hailey_yoon's Reading List
2 قصص
Sayang kau Abang Sado بقلم kokobophun
kokobophun
  • WpView
    مقروء 357,568
  • WpVote
    صوت 9,916
  • WpPart
    فصول 56
Highest rank-No1 in #romance Zulhilmi-Nama yang sering meniti di mulut Zafa.Senior kepada Zafa.Seorang yang digilai ramai perempuan kerana badannya dan mukanya yang kacak.Penghina Zafa yang paling tidak boleh Zafa lupakan sejak kejadian di sekolah menengah. Zafariyah-Mencintai lelaki bernama Zulhilmi sejak masuk ke alam sekolah menengah.Berangan-angan ingin memiliki Zulhilmi sedangkan dirinya amat tidak sempurna di khalayak ramai.Kejadian penghinaan itu takkan dia lupakan. Dia kembali selepas beberapa tahun dengan rupa paras yang tidak pernah masuk dek akal. Disebabkan suatu kejadian di universiti,mereka terpaksa berkahwin pada usia mereka yang masih muda. Apabila cinta mula berputik, nafsu mengatasi segalanya.Ada yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka. Adakah akhirnya cinta akan bersatu kembali? p/s:harap readers memahami maksud novel ini... Novel ini mengandungi sedikit sebanyak unsur-unsur yang tidak sesuai bagi bawah umur. Sekian terima kasih.
DIA SI PEMBEKU CINTA  بقلم aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    مقروء 2,759,623
  • WpVote
    صوت 139,894
  • WpPart
    فصول 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.