< take me to your world >
37 قصة
HIDDEN CARD: THE SYMPHONY OF SILENCE بقلم cik_akasa
cik_akasa
  • WpView
    مقروء 17
  • WpVote
    صوت 9
  • WpPart
    فصول 3
Satu melodi tergantung. Satu hierarki rahsia. Satu kematian yang penuh penipuan. Empat tahun selepas kematian tragis abangnya, Muhammad Zafril Hafi mendaftar di Akademi Muzik Gaviel. Niatnya cuma satu, menyiasat dakwaan membunuh diri yang langsung tidak masuk akal. Namun, Gaviel bukan sekadar sekolah muzik biasa. Ia dikawal oleh Hidden Card sebuah hierarki rahsia yang memburu ketidaksempurnaan menerusi penyingkiran Black Wish. Penemuan kod Morse dalam nota muzik lama Zarif membawanya rapat kepada Adelia, satu-satunya pelajar yang menyimpan kunci misteri itu. Dapatkah Zafril menyempurnakan melodi terakhir abangnya sebelum bayang-bayang kegelapan Gaviel meragut nyawanya pula? #HappyReading #Jangan plagiat
D'Far: Tales of Her Broken Soul بقلم penasigadistulip
penasigadistulip
  • WpView
    مقروء 499
  • WpVote
    صوت 261
  • WpPart
    فصول 48
♡بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم♡ ✷ Title: Tales of Her Broken Soul ✷ By Nur Dhiyafiqa🌷 ✷ Genre: Romance ✷ Subgenre: Drama | Coming-of-age | Emotional | Sad Romance | Slice of Life | Slow burn ✷ Age Rating: 18+ "Walau hati retak seribu, aku tetap bangkit mencari sinar harapan." Dhiya Farhana, seorang gadis yang membesar dengan kehilangan dan luka yang tidak pernah benar-benar sembuh. Ketika dia mula menemui kebahagiaan, takdir sekali lagi menguji dirinya dengan pengkhianatan yang mengubah seluruh hidupnya. Mampukah Dhiya menerima cinta setelah kepercayaannya musnah? Mampukah dia bangkit semula selepas jiwanya hancur berkecai? Cover by : @tsweetestrain ❤️
THE CURE. (EDITED) بقلم skrrtboom
skrrtboom
  • WpView
    مقروء 45
  • WpVote
    صوت 6
  • WpPart
    فصول 2
Bayangkan dengan menjawab panggilan di sebuah pondok telefon mampu mengubah hidup anda dipenuhi dengan ketakutan. Itulah yang berlaku pada seorang gadis bernama Emma Lyz, seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kedai makan demi membayar hutang keluarga. Tetapi kehidupannya berubah seratus-peratus ketika dia membuat panggilan di pondok telefon lama. Apabila dia membuka mata, dia sudah pun berada di sebuah tempat misteri dan pelik. Tetapi aura kurang senang di tempat itu diselubungi dengan keindahan suasana yang damai dan begitu indah. "Sesat? Tahukah kau malam ini akan ada gerhana bulan berdarah? Balik ke rumah kamu sekarang sebelum ahli sihir itu menjadikan kamu mangsa seterusnya!" Ahli sihir. Mangsa seterusnya. Itulah amaran yang dia dapat sebaik saja dia membuka mata di dunia itu. Tetapi Emma terlambat, belum sempat dia mencerna amaran yang diberikan terhadap dirinya itu dia pun sudah ditangkap. "Siapa kau!" - Emma. "Sepatutnya soalan itu aku tujukan pada engkau. Siapa kau sebenarnya? Kenapa jantung kau tidak berdegup seperti yang lain?" - The Witch of bloody heart. Mampukah Emma keluar dari dunia itu tanpa tidak dijadikan mangsa berdarah oleh ahli sihir itu? Atau... Dia akan terus terperangkap di dalam dunia tersebut buat selama-lamanya?
langit vanilla بقلم pplyoumayknow
pplyoumayknow
  • WpView
    مقروء 1,051
  • WpVote
    صوت 350
  • WpPart
    فصول 14
"Sometimes home is a person." She carries a love that fell apart, A heavy mind, a wounded heart, Seeking a quiet place to hide, To wash away the pain inside. He meets her with a teasing smile, Making her forget her grief awhile, Though younger by a year or two, His steady spirit pulls her through. No longer trapped in yesterday's pain, Beside his calm, she smiles again. Copyright 2026 ALL RIGHTS RESERVED
Memanggil Pulang بقلم mimidaisy_
mimidaisy_
  • WpView
    مقروء 180
  • WpVote
    صوت 40
  • WpPart
    فصول 12
Kehilangan Imtiyaz pernah menghuru-harakan seluruh kampung. Selama seminggu, mereka mencari di setiap pelusuk hutan bukit. Namun apabila Imtiyaz ditemui, lelaki itu tertidur lena di tengah hutan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Pada mulanya, semuanya kelihatan seperti biasa. Imtiyaz berjalan, bercakap dan tersenyum seperti manusia biasa. Tiada sesiapa pun yang berniat untuk mempersoalkan apa yang terjadi sepanjang tujuh hari dia hilang di dalam hutan. Sehinggalah setahun kemudian. Satu demi satu perkara aneh mula berlaku di kampung itu. Kampung Tanah Rendam yang dulunya tenang, kian diganggu dengan perkara-perkara pelik. Munir mula menyedari sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu pada mata lelaki itu. Cara dia senyum, cara dia memandang manusia seolah-olah Imtiyaz sedang mempelajari mereka. Dan semakin lama Munir memerhati, semakin kuat satu persoalan menghantui fikirannya. Jika yang mereka temui di dalam hutan itu bukan Imtiyaz, maka siapa yang sebenarnya mereka bawa pulang? Persoalan yang disangka hanya akan menjawab kepada siapa atau apa Imtiyaz rupanya-rupanya turut merungkai rahsia lama yang selama ini terkubur bersama kisah moyang-moyang lelaki itu. Rahsia tentang sesuatu yang pernah dipanggil, namun kini berharap agar ia tidak akan pulang semula.
