Favourite 🤪
3 stories
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 509,405
  • WpVote
    Votes 15,540
  • WpPart
    Parts 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apalagi jika sebahagian keluarganya menyisihkannya. Berbagai cara dia lakukan, tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membuka pintu hati keluarganya supaya menerima dan memaafkan dirinya. Kesalahan itu bukanlah kesalahan yang dia lakukan tetapi dia di fitnah. Namun, keluarganya sukar mahu mempercayai lagi-lagi dengan bukti yang kukuh menunjukkan dia adalah si pelaku itu. Namun dia seorang lelaki yang sabar dan penuh tekad untuk mengharungi ujian itu. Biarlah dia terjatuh banyak kali, selagi dia mampu berdiri kembali, dia akan berdiri. Dia akan bangkit. Dia akan harungi ujian itu.
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 214,830
  • WpVote
    Votes 6,387
  • WpPart
    Parts 58
"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik. " Ujar Yuzma bila sampai dibilik kecemasan. Tangannya laju mencapai kapas yang telah jururawat sediakan. Luka dibahagian dahi pesakit itu dikesat dengan kapas. Doktor yang bertugas dengannya mengambil alih dibahagian kaki mangsa tersebut yang patah. Kening Yuzma berkerut bila pesakit itu tidak merasai apa-apa kesakitan tapi mata pesakit itu begitu ralit merenungnya. Alat bantuan pernafasan dipakaikan ke mulut pesakit tersebut. "Doktor cantik.... " Yuzma terhenti. Pesakit itu dipandang. Matanya merenung wajah pesakit itu yang mulai memucat. Bacaan yang terpapar pada skrin monitor ditepi katil mulai menurun membuatkan Yuzma dan rakan sejawatnya haru biru. "Mangsa tak sedarkan diri! " Tidak sampai beberapa saat, bunyi bingit mulai kedengaran. Doktor Yuzma kalut bertindak pantas menyelamatkan nyawa pesakit itu sambil dibantu rakan sejawatnya dan beberapa orang jururawat.
Wanita Sesempurna Dia by naurahasyiqinn
naurahasyiqinn
  • WpView
    Reads 45,684
  • WpVote
    Votes 1,526
  • WpPart
    Parts 21
"Dah habis scan dah?"-Umayr "Er,manada!Aku pandang baju kau.Er macam baju abang aku haa.Perasan la kau ni."-Airaa 🎈🎈🎈 "Saya takkan tinggalkan awak okay,pegang janji saya tu."-Airaa "Kau dah berjanji,tolong jangan mungkiri okay ?"-Umayr 🎈🎈🎈 "Tinggalkan Umayr atau masa depan dia akan hancur." Air mata Airaa menitik. "Maafkan saya,Umayr."-Airaa ------- "Selangkah kau keluar dari dewan ni,aku buang kau dari hidup aku Airaa."-Umayr Bagaimanakah pengakhiran cerita mereka? ;Cerita ini berdasarkan imaginasi saya sendiri,ada lah sama sikit dengan kehidupan sebenar saya ehehe jadi sebarang persamaan antara buku buku lain hanyalah kebetulan semata mata. hee first novel tooo go!Cliche but please enjoy! starts:14 november '19