REWARD | COMPLETED 🏆
3 historias
Darlingku Mr Bad Crush por ShaDhia
Darlingku Mr Bad Crush
ShaDhia
  • LECTURAS 271,947
  • Votos 20,761
  • Partes 48
#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dalam golongan VVIP, mahupun pangeran di raja. Dia hanyalah anak orang biasa yang tidak mempunyai nama dan pangkat. Tetapi... Haziq merupakan seorang atlet sekolah yang tampan yang sangat terkenal di sekolah membuatkan ramai perempuan cair melihat ketampanannya. Cinta Siti Safea kepada Haziq Arfan begitu mendalam sampaikan hati sendiri tersakiti jua kerana nama dalam hati lelaki itu sudah dimiliki oleh orang lain. "Saya tak pernah tipu awak. Hanna... memang curang dengan awak. Sumpah! - SITI SAFEA "Enough! Kau dengar sini! Kau bukak telinga kau tu luas-luas. Aku takkan sesekali suka atau cinta perempuan macam kau ni! Dahlah muka buruk! Hati busuk!" - HAZIQ ARFAN Pelbagai tomahan dan hinaan yang dilemparkan kepada Safea membuatkan kesabaran gadis itu semakin memuncak. Kecewa dan sakit bergabung menjadi satu. Lalu, dia membuat keputusan untuk mengundur diri. Disebabkan peristiwa memalukan itu, Safea nekad untuk ubah menjadi dirinya baru. "Macam mana... nak jadikan diri kita sentiasa nampak yakin?" - SITI SAFEA "Kau kena berani cakap di khalayak orang ramai. Buktikan kau boleh, Saf. Buktikan dekat orang yang hina kau terutama Haziq tu... yang kau bukan calang-calang orang yang dia boleh hina! Bangkit!" - MOHD AZRIN Safea membuat keputusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulumnya. Bukan untuk mencari perhatian 'crush', tetapi dia mahu buktikan dirinya tidak dipijak lagi. "I'm sorry what I had done. Please forgive me, Saf. Aku tahu aku memang bodoh tak percayakan kau dulu." - HAZIQ ARFAN "Dah habis cakap? Saya dah lambat nak pergi training debat. Kalau itu saja awak nak cakap. Baik tak payah la." - SITI SAFEA 🚫 NO PLAGIAT ALLOWED 🚫 START : 18/11/2019 END GENRE : Teen fiction STATUS : O
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ por Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • LECTURAS 396,378
  • Votos 22,326
  • Partes 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE] por jijahorkid
Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]
jijahorkid
  • LECTURAS 65,172
  • Votos 4,867
  • Partes 40
Beautiful and gorgeous cover by @peanurts😘😘 Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney. Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya. 'Anak aku dah lama mati. Kau siapa? Pergi berambus dari sini.' - Mak Temah Akur dengan kehendak ibu tersayang, kakinya melangkah pergi. Pertemuan dengan Tengku Aminah yang tinggal bersama Rayyan dan si kecil, Adib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, itu hanya sementara. 'Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?' - Rayyan Demi membalas budi Tengku Aminah, dia kuatkan hati. Setiap cacian dan tomahan yang dilemparkan dia hadap. Tanpa dia sedar, hanya kerana satu ucapan terima kasih, dia jatuh hati pada Rayyan. Pelik tapi benar. Kehadiran Syafiq secara mengejut dengan niat untuk membantunya menjadi tanda tanya. 'Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni.' -Syafiq Di sebalik bantuan itu rupanya tersimpan satu rahsia. Kerana dendam, pelbagai kemalangan menimpanya. 'Aisyah, Aisyah...Hidup lagi kan kau? Aku ingat lepas kemalangan tu, kau dah jumpa Dian kat sana. Tak sangka pulak orang macam kau ni liat betul kan nyawa kau! Mampukah dia terus bertahan? Siapa yang berdendam dengannya? Tatkala semuanya terbongkar, masih adakah bahagia buat dirinya? 🌹Bismillahirrahmanirrahim🌹