AlexonJohn's Reading List
2 stories
Duda Limited Edition (EBOOK) by Mell_Mariann
Duda Limited Edition (EBOOK)
Mell_Mariann
  • Reads 54,348
  • Votes 1,380
  • Parts 14
Firdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggalah, dia terlepas cakap tentang status dirinya. "Mana ada bini dah Mak Teh. Tiga tahun dah orang menduda." - Firdaus. Semua orang pun terkejut dengan berita itu. Disebabkan itu mulalah ibu dan ibunya saudaranya mahu mengandingkan dia dengan anak gadis Mak Tehnya itu. Batrisya, Si gadis gadis sunti yang muda sepuluh tahun darinya. "Mama! Batrisya tu muda lagi ma.. Banyak benda dia boleh buat. Takkan nak kena kahwin dengan Aus. Aus ni duda anak dua tau ma!" - Firdaus. "Jadi, Isya setuju dengan cadangan Mak Teh dan Pak Teh?" - Firdaus. "Ayah suruh terima." - Batrisya. " Isya sekarang tak ada boyfriendlah abang Aus. Pleaselah. Terima Isya. Izzah harap sangat abang dapat jaga dia." - Izzah. Mengetahui tentang kisah silam Batrisya dari adik-adiknya membuat Firdaus rasa bertanggungjawab mahu melindungi gadis itu. Maka, dia bersetuju dengan perjodohan mereka. Tetapi ada hati yang tidak senang dengan hubungan mereka. Qistina, si bekas isteri yang mula menyesal dengan kesilapannya dan juga Haikal, bekas kekasih yang psiko. Mampukah Firdaus melindungi Batrisya? Dan mampukah Batrisya melupakan kisah silamnya yang pedih? Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku. Sebarang peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987. ® All right reserved
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
Tuan Zarief Khairil (Completed)
AinaNabilaAzman
  • Reads 1,794,140
  • Votes 74,313
  • Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL