Tortilla 🥙
3 stories
Jodoh Aku Ke? √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 1,493,841
  • WpVote
    Votes 67,289
  • WpPart
    Parts 74
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlawan kata. Seorang jejaka yang merasakan dirinya begitu kaya menghina seorang gadis yang dianggap miskin dan busuk. "Aku takkan suka dekat si Ayna ni, dah la miskin, busuk pula tu. Entah-entah, mak pak dia pun busuk sama macam dia" Sebuah penumbuk telah dihadiahkan kepada si penutur kata. Ayna yang selama ini hanya membalas dengan mulut akan kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq tidak dapat menahan amarahnya apabila mula melibatkan ibu bapanya. Satu kelas diam sepi apabila gadis itu dikatakan 'berani' menumbuk seorang ketua gangster sekolah. "Papa nak kamu jaga Tengku Asya dan abang dia, Tengku Syafiq" Terbeliak 3 pasang biji mata gadis apabila nama lelaki tersebut tersenarai dibawah jagaan mereka. Tiga gadis yang dianggap miskin dan busuk oleh Syafiq adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya tanpa dia sedari. "Kau cakap aku miskin? Kau salah, kau silap" Terdiam. Seluruh kelas 5 Alpha terdiam kaku tanpa sebarang suara. Semuanya diam sepi apabila 3 orang gadis yang dikatakan miskin mendedahkan wajah sebenar mereka. "Hye. Aku Tengku Ayna Alisya Binti Tengku Azrul" "Aku Raja Aqilah Azira Binti Raja Syazril" "Aku, Engku Azwani Dayana Binti Engku Azizul" Mereka adalah 3 orang anak jutawan yang menjadi perbualan diseluruh negara. "Nenda nak kamu kahwin dengan Syafiq" Hampir terkeluar biji mata Ayna apabila mendengar permintaan neneknya itu. Adakah mereka menganggap ini sebagai jodoh atau bodoh? "Aku takkan kahwin dengan kau" - Tengku Ayna Alisya "Kau satu-satunya harapan aku" - Tengku Syafiq Ezzry Start-Oktober 2017 End- 4:33pm, Sunday, 10 October 2018
Make It Halal - Completed by nurnathalieya
nurnathalieya
  • WpView
    Reads 342,346
  • WpVote
    Votes 16,635
  • WpPart
    Parts 57
Harith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan setelah ibu bapanya meninggal dunia. Harith yang lurus bendul ini membuatkan Heliza Helzi suka dengan perwatakan Harith. Heliza Helzi, seorang wanita yang sangat menjaga kehormatan diri. Tudung labuh yang menutupi anggota tubuhnya membuatkan dirinya nampak manis dan cantik. Maruahnya amat terjaga. Kehidupannya hanya sederhana. Namun, dia amat bahagia bersama keluarga tercinta. Heliza sibuk menolong ibunya di kebun dan sering terlihat Harith di kawasan kebun. Sikap lurus bendul Harith membuatkan Heliza suka dan sering ketawa. Tak disangka Harith juga menyimpan perasaannya terhadap Heliza. Make it halal memaparkan tentang kesungguhan Harith Hamka untuk menghalalkan Heliza Helzi dengan mengikuti syarat ayah gadis itu. Baca jom!
First Love Or Last Love  by __troublemaker____
__troublemaker____
  • WpView
    Reads 570,494
  • WpVote
    Votes 17,584
  • WpPart
    Parts 53
(COMPLETE) 'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky. Dia mempunyai seorang kawan baik. Dia berasa bahagia dengan hidupnya sekarang. Tengku Harris Erik Daniel. Dia menyimpan perasaan terhadap Faiqah Adreanna. Pada hari terakhir mereka berada di sekolah dia meluahkan perasaan dan melamar Faiqah. "Awak bidadari yang saya cari. Awak tulang rusuk saya yang hilang. Awak adalah nyawa saya. Awak bagaikan nafas saya tanpa awak saya tak boleh hidup."-Tengku Harris Erik Daniel Namun selepas lima tahun semuanya berubah. Daniel membatalkan pertunangan mereka disaat mereka menghitung hari untuk diijab kabulkan. Ibu bapa Faiqah tidak mahu malu lalu mereka memaksa Faiqah untuk berkahwin dengan anak kawan baik mereka. "Saya tahu la saya tak ada title macam bekas tunang awak tu tapi sekurang-kurangnya saya tak pengecut macam dia sampai sanggup lari bila nak dekat kahwin dah. Tak patut... Apa yang saya tahu saya akan pastikan awak jatuh cinta dekat saya."-Tengku Zayyan Edward Idruce p/s: Saya tulis cerita ni suka-suka je. Maaf kalau ada banyak kekurangan.