lisaaerin
Harriz Asyraff.
Lelaki itu tidak pernah sekali pun bercinta sepanjang 27 tahun hidupnya. Bukannya tidak ada yang mahu kepadanya, tetapi dia yang jual mahal. Melebihi perempuan pula! Katanya tidak ada yang menepati cita rasanya. Sampaikan umminya pun sudah pening kepala memikirkan kerenah anak sulungnya itu. Memilih sungguh!
"Before I close my eyes..." - Puan Sri Hana
"What do you mean by that?" - Harriz Asyraff
Qayla Arissa.
Gadis berumur 26 tahun itu sudah selesa dengan hidupnya sekarang. Pekerjaan yang kukuh, tinggal bersama ibu dan ayahnya yang tersayang, dan yang paling penting, tidak terlibat dengan mana-mana lelaki selain ayah dan tiga abangnya. Mengapa dia tidak mahu terlibat dengan lelaki? Kerana... Semua memorinya dengan lelaki tidak pernah indah. Sejak dari zaman persekolahannya lagi.
"Kau..." - Harriz Asyraff
"Sorry, I have to go." - Qayla Arissa
Apabila dua manusia yang saling tidak suka dengan satu sama lain bertemu, jangan harap lah mereka akan sekepala. Duduk satu meja pun sudah menjadi masalah bagi mereka.
Namun, siapa sangka... Orang yang tidak disangka-sangka itu jugalah yang menjadi pelindung di saat genting, yang selalu ada di saat mereka memerlukan seseorang untuk bersandar.