Ntoh lerr
96 stories
Rayyan's Cinta (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 371,947
  • WpVote
    Votes 8,503
  • WpPart
    Parts 77
//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, pernikahan MELISA masih diteruskan tetapi bersama pengantin lelaki yang lain. "Mateen this, Mateen that. Fuck him. He's dead! 7 feets deep down this fucking ground! Memang hidup kau berpaksi pada Mateen je ke? Daripada dulu, memang Mateen yang kau cari. Entah apa hebat dia, aku pun tak tahu" "Nak saya bawa cermin ke depan awak? Banding diri tu sendiri dengan Mateen" ujar Melisa. ... Sikap tidak ambil peduli RAYYAN terhadap MELISA sedikit sebanyak meluluhkan hati seorang wanita yang mendambakan kasih sayang seorang suami setelah dibuang oleh bapa kandungnya sendiri. Masih mampukah MELISA bertahan dengan perkahwinan yang hanya tertulis di atas kertas? Apa rahsia yang disimpan sebalik perkahwinan mereka? ... Playlist Rayyan's Cinta: 1. Masing Masing by Ernie Zakri 2. Satu Shaf dibelakangku by Arvian Dwi 3. Yang Terindah by Daqmie Highest rankings #2 novelmelayu #1 cinta #10 romance-friendship #1 wattpadmalay ... Author's note Enjoy reading yaaaaa ❤️ jangan lupa vote dan boleh komen untuk memeriahkan suasanooo
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 73,508
  • WpVote
    Votes 2,414
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
Tidak Layak Dicintaimu | E-BOOK by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 3,036
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 7
Dosa masa silamnya, merogol seorang wanita hamil yang pernah dicintai. Entah di mana akalnya pada ketika itu. Hidup bergelumang dengan noda, buatkan dia menjadi rakus... tercabar sehingga rayuan wanita yang dirogol pada malam itu dibiar sepi. Pada masa dia disabitkan kesalahan dan berada dalam penjara, berita tentang mangsanya itu sampai pada pendengaran. Wanita itu mati bunuh diri! Tertekan setelah dibuang suami dan dirogol dirinya. Kerana itu, penyesalan terbeban di pundaknya. Lebih-lebih lagi pada masa cahaya kebenaran singgah mengetuk pintu hati. Dia inginkan jalan hidup bertuhan, namun itu semua tidak mudah setelah apa yang pernah dilakukan kerap menghantui dan menjadi mimpi ngeri. Setelah bebas daripada hukuman dunia, dia berusaha mencari makna hidup yang sebenar. Tetapi, seakan sumpahan... apa yang dicari tidak sekali dijumpai. Sehingga dia tertanya, adakah Tuhan membencinya dan tidak akan pernah menerima taubatnya? Dalam bahagia yang cuba digapai, Wardah Imani hadir mengetuk pintu hati. Dia ingin mencipta bahagianya bersama wanita itu biarpun masa hadapan mereka masih samar-samar. Dan saat kebenaran terungkap tentang Aazeen Adara, dia tahu dia telah gagal sebagai seorang lelaki, seorang suami... dalam meraih bahagia antara mereka. "I choose to stay. Sakit macam mana pun Iman rasa, Iman tetap nakkan abang." - Wardah Imani - Layakkah dia dicintai wanita sebaik itu, sedangkan masa silamnya masih belum dapat ditinggalkan? Dapatkah dia menjadi suami sempurna buat wanita itu sedang dosanya banyak tidak terampun? Akankah juga Wardah Imani bertahan tatkala khilaf jahiliyahnya tersingkap tirainya? "Abang tak nak sayang bebankan diri dengan kesilapan abang. Kehinaan abang tak layak untuk keindahan dan keikhlasan sayang. Abang minta maaf..." - Uwais Al-Qarni -
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER) by CallMeSazzy
CallMeSazzy
  • WpView
    Reads 775,944
  • WpVote
    Votes 26,840
  • WpPart
    Parts 58
