mairaclare's Reading List
2 stories
Hadiah Takdir by Aashhuuu_
Aashhuuu_
  • WpView
    Reads 19,034
  • WpVote
    Votes 970
  • WpPart
    Parts 17
Hidup Aesya Maleeka bukan sekadar tentang cinta remaja yang tidak kesampaian. Dia seorang gadis yang belajar berdiri sendiri meskipun hatinya pernah dipatahkan berkali-kali. Disakiti tidak menjadikan dia lemah. Sebaliknya, dia semakin berani menentang rasa, meski luka itu tetap membekas. "Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kan suri hati aku. Nothing to worries, okay?" - Ahmad Mustaqim Tapi janji manis itu akhirnya dibiar tergantung, seakan-akan hilang maknanya. Kehadiran Dina Najla, gadis masa lalu yang tiba-tiba kembali dalam hidup Ahmad Mustaqim, telah membuka lembaran perit untuk Aesya Maleeka. Bukan sekadar kehilangan, tetapi pengkhianatan yang diam-diam melahirkan parut. "Perlu ke kau seksa diri kau macam ni?" - Syed Al-Hafiz Di sebalik tawa yang dipamerkan, ada hati yang diam-diam menanggung beban. Namun, Aesya tahu dia tidak boleh terus tunduk pada derita. Dia memilih untuk tetap melangkah, meski bayangan silam sering cuba menariknya kembali. "I don't wanna be a burden." - Aesya Maleeka "Then let me carry it with you. Izinkan saya ada di sisi awak... bukan hanya hari ini, tapi sampai akhir nafas saya." - Tengku Afraz Rida Mampukah Aesya benar-benar membuka hati untuk Afraz, lelaki yang hadir membawa ketenangan dan janji baru? Atau parut lama akan terus membayangi setiap langkahnya?
Kau Aku Kita [C] by cikbutterfly__
cikbutterfly__
  • WpView
    Reads 651,126
  • WpVote
    Votes 24,163
  • WpPart
    Parts 53
Siri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perasaan biasa tapi lama kelamaan dia dapat merasakan dirinya sudah tertarik dengan gadis cantik tersebut dan bertekad untuk memiliki hati gadis itu. Puteri Hasya. Seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dengan kulitnya yang sawa matang. Seorang anak tunggal dan yatim piatu. Ibunya meninggal selepas melahirkannya dan bapanya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan oleh neneknya. Eriq Iskandar. Seorang lelaki yang kacak yang baru menetap di kampung tersebut setelah dihantar oleh ibubapanya untuk sementara waktu dibawah pengawasan atuk dan neneknya "Awak, nah duit awak jatuh tadi" panggil Hasya apabila ternampak duit itu jatuh dari poket seluar Eriq tanpa dia sedar. Eriq mengambil duit tersebut lalu beredar tanpa mengucapkan apa apa. "Elemekk mamat ni bukan nak cakap terima kasih. Dah lah kerek senyum pun tidak nyampah aku" bebel Hasya apabila Eriq sudah jauh kehadapan. ⚠️ 100% from my brain before sleep ⚠️ no plagiat ⚠️ harsh words luv you, cikbutterfly 🦋🤍 Start : 2 Januari 2024 End : 24 June 2024