𝐲𝐞𝐨𝐧𝐚'𝐬 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐥𝐢𝐬𝐭
3 stories
IRIS LUTFIYA by atikahika02
atikahika02
  • WpView
    Reads 549,423
  • WpVote
    Votes 17,009
  • WpPart
    Parts 56
#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terlalu menginginkan anak lelaki. Kata bapanya,lebih baik menjadi seorang lelaki kerana lelaki kuat,tidak lemah seperti perempuan serta tidak menyusahkan.Lebih baik menjadi lelaki kerana lelaki tidak mudah menangis. Apabila meningkat dewasa,dia bangkit untuk menunjukkan kepada bapanya yang perempuan juga boleh berjaya.Perempuan juga boleh jadi kuat. Namun,semuanya seakan hancur begitu sahaja setelah dia bernikah.Kata-kata bapanya juga benar. Dia lemah. Dia menyusahkan. Air matanya juga sering tumpah. Tapi,dia bukan perampas. Dia hanya gadis yang bernama Iris Lutfiya.
Takdir Terindahku √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 366,974
  • WpVote
    Votes 19,068
  • WpPart
    Parts 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa sengaja. Saya taknak jadi hamba yang berdosa kepada Maha Pencipta. Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya?" Tanpa dasar cinta, aku menerima Sa'id Hafiz Murtaza kerana tidak mahu jejaka itu terus terikat dengan dosa. "Akak bertuah kerana menjadi isteri abang Hafiz. Dia tersangat istimewa" Aku hanya tersenyum manis. Aku mengaku bahawa suamiku tersangatlah istimewa. Tahap kecintaannya kepada Maha Pencipta tersangat luar biasa. Susah untuk mencari seorang lelaki yang terlalu jauh dari fitnah dunia kerana terlalu dalam mencintai agama. "Ada orang nakkan Aisya. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membunuh" Apa yang masuk ke dalam telinga aku bagaikan petir yang memanah tepat pada tubuh. "Kita kena korbankan Aisya" Aku hanya setuju. Akan tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit ketakutan dan bahaya? Mampukah aku untuk terus mempertahankan perkahwinan ini? Jika aku tewas, apa akan terjadi kepada aku? Kepada Hafiz? Ini bukan kisah cinta semata-mata, ini kisah pengorbanan dan kepercayaan. Ini... kisah aku. Dia seperti ais. Dingin dan keras seperti batu, tetapi sejuk dan menyamankan.
Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki by fiqahamani
fiqahamani
  • WpView
    Reads 480,007
  • WpVote
    Votes 39,909
  • WpPart
    Parts 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah berjadi menjadi teladan dari azali lagi dan masih kuat pengaruhnya sehingga ke hari ini. Namun, bagaimana pula kisah sang Cindarella kali ini? Yang hidup pada zaman yang kian maju dan serba moden. Bagaimana pula jika ceritanya 360 darjah berbeza dari kisah asal yang penuh dengan magis itu? Bagaimana jika kakak-kakak tiri diganti dengan abang-abang tiri manakala ibu tiri yang kini adalah ayah tiri? Dan bagaimana pula jika Cindarella adalah Lelaki?