NistipahTermizi's Reading List
23 stories
Lockdown Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
Lockdown Moment (TERBIT)
ayeshahamani_19
  • Reads 191,377
  • Votes 2,086
  • Parts 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan. Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya. Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam. "Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?" - HAIDER Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf? "Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati." - HAIRA SOFIA "Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu." - LUTH ASYRAF Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga? Luth Asyraf... Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan. Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya? Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua? Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.
ADAKAH MASIH CINTA by qtprinc3ss
ADAKAH MASIH CINTA
qtprinc3ss
  • Reads 899,867
  • Votes 26,652
  • Parts 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan perasaan Farrahani. Lelaki itu terpaksa berbohong demi kebaikan dan masa depan yang baik buat wanita yang sangat dicintainya. Megat Haneef yang memegang amanah abangnya berlaku khilaf. Seorang isteri yang sepatutnya disanjung tinggi, dicela dan dipukul. Megat Faris cuba menyedarkan Megat Haneef yang berlaku kejam pada isteri sendiri. Megat Haneef yang baru menyedari kesilapan dirinya mula memberi kasih sayang serta kelembutan buat isteri. Wanita yang sebelumnya dipukul dan dibuli kini dibelai lembut. Namun bahagia mereka hanya sementara apabila kekasih Megat Haneef kembali ke tanah air menuntut janji. Atas desakan Farrahani, Megat Haneef akur. Rumah tangga bersama kekasihnya, Elliey dibina. Farrahani dianggap orang gaji dan mereka tinggal sembumbung. Malangnya, rahsia yang disimpan tidak kekal lama apabila hubungan Megat Haneef dan Elliey diketahui Elliey. Farrahani didera dan difitnah Elliey menyebabkan Megat Haneef mula ragu. Kemalangan yang menyebabkan Megat Haneef lumpuh kini membuka kembali matanya. Namun, tidaklah mudah untuk menegakkan kepercayaan apabila bukti berada di depan mata. Farrahani yang hamil diperlakukan kejam oleh Elliey sehingga wanita itu keguguran. Farrahani bertekad keras. Elliey harus terima balasannya. Segala baiknya tidak dihargai jadi perlu apa lagi dia berbuat baik? Elliey dikerjakan sepuas hati sehinggalah kebenaran fitnah yang lalu terbongkar. ⚠️ 2018 copyright
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED) by cahaya-mata
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
cahaya-mata
  • Reads 4,184
  • Votes 136
  • Parts 13
Cerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada dalam dirinya.. Lailatul Qadar merupakan seorang wanita yang lemah lembut, sopan , rendah diri tetapi dia menganggap dirinnya tetap mempunyai kekurangan sedangkan Siti Sarah menggapnya wanita yang sempurna akhlaknya.. Dan Laila merasakan dirinya tidak layak untuk Ramadhan .. Adakah Ramadhan akan membalas cinta Laila???
𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 © by roseeeorchid
𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©
roseeeorchid
  • Reads 1,031,660
  • Votes 59,638
  • Parts 76
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma dalam dirinya terjadi berturut-turut dalam hidup telah diselamatkan oleh seorang lelaki iaitu Zulqadree Aaris. Menyelamatkan gadis itu memberi kesan perasaan ingin melindungi dalam diri Zulqadree dan dia berhasrat ingin mengambil gadis itu jadikan isterinya, satu hari nanti. Tetapi takdir Allah SWT yang menentukan mereka semula melalui abang gadis itu sendiri iaitu kawan dan business partner kerjanya. Siapa sangka kan? Hanya disebabkan Mama Papa gadis itu ingin menunaikan Umrah di Mekah, maka mereka disatukan. ❛❛Ma.. ape semua ni? Kenapa kita ke masjid ni?❞ ❛❛Kamu akan berkahwin, sayang❞ Terkejut adalah perasaan yang hadir setelag mendengarkan perkataan itu. Kahwin. Bukan dia tidak mahu tetapi dia cuma takut apabila terjerat dalam perkhawinan boleh kuatkan lagi perasaan truama dalam dirinya. Trauma yang mengakibatkan dia takut dan lemah pada sifat kejam dan baran seorang lelaki. Sifatnya yang kurang seni bela diri dan lemah itu membuatkan truamanya tercipta. suami dayus... dia takut jika ini dia dapat jika berkahwin tapi apa yang dia bayangkan sebenarnya tidak berlaku apabila suaminya lain dari yang lain. Zulqadree... seorang suami yang suka mengambil hati apetah lagi terlatahnya yang menghiburkan dan soft spoken. Tidak seperti lelaki lain. ❛❛Kalau tak pandai masak takpe, boleh belajar sayang. Tahu tak belajar dengan siapa?❞ ❛❛Dengan chef lah❞ ❛❛Dengan abang, sayang❞ Siapa sangka suami yang dia anggap seorang yang lembut hati budi padanya juga punyai kisah silam yang sebenarnya diri lelaki itu seorang yang baran? "Saya rindu suami saya yang dulu... " "Dia dah takde. Suami kau yang dulu adalah aku"
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI by theghafs
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
