thehaniii's Reading List
8 stories
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,132,266
  • WpVote
    Votes 89,311
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
Hanya Rindu ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 68,675
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 12,256
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 19
The Tahlil merupakan sebuah kumpulan pelajar yang terdiri dari 12 orang ahli yang sering ponteng kelas. Mereka merupakan golongan pelajar yang terkenal dikalangan guru dan pernah disenarai hitamkan semasa mereka dibangku sekolah menengah dan disebabkan itulah mereka bersatu sehingga kini. Pada siri ini, The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda (tiada kena mengena dengan Amy Search) mengisahkan ahli Tahlil yang mengadakan reunion di sebuah rumah agam Villa Nabila Huda yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Janda Baik, Pahang. Reunion yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi mimpi ngeri setelah beberapa orang dari mereka telah dirasuk dan tidak dibenarkan keluar dari rumah itu. Hal ini membuatkan geng Tahlil terpaksa bertahan dengan gangguan disitu sementara menunggu bantuan dari Ustaz Mahdi. Perkara ini menjadi lebih sukar setelah seorang Ustaz yang ditugaskan untuk menghalau hantu dari tubuh salah seorang ahli Tahlil telah dijumpai mati di sebuah kawasan paya berdekatan dengan rumah agam berkenaan.
Promote Books With Hani! by itsatkhsni
itsatkhsni
  • WpView
    Reads 32
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
Nak promote story? Nak tambah pembaca? Nak tambah vote? Dipersilakan dm saya🥰. Jangan malu-malu. Tak kena bayar pun hehe.
Daily Quotes by itsatkhsni
itsatkhsni
  • WpView
    Reads 2,644
  • WpVote
    Votes 137
  • WpPart
    Parts 55
Hanyalah kata-kata seketul manusia. Language quotes: Malay+English
Fakta Student[OG] by itsatkhsni
itsatkhsni
  • WpView
    Reads 2,631
  • WpVote
    Votes 255
  • WpPart
    Parts 29
Hanya fakta budak sekolah yang agak mengarut. Siapa yang anti budak sekolah tu sila sedar diri yang anda pun pernah ke sekolah.
Takdir[H] by itsatkhsni
itsatkhsni
  • WpView
    Reads 86
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 2
Cover by : @nurleyya Dia seorang gadis yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian hidup. Selalu gelak dan memberikan motivasi kepada orang lain walaupun banyak pancaroba dalam kehidupan yang membuat dia menangis dan meratap. Datang pula sebuah keluarga yang membantunya tanpa diketahui sebabnya. Dia. Dia yang selalu membantu gadis tersebut dalam semua benda. Yang sanggup membahayakan nyawa demi keselamatan gadis tersebut. Teman lelaki? Bukan. Tiada kisah percintaan. Hanyalah sebuah cerita berkaitan dengan kehidupan. Nak baca? Bacalah. Tak nak baca tak apa. Tak paksa pun. Jika ada yang sama. Itu hanyalah kebetulan :).
Fakta Lelaki & Perempuan by itsatkhsni
itsatkhsni
  • WpView
    Reads 107,794
  • WpVote
    Votes 7,004
  • WpPart
    Parts 80
Cover by : @putrixwny ★★★★★★★★★★★★★★ Fakta? Kalau anda rasa anda berjantina lelaki dan perempuan. Silalah baca. Kalau anda rasa anda species sajat. Silalah baca juga. Mana tahu anda dapat kenal pasti jantina sebenar anda :). AMARAN! Fakta ni banyak mengarut au.