ammra_03's Reading List
10 stories
YOUNG SPY [Undercover mission]©️ by Chickenandnugget_
YOUNG SPY [Undercover mission]©️
Chickenandnugget_
  • Reads 309,089
  • Votes 15,117
  • Parts 34
•B O O K T H R E E• COMPLETE✔️✔️ 23/9/19 #1 RANK IN ACTION GENRE 12/12/19 #1 RANK IN MAFIA •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Hasley adalah budak perempuan yang hanya mempunyai keluarga dan kehidupan yang sederhana seperti orang lain, dia mempunyai bakat dalam seni mempertahankan diri, dia baru sahaja menamatkan zaman persekolahannya di Crowdy City Highschool, sekarang umurnya adalah 18 tahun. Dalam misi untuk mencari kerja dia telah membuat kesilapan besar. "Because of you mission aku hancur!"-Aden. "mission what?"- soal hasley. "disebabkan kau ruined everything, kau kena tebus kesilapan besar dengan jadi Spy undercover buat sementara waktu."-Aden. Hasley buntu,kesilapan apa yang dia buat?, apa misi yang perlu di jalankan oleh hasley untuk menebus kesalahannya?. •••••••••••• kerana kesalahannya, hidupnya berubah 100%, dari hidup yang sederhana menjadi CEO , dari orang yang lemah menjadi seorang yang berani menghadap musuh, Dari menjadi perisik bertukar menjadi Mafia terkenal di itali. apa yang jadi pada hasley sebenarnya?, bacalah kalau nak tau;) ❌No copy my own idea. Nadrah fourth stories❤️ •••••••••••• First of all this's not sambungan dari young spy yang first, just a same tittle but different story line, if anyone nak sambungan yang pertama boleh request and i'll make a special chapter only:-) #ExanderAward #ExanderAward2020
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]
KhaiShif
  • Reads 209,033
  • Votes 19,656
  • Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
I Love You, Dian by raz577_
I Love You, Dian
raz577_
  • Reads 466,015
  • Votes 19,847
  • Parts 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup baru di Negeri Sembilan. Sewaktu sudah bekerjaya sebagai seorang pianist terkenal, Dian masih belum berani untuk pulang ke kelompok di mana dia kekal bayang. Dan untuk bertemu semula dengan playground bully dia? Tak perlu dia pulang. Pada malam yang hening, bunyi ombak sebagai latar belakang... Mereka bertemu semula. Kedua-dua mereka sudah dalam versi dewasa.
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
AISARA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Reads 198,943
  • Votes 13,563
  • Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Saya Tunggu Tau ✔ by cikorked
Saya Tunggu Tau ✔
cikorked
  • Reads 3,042,718
  • Votes 95,097
  • Parts 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih mencabar bagi Airis apabila Hayyan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mariana! "Jangan layan saya macam bibik kat rumah awak" "Dah memang kau bibik aku kan" "Gila!" Bermadu dengan Mariana merupakan ujian yang paling besar bagi Airis. It's worse! Siapa sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain! ***Di awal bab, memang mengarut bahasa pun i don't know la. Tapi saya perbaiki penulisan saya di pertengahan.
FARAH IZAYU by IzzIvyAnuar
FARAH IZAYU
IzzIvyAnuar
  • Reads 335,313
  • Votes 9,465
  • Parts 60
Hadirnya kau membawa kebahagiaan... hilangnya kau membawa kesunyiaan.... Aku redha dengan ketentuan Mu Allah s.w.t TULISAN KEDUA DARI SAYA SELEPAS KENAPA DIA?
Untuk Sekali lagi ©��️ by ashafarmin
Untuk Sekali lagi ©️
ashafarmin
  • Reads 1,536,169
  • Votes 57,738
  • Parts 51
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu terlampau beku. Seribu kali dia cuba meraih..seribu kali cara lelaki itu menolaknya. " It was a lied when you told me that you love me." - Sufi Irdina Puas dia menolak. Tapi wanita itu masih terus cuba untuk meraih cintanya. Akhirnya dia akur. Dalam hatinya sudah terselit nama itu sejak dahulu lagi cuma dia ego! Terusan berdalih sehingga melukakan hati orang yang dia cintai. " Jangan pernah berhenti berharap. Please, comeback! I want you back!" - Thakif Zulkarnain
Rahsia Takdir Antara Kita  by scarletwani
Rahsia Takdir Antara Kita
scarletwani
  • Reads 2,161,525
  • Votes 55,050
  • Parts 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan bersama Huzair Adha merangkap abang kepada teman lelakinya. Atau lebih tepat lagi,bakal abang ipar Nur Hanis sendiri! "Saya tak sangka,Hanis..awak sanggup curangi saya. paling saya tak dapat terima,awak curang bersama abang saya sendiri!" - Firdaus Adha Hanis dibuang oleh keluarga akibat tidak dapat menerima berita yang memburukkan maruah keluarga mereka. Paling sedih,Ibu mertua dan adik iparnya seakan akan membenci Nur Hanis selepas berkahwin dengan Huzair Adha. "Mungkin saya tak patut muncul dalam dunia ni. Mungkin kelahiran saya adalah satu kesalahan yang amat besar. Please Huzair,jangan cari saya lagi" -Nur Hanis "Aku sangka kau adalah wanita paling mulia dalam dunia ni tapi aku silap, kau adalah perempuan paling durjana yang pernah aku jumpa,Hanis!" - Huzair Adha Siapa sangka takdir Allah yang kita sendiri tak dapat dijangka. Dan siapa sangka semua yang berlaku ini adalah rancangan semata mata.
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
Suratan Takdir Untukku
liaatishaa
  • Reads 5,009,345
  • Votes 112,870
  • Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
Ex-Wife Revenge [completed] by crlnepna
Ex-Wife Revenge [completed]
crlnepna
  • Reads 793,182
  • Votes 18,490
  • Parts 53
Dihalau oleh suami sendiri bukan perkara yang mudah untuk Aurora. Lebih lebih dalam keadaan yang sarat mengandung. Puncanya? Puncanya disebabkan tuduhan yang tak berasas di lemparkan oleh kawan baik Aurora sendiri. Lebih malang lagi, anak yang dikandungkan oleh Aurora meninggal. Nasib Aurora dikira baik apabila Xavier datang untuk membantunya. Apabila Aurora ingin kembali ke rumahnya, kejutan diberikan apabila dia melihat Colline sekeluarga sedang mengadakan upacara pengembumiannya. Daripada itu, Aurora memegang satu dendam. Dendam untuk menghancurkan kehidupan Colline suaminya, dan Suzanne kawan baiknya dengan bantuan Xavier. Mampukah Aurora membalas dendam? Mampukah dia menjatuhkan Suzanne? Satu dendam yang mampu membongkar keseluruhan rahsia. Rahsia apa? P/s: cerita ini mengandungi konflik yang bermacam macam kay.