnya dan menyebabkan dia berdepan masalah yang dia tidak pernah alami. Dari situ juga , dia mendapati perkara-perkara aneh berlaku padanya. Apakah masalah yang bakal di hadapinya? Apakah perkara-perkara aneh yang terjadi padanya? Apakah yang bakal terjadi kepada Berry dan ayahnya? Saksikanlah!