Hatiku Hanya Untuk Mu
its_nanasgrill06
- ЧИТАТЕЛЕЙ 326
- Всего голосов 38
- Части 18
Syafeeq merupakan anak tunggal kepada pasangan usahawan yang sangat berjaya di Malaysia. Mereka hidup sangat bahagia tanpa gangguan sesiapa. Namun, kebagiaan mereka tidak berkekalan. Dato' Adzman dan Datin Irdyna meninggal dunia dalam suatu pembunuhan yang amat tragis. Tugas menjaga dan membesarkan Syafeeq diserahkan kepada Anaqi, adik bongsu kepada Dato' Adzman. Rumah agam milik arwah Dato' Adzman diserahkan kepada satu-satunya adik lelakinya iaitu Anaqi. Namun, kehilangan mereka berdua diganti dengan seorang insan yang bernama Farhana yang kini bekerja di rumah agam milik awrah Dato' Adzman.
"Haa, Kak Nana suka Baba Naqi eyh? Tersengeh- sengeh macam kerang busuk!" Sakat Syafeeq.
"Erm, ma mana ada. Akak just senyum. Kenapa? Tak boleh?" Suara Farhana tersekat-sekat. Mukanya merah menyala kerana segan.
Tanggungjawab yang dipegang oleh Anaqi tidak lah begitu ringan. Dia harus melindungi Syafeeq daripada segala bahaya yang ada. Mampukah dia? Mampukah Syafeeq hidup seperti sediakala?
"Baba will always protect you, Syafeeq. I promise."
"Jom kita bina kehidupan yang baharu bersama. Kita akan besarkan Syafeeq bersama-sama,
ya Sayang"