TUAN BEAST | COMPLETE بقلم Qeyraawr
Qeyraawr
  • WpView
    مقروء 111,877
  • WpVote
    صوت 4,817
  • WpPart
    فصول 44
A modern twist on Beauty and the Beast-secrets, love, and a past forgotten.
BAHAGIA MILIK KITA? - TERBIT بقلم _misssuzana
_misssuzana
  • WpView
    مقروء 698
  • WpVote
    صوت 18
  • WpPart
    فصول 12
"Let's try to be happy as a husband and wife." - Wara "Kalau tak berjaya?" - Hud "Tiga bulan. Itu tempoh untuk kita cuba cari bahagia bersama. Tapi kalau selepas itu kita gagal, kita akan berpisah." - Wara Ini bukan rancangan gila. Ini rancangan hendak mencari bahagia. Akhirnya, Hud dan Wara bersetuju untuk mencari bahagia bersama. "Nasi goreng saya masin." - Wara "Kelebihan aku ni akan sempurnakan kekurangan kau. Kau tak pandai masak tapi aku pandai. See, kita jadi pasangan yang saling melengkapi." - Hud Tapi... Beberapa minggu kemudian, Hud sendiri yang mengalah dalam mencari bahagia mereka. Dia tidak mahu teruskan lagi kerana Hud tidak menemui bahagia bersama Wara. "Aku rasa aku tak boleh teruskan plan kau tu. Aku minta maaf, aku tak jumpa bahagia dalam perkahwinan ini, Wara. Aku minta maaf sangat." - Hud "Hud... Jika bahagia awak ada dekat luar sana, genggamlah. Jangan lepaskan dia." - Wara Apabila hati sedang mencintai dia, sanggupkah diri ini untuk melepaskan dia pergi demi bahagia yang dicari? Akankah bahagia menjadi milik kita walaupun tidak bersama lagi?
Cantik : MEMORY NERAKA 기억의 지옥  بقلم the_nismicha
the_nismicha
  • WpView
    مقروء 4,631
  • WpVote
    صوت 345
  • WpPart
    فصول 84
(Complete) - MEMORY NERAKA "Sorry...sangat...tu lukisan saya," - Adelia Edruce "Kau selalu lempar seni atas muka orang ke?" - Kaisar Ahn "Tak selalu. Kadang-kadang je...bila angin kuat." - Adelia Edruce "Next time, ikat dengan paku." Adelia tak pernah rancang untuk jadi isteri kepada Kaisar Ahn - si genius dingin yang semua orang segan. Tapi satu tragedi buat mereka terikat dalam ikatan yang tak diminta. Dari gaduh kecil sampai main basketball sama. Dari cemburu bodoh sampai goda dalam senyap. Siapa sangka, cinta paling hangat boleh lahir dari permulaan paling pelik? Dan ya - Kaisar Ahn bukan lelaki biasa. Dia protective, possessive, dan sangat tak pandai mengaku rindu. Tapi bila dia jatuh cinta... dia jatuh habis.
W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ] بقلم hrknnse
hrknnse
  • WpView
    مقروء 10,208
  • WpVote
    صوت 1,970
  • WpPart
    فصول 14
[ 2022 ] - slow update Kehadiran sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah di sebelah rumah Nayla Huwaina membuatkan dia rasa teruja. Manakan tidak, jiran baharunya ini mempunyai sepasang anak kembar seiras ala-ala Pak Arab! Boleh kata daripada kepala hingga kaki, mereka berdua benar-benar seiras. Perkenalan Nayla bersama Wajdi dan Wildan telah membuka satu lembaran baharu di dalam hidupnya. Pelbagai peristiwa dan cerita suka dan duka dikongsi bersama membentuk sebuah kenangan yang akan sentiasa disemat di dalam jiwa. Ikuti kisah persahabatan mereka sewaktu di bangku sekolah. *nanti sy baiki balik sinopsis START : 31/1/21 | 14/4/22 END :