8 stories
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 25,049
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 17
"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan! Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya. "Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara "Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar. "Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah." Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?
Warkah Terakhir [E-Book] by Fiya_san
Fiya_san
  • WpView
    Reads 9,701
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 1
2nd Heartbreaker series [ᴅᴇ ɢᴏʟᴅᴇɴ ʟɪᴠʀᴇ ᴀᴡᴀʀᴅ ᴛʜᴇ ʙᴇsᴛ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏ] Raihan Arisha seorang gadis hipster dan kasar berkawan pula dengan Qays Qaiser iaitu seorang lelaki yang pandai bergaya namun lembut dan penakut. Pelik? Tapi itulah kenyataannya. Dalam diam ada yang menyimpan perasaan. Demi menjaga persahabatan yang sudah lama terjalin, biarlah ianya menjadi rahsia. Sehingga salah seorang dari mereka menghembuskan nafas terakhir dan belajar untuk melupakan. "Raihan..."-Qays Qaiser. "Aku akan cuba lupakan kau."-Raihan Arisha. Dia belajar erti perpisahan. Melupakan tetapi sentiasa diingati dalam doa. Mengharap satu pertemuan abadi. "Selamat tinggal, Querida." [Highest Ranking] #93 in Short Story. -25/10/20 [@FiyaSan Creation] Start: 3/12/2019 End: 17/1/2020
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,687
  • WpVote
    Votes 12,831
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 209,810
  • WpVote
    Votes 13,859
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Mrs. Danish Mayz[H] by Blackrose_114
Blackrose_114
  • WpView
    Reads 91,492
  • WpVote
    Votes 3,760
  • WpPart
    Parts 40
BOOK 2:Mrs. Danish mayz BOOK1: DIAMOND HIGH SCHOOL Siapa ingat lagi kepada Tengku Amyra Northem dan Tengku Danish Lynx? Sebelum baca buku kedua daripada Blackrose, readers perlu baca buku pertama dahulu jika tidak mahu pening kepala... Mafia??!!! merupakan sambungan daripada Diamond High school... Buku ini memaparkan sisi kekejaman Shaf dan Dash Kekejaman Shaf sangat bertentangan dengan kerjayanya sebagai seorang doktor pakar... Akibat masa silam,Shaf benar benar berubah. Hal ini menyebabkan Shaf 'mati' dan 'lahirlah' seorang Rossa yang tidak kenal erti belas kasihan... Dan akibat masa silam juga Shaf membawa diri jauh daripada semua. Shaf tersepit antara keluarga dan cinta dimana Shaf terpaksa memilih antara perkahwinan yang diatur oleh mummy nya atau mempertahankan cinta nya dengan Dash.Ya,Shaf masih menyayangi Dash walau dengan apa yang terjadi. "Did you know with who you will married before?"-Shaf "No, untill I read your name at marry paper just now."- someone "Also me.I did'nt know with who I will married untill I see your face after 'Qabul'."- Shaf ~ "I'll always be with you..."- dash "Promise?"- shaf "Promise"- dash ~ "Kau patut mampos dari dulu lagi!!"- someone "One day, you'll down and that's time no one will be with you. Poor you girl."- evil ~ "Kau hancurkan hati aku...selepas sekian lama?? Shame on you!!!"- amyra "Heh! Nothing to do with you."- mayz Adakah perkahwinan yang diatur oleh keluarga berkekalan? Siapa sebenarnya suami Shaf? Dapatkah mereka menerima perkahwinan ini? Apakah pengakhiran Shaf dan Dash? Jawapannya ada di MAFIA??!! #cerita author sendiri # tiada copy paste dari mana cerita lain #kalau tersama minta maafkan #enjoy reading #maaf kalau memboringkan #Dashaf #happy reading
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 414,942
  • WpVote
    Votes 22,895
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
My Secret Diary: With Him by Numuba
Numuba
  • WpView
    Reads 123,341
  • WpVote
    Votes 8,006
  • WpPart
    Parts 89
Sambungan My Secret Diary is here! Masih lagi cerita tentang aku yang clumsy dan over-thinking! Kali ni cerita aku ada Affuan sekali. Aku Hani Nur Adhiya, seorang yang clumsy, kuat maki orang dalam hati, huru-hara buat apa pun tak jadi, dan tak tahu malu. Seorang yang masih tak percaya telah dilamar oleh crush zaman sekolah menengah. Dia, Affuan Aakif, lelaki tampan yang dah jadi crush aku sejak sekolah menengah, yang aku tak sangka akan keep in touch balik (sampaikan lamar aku!). Dan engkau, readers yang jadi pemerhati kepada kisah aku sendiri. Harap tidak membenci dan menyokong penceritaan diri yang lemah ini. ❗Minimum update satu bab sehari ❗Cringe alert Start 11 Ogos 2019
Adriana Mikayla  by Qallera
Qallera
  • WpView
    Reads 419,221
  • WpVote
    Votes 18,605
  • WpPart
    Parts 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak yang dia telah lalui dahulu.. Kini dia hadir lagi, mungkin membawa berita baik atau berita buruk.. Tapi mengapa? Mengapa kehadirannya membawa duka pada semua.. Adakah kelahirannya satu kesilapan? Tiada ruang kah untuk dia bahagia? Berikanlah dia merasai kebahagian walaupun sebentar 🌹 "Kalau bukan disebabkan kau..Dia takkan mati!Kalau bukan disebabkan perangai mengada-ngada kau daripada dulu.. Benda ni takkan jadi" "Ma..af..kan ak..aku.. Aku tak.. tak sangka benda ni nak jadi" "Huh! Bahagia atas penderitaan orang lain! Aku yakin hidup kau takkan aman" "Abang..abang dah tak sayangkan saya ke?" "Aku akan kahwin dengan dia lagi 2 bulan" 🌹 "Abang" Dulu dia pernah lukai hati semua orang.. dia mampu mengubah kebahagiaan orang kepada penderitaan.. Dia pentingkan diri .. Dia abaikan perasaan orang lain Kini.. Saat ini.. dia tinggalkan semuanya.. dia tinggalkan hartanya.. dia tinggalkan dirinya yang pentingkan diri.. Dia tinggalkan cinta matinya.. Kerana dipohon beribu ampun pun takkan dapat hilangkan perasaan bersalah "Maafkan aku..Semua salah aku" This is my next story.. Amaran; Tolong jangan jadi copycat. Started ; 09.06.2019