adfelora
- Reads 11,449
- Votes 372
- Parts 26
"Lagu yang indah dipersembahkan dalam cinta kita."
Anak kepada dua sahabat sejati - Tengku Harith Nazim, pewaris empayar Harraz Naufal Holdings, dan Tengku Izara Nur Mikaila, si manis berhati sarkastik - ditakdirkan bertemu dalam dunia yang penuh kilauan lampu dan rahsia.
Di atas pentas, nama Nazim Naufal menjadi kegilaan negara. Aura dia yang luar biasa. Wajah dia sempurna. Tapi bila buka mulut... mulut dia tiada "insurans". Ya, kadang sedap, kadang pedas - tapi itulah yang buat dia unik.
Namun di sebalik nama glamor itu, tersembunyi satu rahsia besar.
"Nazim Naufal" bukan sekadar nama pentas - dia sebenarnya Harith Nazim, anak kepada Harraz sendiri. Seorang pewaris syarikat gergasi yang menyamar sebagai artis untuk mengejar impian... tanpa pengetahuan ayahnya yang pantang dengar perkataan "dunia hiburan".
Bila Izara mula rapat dengan Harith si "pewaris low profile" dan dalam masa yang sama, dia juga benci kepada lelaki itu dalam diam meminati)artis bernama Nazim Naufal... segalanya jadi huru-hara.
Bila rahsia terbongkar, siapa yang akan Izara pilih?
Si pewaris dia benci tapi buat jantung berdebar? Atau si artis yang penyamar.
Dalam dunia glamor, pewaris kaya, dan cinta yang penuh kejutan... hanya satu persoalan tinggal:
"Artis itu... aku punya!"
ongoing