ShemutChagiee's Reading List
5 stories
SELAMANYA MENCINTAIMU by ayra_sofea
ayra_sofea
  • WpView
    Reads 433,435
  • WpVote
    Votes 7,748
  • WpPart
    Parts 72
"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omelnya di dalam hati.-Syed Zarul- "Keluar kau dari sini! Kau tak layak untuk jadi isteri aku! Selagi kau tidak gugurkan anak haram tu, aku akan gantung kau tak bertali!"jerkah Daniel selamba. Beg yang penuh kain baju Dhia dilemparkan keluar rumah tanpa sedikit belas kasihan. Hatinya sakit mengenangkan nasib dirinya beristerikan Dhia.-Daniel Irfan Sakit bersalin yang dirasakan sekarang ini hanya bertemankan air mata. Melihat pasangan lain bertemankan sang suami sangat meruntun jiwanya.-Dhia Nur Aliya
TUAH ASMARA by HashAuliaEbooks
HashAuliaEbooks
  • WpView
    Reads 1,382
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 5
Prolog "Selagi nyawa dikandung badan, abang takkan sesekali lupakan Orked. Takkan sesekali curang, apatah lagi berhenti mencintai. Orked adalah bunga di hati abang." ITU DULU! Sekarang.. "Kau siapa? Aku tak pernah ada isteri. Jauh sekali ada anak. Kau sengaja nak ambil kesempatan atas aku sebab aku hilang ingatan, kan? Kau saja nak menyamar jadi isteri aku, kan? Aku belum kahwin. Aku single! Aku takde isteri macam kau." Orked Dahlia terngadah. Dia ingatkan, bila encik suami sedar dari koma, mereka akan kembali bahagia seperti dulu. Malangnya tak! Saat suami kemalangan dan koma, nyawanya dah seakan direntap. Bila sedar dari koma, encik suami hilang ingatan pula! Dua kali kena rentap! Sehingga dia tak tahu nak buat apa saat ini. Bermacam cara dia guna untuk kembalikan ingatan si suami, malangnya semua tak berhasil. Bukan setakat encik suami mengaku single, malah siap halau dia dari rumah lagi! Katanya, dia menyamar menjadi isteri sedangkan dia tak menikah lagi. Amboi! Kemain mengaku single. Padahal kubur dah kata mari, dunia kata pergi. Ketap bibir, tangan mengepal penumbuk. Dia pandang beg pakaian di kaki sebelum mencerlung tajam pada encik suami di depan mata. Satu persatu wajah dalam rumah tu dia tilik. Ada yang tayang muka simpati. Ada juga tayang muka puas hati. Tak lain tak bukan, Tengku Nora. Yang sememangnya tak suka dia jadi menantu sejak dahulu lagi.
THE DEATH EATER (C) by Adwa_Nafeesa
Adwa_Nafeesa
  • WpView
    Reads 7,390
  • WpVote
    Votes 308
  • WpPart
    Parts 26
Keluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluarganya masih menjadi tanda tanya. Selain misi menjaga keamanan negara, dia mempunyai misi yang tersendiri. Pasukannya diarahkan untuk mengendalikan misi mencari individu-individu yang telah dilaporkan hilang sejak beberapa bulan yang lalu. Kes kehilangan orang ini bukan seperti yang biasanya. Ada sesuatu yang digelar sebagai 'The Death Eater' yang menunggu dirinya di penghujung misi. "Kapten, kau tak rasa pelik ke dengan misi kali ni?" - Leftenan Aqeel Raihan "Jangan percayakan sesiapa pun, faham?!" - Kapten Wang Zhen Wei Angela, seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe bersama-sama rakan karibnya si Rania ditakdirkan bertemu dengan dua orang jejaka itu. Hati mula memutik rasa aneh. "Aku rasa dia suka kaulah, Angela. Dia asyik usya kau je." - Rania "Macam tak betul je aku tengok dia tu." - Angela "Selamat datang ke permainan aku, kapten." - The Death Eater Siapakah 'The Death Eater' dan apa yang dia mahu daripada Kapten Wang?
Nuh's Secret Wife [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 1,577,016
  • WpVote
    Votes 44,445
  • WpPart
    Parts 34
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran. Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu. "Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah Crapp!! Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya. "Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh "Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju. Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya. "Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..." "Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-" "Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"
NIGHTMOON vs ANTS by BUTANGURL720
BUTANGURL720
  • WpView
    Reads 29,480
  • WpVote
    Votes 1,604
  • WpPart
    Parts 42
SYED AIDAN IZUMIE , lelaki beruniform yang terkenal dengan ketegasan , disiplin dan prinsip hidup yang tak pernah longgar. Hidupnya adalah medan kawad , lurus , tegas dan tak boleh dibantah. Tapi segalanya mula retak saat kemunculan NOOR IZARA AISYAH , gadis kampung yang penuh misteri dan luka dalam diam. Izara bukan seperti gadis lain. IZARA seorang yang kasar , lantang dan tak gentar berdepan dengan mata tajam seorang tentera. " suka hati kau je panggil aku kucing bengal , kau tengok aku ada rupa kucing ke ! " - Izara " mungkin sekarang kucing , mana tahu esok lusa aku panggil kau sayang ! " - Izumie Di antara rahsia silam, trauma dan gurauan yang tak dijangka , wujud satu pertempuran yang paling sukar , perang dengan perasaan sendiri. Adakah benteng hati IZARA mampu ditembusi ? Atau adakah IZUMIE sendiri yang bakal tumpas di medan rasa ? " aku tentera IZARA , penuh ketegasan , Tapi mengapa hati aku cepat kalah dengan kau " Izumie " aku tak minta disayangi tetapi mengapa dia hadir saat aku di uji " Izara