[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau bulu ketiak pun boleh tetap mekar tumbuh di bawah ketiak yang sempit, lain pula bagi pasangan ini. Eh, kalau cinta mereka tak mekar pun tak apalah, asalkan aku tak tengok muka kau, kau tak pandang muka aku! Pelbagai konflik yang berlaku di sekolah menjerut mereka untuk 'berkepit' sepanjang waktu persekolahan. Adakah cadangan para guru berjaya memulihkan hubungan musuh mereka? "Kau boleh tak duduk jauh sikit dari aku!"- KAMILIA HAZEL "Apasal pula? Kerusi kau yang dekat dengan aku, so please miss, jarakkan kerusi anda satu meter dari aku. Ha... Kalau nak jauh lagi, pergi duduk rapat kat dinding hujung sana. Lagi best."- UNGKU HARRAZ Jawapannya, tidak! Walaupun begitu, desakan dan ugutan dari pihak keluarga untuk menyatukan mereka sebagai suami dan isteri, tidak dapat dibantah oleh mana-mana pihak. Hati Hazel pula sedang terpaut pada cinta pertamanya, Raziq. Perwatakan Raziq yang penyayang dan baik hati menggugat iman Hazel. Lain pula bagi Raziq, yang cuma memandangnya sebagai seorang adik. Sadis! Sedangkan Harraz, dalam diam menyimpan perasaan cemburu melihat Hazel mencintai orang lain. Kerana cemburu yang tidak dapat dikawal, Harraz telah bertindak melukakan hati Hazel. "Where is your dignity? You lose it, did you? Dasar perempuan tak ada maruah. Tak cukup satu."- UNGKU HARRAZ "Aku akan ingat penghinaan kau pada aku hari ni sampai aku mati. Sekalipun kau melutut, tiada maaf untuk kau."- KAMILIA HAZEL Hanya kerana kata-kata yang tajam seperti pisau, Hazel tawar hati dan mati rasa terhadap Harraz. Dia abaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Harraz. Dia jadi isteri yang derhaka dan nusyuz kerana dia benci cinta Harraz!
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,718
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,340,750
  • WpVote
    Votes 7,921
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 104,855
  • WpVote
    Votes 5,519
  • WpPart
    Parts 42
Nak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,300,060
  • WpVote
    Votes 56,790
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
TITISAN CINTA. (Completed) by MekAin
MekAin
  • WpView
    Reads 178,633
  • WpVote
    Votes 6,640
  • WpPart
    Parts 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
Mencintaimu Hanya Sia-Sia | E-BOOK by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 1,388
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 4
SEPULUH tahun dia hidup dalam penjara, hanya kerana kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Dituduh merogol dan mencederakan rakan sekerjanya. Lima tahun perkahwinan dia dengan isterinya, Elnara Nailah semuanya terasa sia-sia apabila kepercayaan wanita itu hilang pada masa dia sangat memerlukan. Dan lebih dikesalkan lagi tatkala wanita itu sanggup menggugurkan kandungan yang membawa zuriatnya. Zuriat yang ditunggu-tunggu selama perkahwinan mereka termeterai. "Saya dah gugurkan kandungan saya. Saya tak nak benih seorang perogol, ada dalam rahim saya." - Elnara Nailah - Setelah diberikan kebebasan tatkala pengakuan dibuat wanita yang menabur fitnah ke atasnya, wajah pertama yang dia lihat adalah wajah si isteri. Isteri yang telah memberi luka terbesar dalam hidupnya. "I'm sorry for what has happened to us. Nara bersalah pada abang, pada anak kita... Bagi Nara peluang, abang. Kita mulakan hidup yang baru bersama." - Elnara Nailah - Berkali-kali wanita itu memohon kemaafan daripadanya, meminta dia untuk memberi peluang agar mereka mampu bahagia seperti suatu masa dahulu. Namun, pedih di jiwanya tidak mungkin terhapus dengan mudah. "10 tahun aku tanggung sendiri semuanya. Aku hadap hukuman atas kesalahan yang aku tak pernah buat... Aku tak hukum kau, Nara. Kau yang hukum aku saat rumah tangga kita diuji. Aku nak sangat maafkan kau. Sekejam mana layanan kau pada aku, aku masih cintakan kau. Cinta ni tak pernah padam dalam hati aku. Tapi, kecewa yang aku rasa ni... semuanya membunuh keinginan aku untuk terus hidup di samping wanita yang aku cinta." - Muhammad Ardani - Memang dia cinta dan sayangkan Elnara Nailah, tetapi saat dia hilang kepercayaan wanita itu sepuluh tahun lalu, di situ juga sepi cintanya bermula. Hanya masa yang diharap dapat menyembuh luka, walaupun sepuluh tahun dia pernah hidup dengan luka yang begitu dalam. "Let's end this marriage." P/s: single e-book ASMR. Boleh PM untuk pembelian.