My healing place 🤍
124 cerita
Rahsia Takdir Amisya (On-Going) oleh maryn_adriana
maryn_adriana
  • WpView
    Membaca 604
  • WpVote
    Vote 176
  • WpPart
    Bab 42
Dhea Amisya- Gadis kaya berusia 27 tahun yang hidupnya penuh kesepian. Walaupun dibesarkan dalam keluarga berada, kasih sayang kedua ibu bapanya seolah tiada kerana mereka lebih mementingkan kerjaya. Namun, kehidupannya mula berubah apabila dia bertemu seorang lelaki miskin yang penuh misteri, Dazrain. Dazrain Lim- Lelaki berusia 27 tahun, berpenampilan sederhana tetapi menyimpan dendam silam terhadap keluarga Dhea. Sejak kecil, dia percaya bahawa ibu bapa Dhia adalah punca kematian kedua orang tuanya. Atas dasar itu, cintanya pada Dhia hanyalah jalan untuk membalas dendam. Firhad Hazreeq- Lelaki berusia 27 tahun, berkerusi roda akibat kemalangan. Dahulu, dia merupakan sahabat baik Dazrain, tetapi persahabatan mereka hancur apabila Dazrain meninggalkannya kerana menganggap Firhad tidak lagi setaraf dengannya. Namun, di sebalik kelemahan fizikalnya, Firhad memiliki jiwa yang tabah dan tulus. Sara Irene- Sahabat baik Dhea, bagaikan kembar yang tidak pernah terpisah. Namun, di sebalik persahabatan itu, Sara menyimpan iri hati dan hasrat jahat. Demi merampas Dazrain dan kekayaannya, dia sanggup menikam Dhea dari belakang, tanpa sedar bahawa dia sendiri sedang menuju kehancuran. "Cinta aku pada kau hanyalah untuk balas dendam, Dhea. Kau kena tahu tempat kau." - Dazrain Lim "Kalau kau fikir kau boleh rampas semua yang Dhea ada, kau silap, Sara. Kau cuma dapat serpihan yang busuk." - Firhad Hazreeq Apabila pengkhianatan terbongkar, Dhea membuat keputusan berani untuk menerima lamaran Firhad, lelaki yang dulu pernah dipandang hina, tetapi akhirnya menjadi pelindung sebenar hatinya. Mampukah Dazrain menebus dosa silamnya? Adakah Sara akan menelan karma perbuatannya sendiri? Dan benarkah Firhad adalah kebahagiaan yang ditakdirkan untuk Dhea Amisya?
Mi Esposa (TERBIT) oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 8,009,270
  • WpVote
    Vote 211,217
  • WpPart
    Bab 32
Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka paling dalam bagi seseorang. Arisa Rania. Dibenci oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria iaitu janda beranak satu. Kehidupannya tidak ubah seperti berada didalam neraka selama berada dirumah itu. Disaat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu. Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampan itu tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman sebelum ini. Aura yang terdapat pada lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat. "I love my husband and you are my husband"- ARISA RANIA Namun perkahwinan yang awalnya bahagia mula ditimpa masalah apabila satu rahsia yang disembunyikan oleh Tengku Adrean mula terbongkar. "Yes, yes I kill them. My sins were terrible indeed. But they taught the world to fear me, and that fear protect my family and my people"- TENGKU ADREAN RUIZ Holy Dragon? Rahsia apa yang tersembunyi disebalik nama itu? Kumpulan Mafia? Atau pasukan perisik? "Dragón siempre será el dragon"
Mi Linda (Prekuel 1 Mi Veneno) TERBIT oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 36,865
  • WpVote
    Vote 1,088
  • WpPart
    Bab 2
Ir Haider | Thalia Razqya
Mi Diosa (PREKUEL 2 MI VENENO) TERBIT oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 52,496
  • WpVote
    Vote 990
  • WpPart
    Bab 2
EBOOK TO NOVEL KEVIN KYLE/KENDALL MELANTHA
Mi Cariño oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 446,992
  • WpVote
    Vote 21,195
  • WpPart
    Bab 16
Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine
Mi Reina (SLOW UPDATE) oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 156,782
  • WpVote
    Vote 8,680
  • WpPart
    Bab 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
Commando's: His Treasure (TERBIT) oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 12,267,481
  • WpVote
    Vote 245,736
  • WpPart
    Bab 32
Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak timbul salah faham❗️❗️❗️ Ramai yang tak baca book 1 then keliru dengan watak Rank 1 #Romance Rank 1 #Loyal Rank 1 #Askar Rank 1 #Komando Thariq Ridzuwan jejaka tinggi lampai yang berumur 25 tahun merupakan salah seorang tentera di bawah unit Grup Gerak Khas yang berpangkat Leftenan. Diatas usaha dan kegigihannya, dia berjaya melepasi semua latihan dan kursus kerjaya yang mempertaruhkan nyawa sehingga dia dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun sahaja selepas rekrut. Dalam diam, namanya sering disebut didalam doa seseorang. Husniya Radwa seorang gadis yang dingin, kasar dan suka memberontak. Sifat dingin yang dipamerkan hanyalah untuk menutupi luka dihati. Perilaku kasar itu bukanlah untuk kesenangan melainkan agar dirinya tidak mudah dipermainkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seindah anak-anak yang lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang yang keras kepala. Thariq Ridzuwan-"A soldier doesn't fight because he hates what's infront of him, he fight because he loves what he left behind" Husniya Radwa-"Loyal because I appreciate you, not because I need you" She is talkactive, He is calm She is childish, He is mature She is careless, He is responsible She is sensitive, He is strong Hence, they proved "Opposite Attracts" They empower each other.
Married To My Nemesis oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Membaca 3,114
  • WpVote
    Vote 234
  • WpPart
    Bab 1
Adinda Lathifah memilih ketenangan di sebuah kafe buku kecil miliknya yang bernama Dinda's Chapter, jauh daripada cinta lama yang pernah menghancurkan kepercayaannya. Aathif Noah pula adalah seorang Offshore Civil Engineer yang tidak pernah berhenti berada di sisi Adinda. Jiran yang suka mengusiknya sejak kecil itu kembali sebagai lelaki yang tenang, matang dan terlalu peka untuk seorang yang kononnya sekadar mahu "mengacau". Apabila masa lalu Adinda muncul semula dengan tuntutan dan ancaman, Aathif tidak menjanjikan dunia, dia hanya berdiri, melindungi dan menunggu. Aathif berdiri di hadapan tanpa drama dan tanpa janji kosong. Dia tidak memujuk dengan kata manis. Dia melindungi dengan kehadiran. Di antara trauma lama dan perasaan yang semakin jelas, Adinda harus memilih untuk terus hidup dalam bayang ketakutan atau percaya pada cinta yang tidak pernah memaksa namun menunggu. Kerana ada cinta yang tidak perlu menjerit, ia cukup hadir dan tidak pernah pergi.
Takdir Milik Kita | HOLD oleh cikhar
cikhar
  • WpView
    Membaca 637
  • WpVote
    Vote 52
  • WpPart
    Bab 9
Tengku Mikael Andre, atau lebih dikenali sebagai anak tunggal Tengku Mikha Angelo yang memiliki sebuah syarikat di bawah jagaannya. Areesa Inara, atau lebih dikenali sebagai Aree merupakan anak sulung Dato Arshad yang memiliki sebuah perpustakaan mini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Mereka mula bertemu akibat satu insiden yang berlaku ketika hendak pergi ke tempat kerja masing-masing. "Kau ni buta ke apa? Bawa kereta tu cuba elok-elok sikit. Kalau nak ke alam barzakh jangan ajak orang lain." - Areesa Inara Kerana perwatakan Areesa, Mikael mulai menyimpan niat untuk memilikinya. "Until we meet again, Fiori." - Tengku Mikael Andre Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Mikael mengajak Areesa untuk berkahwin. "By hook or by crook, I want you to be my wife as soon as possible so I can protect you." - Tengku Mikael Andre Pada awalnya Areesa meragui sikap Mikael, namun kerana usaha yang dilakukan oleh Mikael untuk menikahinya membuatkan Areesa bersetuju. Mereka menjalani kehidupan rumah tangga dengan bahagia seperti pasangan lain. Namun siapa sangka, bahagia mereka hanya seketika apabila sepupu lelaki Areesa kembali ke Malaysia untuk menikahinya. Dalam pertarungan antara cinta sejati dan kehadiran Putra yang mencintai isterinya. Mampukah Mikael mempertahankan haknya sebagai suami? Atau adakah kebahagiaan mereka hanya seketika?