My Candy
11 stories
Hikayat Bulu Ketiak [C] by Qasha_lova
Qasha_lova
  • WpView
    Reads 25,573
  • WpVote
    Votes 2,983
  • WpPart
    Parts 4
Apabila seorang siti cikebum jatuh hati dekat seorang lelaki ganteng. Cerita lawak pendek sesuka ja✌️ By: qasha lova Started : 30/Julai/21 Ended : 30/ Julai /21
Aksa Sang Arjuna  by Keyra_Nie
Keyra_Nie
  • WpView
    Reads 139
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
Hikayat sang kekasih yang jauh. Sad romance 🙇🏻‍♀️ Blurb Dian dan Nuh sudah lama menjalin persahabatan. Dan tanpa sedar mereka saling menginginkan. Tapi tanpa mereka berdua meluahkan, cinta itu sudah pun bersemi cukup lama. Cinta. Di usia yang setahun jagung, mereka cuba menjalinkan hubungan dan ke jinjang pelaminlah impian yang tersimpan. Tapi apakan daya, Pak Zul... Bapanya Dian tak merestui hubungan Dian dan Nuh. Hanya disebabkan Nuh orang miskin yang kerjanya hanya ke laut dan sungai. Tapi Pak Zul punya rencana yang lain untuk anaknya. Dia mahu Dian berjaya. Dia mahu Dian keluar daripada kebiasaan orang kampung mereka. Dan ketika inilah, kuasanya sebagai seorang bapa menjadi penghalang kepada percintaan dua insan bercinta. Nuh dan Dian... Mampukah bahagia itu dicapai akhirnya? Atau sekadar impian yang kabur bayangannya?
KITA by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 18,121
  • WpVote
    Votes 1,911
  • WpPart
    Parts 56
Di antara kita, banyak jenaka yang hanya kita fahami. Di antara kita, banyak rahsia yang tersimpan. Di antara kita, banyak rasa yang terpendam. Tetapi di antara kita, siapa yang memendamnya?
0KM by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 19,755
  • WpVote
    Votes 2,089
  • WpPart
    Parts 50
"Bukan beza negara tetapi beza perasaan" Jejaka itu muncul hanya sekali saja dalam hidup Nur Naziha (Jia) tetapi itu cukup untuk membuatkan Jia jatuh cinta. Sejak pertemuan kali pertama mereka ketika dia berusia 17 tahun, Jia nekad dan berjanji dia akan mencari semula pemilik sapu tangan yang dia simpan sehingga angka umurnya berganjak ke 22 tahun, tahun di mana takdir mereka bersilang buat kali kedua. Kini, dia dan Hazer bertentangan mata dengan jarak 0KM tetapi untuk menggapai jejaka itu, terasa sangat mustahil kerana ternyata, diri Hazer yang sebenar terlalu berbeza jika dibandingkan dengan jejaka yang menjadi inspirasi untuk watak utama setiap komik yang dilukis oleh Jia. Jauh berbeza dengan jejaka yang pernah Jia temui di zaman remajanya. Selain itu, tahu apalagi yang berbeza? Perasaan mereka.
Y/N by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 10,746
  • WpVote
    Votes 1,704
  • WpPart
    Parts 45
"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matanya hanya ada seorang gadis saja dan akan selamanya seperti itu. NUR HAILMIE: Fikirannya serumit ejaan namanya, pemilik galeri, hobinya termasuk menangkap gambar dan menulis puisi untuk gadis yang berjaya membuat dia jatuh pada pandangan pertama, jauh sekali dari anti-romantik dan paling penting; peminat setia TWICE dan Red Velvet. MATEO TAN: Kesahihan identitinya sebagai jejaka berbangsa Cina diragui kerana kemampuannya bertutur Bahasa Melayu dengan lancar, takut akan komitmen dan hidup dengan bebas tapi sanggup mengorbankan kebebasan itu untuk meraih hati seorang gadis yang begitu sempurna di matanya, sering berpenampilan seperti budak nakal tapi hakikatnya, pijak semut pun belum tentu berani. Satu persamaan di antara mereka bertiga: Meen, teman wanita mereka.
Sun's Flower by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 12,129
  • WpVote
    Votes 1,375
  • WpPart
    Parts 33
🌻
Stalker-Ish by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 15,690
  • WpVote
    Votes 2,514
  • WpPart
    Parts 46
Kecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, gadis lasak yang berubah 180 darjah setelah bertahun menetap di Kanada. Kepulangannya ke tanah air tidak bersendirian melainkan bersama Afiq, jejaka yang sah bergelar tunangnya kerana hendak membalas budi. Meskipun ada rasa sayang, sifat suka mengongkong Afiq terkadang menyesakkan dada. Kemudian kesalahfahaman pula membawa Aina lebih dekat kepada Daenish Reazal, jejaka yang 'dicop' stalker olehnya. Ketika bersama Daenish, Aina dapat menunjukkan warna sebenarnya. Keselesaan ditambah pula dengan kebaikan hati Daenish, membuatkan dia terpaut tetapi dia sedar dia masih bergelar tunang kepada Afiq. Tatkala dia cuba menjauhkan diri, Daenish pula menyatakan perasaannya. Dinding yang Aina bina untuk menjaga hati Afiq runtuh begitu saja. Akhirnya, siapa yang menjadi dambaan hati? Afiq yang serba ada atau Daenish yang menerima seadanya?
Melodrama by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 25,193
  • WpVote
    Votes 3,942
  • WpPart
    Parts 53
Sebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dalam fikiran sendiri. Kemunculan Mark Sufyan, pelakon baharu yang bagaikan garis selari dengannya memberikan rasa baharu dalam hidup Daiyan. Umpama MSG dalam masakan, hidup Daiyan yang mulanya hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja, akhirnya hadir bibit-bibit cinta. Dalam perkenalan yang singkat, masing-masing mula menaruh perasaan. Sayangnya, hubungan mereka juga terpaksa dirahsiakan. Daiyan mungkin heroin Mark dalam realiti, tetapi bukan dalam drama yang mereka bintangi. Sedikit demi sedikit, hidup Daiyan menyerupai drama-drama yang pernah dibintangi. Pengakhirannya pula bagaimana? Sebagai protagonis... atau antagonis?
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,010,021
  • WpVote
    Votes 295,511
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*