theghafs
  • Reads 36,955
  • Votes 2,136
  • Parts 32
-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya salah. Dia memang benar-benar cintakan gadis itu iaitu Nelysa Haura . Namun, cinta mereka ibarat bertepuk sebelah tangan dan Harraz Al-Qadri nekad mahukan Nel untuk jadi suri hatinya. walau badai datang melanda namun, Harraz Al-Qadri tetap percayakan takdir dan jodoh. "i only want you,Nel."- Harraz Al-Qadri
MGIMH(COMPLETE)(dah Terbit Feb2021)/TUNGGU PITCH TV3  by aisyfifi
MGIMH(COMPLETE)(dah Terbit Feb2021)/TUNGGU PITCH TV3
aisyfifi
  • Reads 26,390
  • Votes 1,049
  • Parts 27
Telah diunpub 21-bab akhir utk cetakan. Hnya tggl 1- 20 bab je. HANIS AYUNI, dia seorang gadis yang polos dan anak yatim piatu yang berjaya melarikan diri dari sangkar neraka keluarga angkatnya. Dia diselamatkan oleh keluarga baru berhati mulia dari terus terperangkap di dalam dunia kesengsaraan Hanis iaitu keluarga Nina Azureen. Suatu hari, Nina Azureen yang bekerja sebagai penjaga peribadi nenek kepada usahawan terkenal meminta Hanis menggantikan tempatnya sementara kerana ayah Nina yang tiba-tiba jatuh sakit. Zafril Ashraff, dia seorang pewaris tunggal legasi syarikat Jebat corporation yang tegas. Dia juga mengalami Ophidiophobia iaitu fobia pada haiwan dan gynophobia iaitu fobia pada wanita. Namun adakah fobianya terlentur tatkala bertemu dengan seorang gadis yang telah menghantui hidupnya saban hari di rumahnya sendiri. Sudahlah dia runsing neneknya asyik mendesak dia untuk berkahwin dengan alasan untuk menghapuskan fobianya terhadap kaum hawa. Adakah pertemuan tanpa diduga itu adalah sebuah perjodohan yang tak dijangka yang datangnya dari Allah? Apakah keputusan Hanis apabila nenek meminta pertolongannya untuk pulihkan fobia Zafril dengan sebuah perkahwinan? Sedangkan dihatinya hanya terukir indah sepenggal nama iaitu Nazrin. Siapakah? "Abang doakan Hanis bahagia."Nazrin Dan suatu ketika pula, Hanis didatangi oleh keluarga kandungnya yang selama ini dia menganggap dirinya anak yatim piatu dan tak pernah tahu asal-usul setelah dia sedar dari koma akibat kemalangan jalan raya bersama Zafril. Apakah puncanya? Semuanya ada kaitan dengan Nadia Izara. Siapa Nadia Izara? "Assalamualaikum, my hubby."-Hanis. "Wa'alai...wa'alai...hub...by?"-Zafril. Buk! Pengsan. Apa jadi?Jawapannya ada di dalam MR.GYNOPHOBIA IS MY HUBBY. #startwriting2Mei2020-11jul2020
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|
CIK_ZALIKHA
  • Reads 2,460,806
  • Votes 138,694
  • Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
qtprinc3ss
  • Reads 2,367,476
  • Votes 63,476
  • Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)  by nishnikko
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
nishnikko
  • Reads 3,105,496
  • Votes 75,994
  • Parts 59
Dhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemuda yang sempoi dan tidak banyak kerenah.Prinsip bercinta selepas kahwin dipegang dengan kuat walaupun ramai yang cuba mengambil hatinya.Namun hempehh!Hati beku bhaii Pertemuan antara mereka telah menimbulkan rasa aneh dalam diri Faliq.Perasaan aneh yang dirasainya itu membuatkan Faliq ingin memiliki Dhiya.Mampukah Faliq memiliki cinta Dhiya?Adakah Dhiya merasai apa yang dirasai Faliq?Dapatkah Faliq membahagiakan Dhiya? Dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga mereka Faliq dan Dhiya masing-masing mempunyai strategi tersendiri.Godaan menjadi pilihan untuk memikat kekasih halalnya itu.. *Try baca dulu..kalau x best korang boleh kecam sis.. HighRanking -#10inRomance (14/10/17) -#5inRomance (19/10/17) -#3inRomance (28/10/17)
Hati Ini Milik Siapa?  by wannabeyy
Hati Ini Milik Siapa?
wannabeyy
  • Reads 845,886
  • Votes 35,282
  • Parts 71
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq dekat Alor Setar. Lagipun umi buat umrah sekali dengan mak chaq dan pak chaq sekali. Korang boleh stay dengan Abang Idran, Kak Zunairah, Kak Darlina dengan Khaysarah. Lepas buat haji, umrah, pusing-pusing Tanah Arab tu, kitorang baliklah. Ada faham? " - Puan Halina, si umi yang sporting tapi garang nak mati! " Habis tu kakak macam mana? Takkan nak satu bumbung dengan Abang Idran? Kan tak manis? Kerja kakak? Tak boleh umi! " Hanis Aqasha, si kakak sulung yang suka memberontak. " By hook or by crook, korang kena stay jugak. Pasal kerja kakak, umi dah suruh Idran settlekan. Keputusan umi muktamad, noktah, titik, full stop! " - Puan Halina tegas. Disebabkan umi dan walid nak buat haji dan umrah, hidup seorang Hanis Aqasha jadi tunggang terbalik. Satu bumbung dengan abang sepupu sendiri yang jarang bersua muka? Oh tidak! Dan disebabkan itu juga status diri yang single and available bertukar sekelip mata menjadi married. Kahwin dengan abang sepupu sendiri! Tanpa pengetahuan umi dan walid? Oh ini kerja gila! Dan dia terpaksa bekerja satu tempat kerja dengan suami sendiri. Apa yang bakal terjadi? Apa pula reaksi keluarga nanti? Datang pula Ikmal Hazriel yang ingin menyambung cinta zaman universiti dulu dengan Hanis. Tekan read dan terima kasih kerana membaca! start ; 27 Apr 2019 end ; 18 Nov 2020