a's reading list
200 stories
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 875,220
  • WpVote
    Votes 49,466
  • WpPart
    Parts 109
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?
MY LECTURER MR. DANIEL [C] by sihaazuu_
sihaazuu_
  • WpView
    Reads 841,551
  • WpVote
    Votes 19,525
  • WpPart
    Parts 52
NAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura negatif membuatkan orang takut untuk mendekatinya. Mikayla Alexander merupakan pelajar baru di universiti tempat Nazreen Daniel berkerja. Dia seorang wanita yang manja dan 'gatal' bak kata Daniel membuatkan Daniel rimas. "Nak cerita tu cerita tak payah tangan tu bergerak." kata Daniel lalu memandang Mikayla tajam. Mikayla buat tak endah "Comel dekpun." puji Mikayla. "Boleh serius tak?" marah Daniel. "Tak boleh." kata Mikayla main-main. Daniel menahan sabar. Nafas ditarik lalu dihembus keluar. Disebabkan satu kejadian membuatkan Daniel tidak percaya pada Mikayla. "Kau betul ke kau makan pil perancang tu?" "Aku lupa nak makan pagi tu." Dada Daniel seperti dihimpit kuat oleh sesuatu. Dadanya sesak mendengar bait-bait kata itu. Dia tak kuat. Hingga sesuatu yang terjadi membuatkan Mikayla jauh dari Daniel. Dan Daniel mula rasa kehilangan Mikayla. Apakah yang aku terjadi? Saksikanlah! Saya tak pandai nak buat sinopsis ni tapi saya cuba. ⚠️ 100 % idea saya sendiri. Kalau tersama dengan cerita orang lain, saya minta maaf ⚠️ Jangan copyright cerita ini. Author melarang sama sekali untuk menciplak milik author. ⚠️ Berumur 15 tahun keatas yang boleh baca. Takut terganggu emosi pula nanti ⚠️ Kalau ada typo jangan segan silu untuk menegur. ⚠️ Jangan lupa vote, follow dan share!! Start : 22 OGOS 2024 End : 17 OKT 2024
BIDADARI ; MRS THAQIEF ✓ by starllyoon
starllyoon
  • WpView
    Reads 161,897
  • WpVote
    Votes 7,385
  • WpPart
    Parts 60
COMPLETED BIDADARI SERIES I لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ ❝Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.❞ [al-Baqarah : 286] PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA MEMAKSA MEREKA BERSATU. 𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐄𝐅 𝐀𝐓𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐒𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀 "Bidadari aku, Mrs Thaqief."
The sweetest husband: Tengku Ghibran Adrean -C- by delightsys
delightsys
  • WpView
    Reads 647,806
  • WpVote
    Votes 22,770
  • WpPart
    Parts 63
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean bin Abdullah, dia adalah anak angkat Tengku Han Darwish. Tengkh Ghibran Adrean ialah Seorang CEO terkenal dengan personality dia yang sangat rare, biasa orang2 fikir CEO ni jenis yang kasar dan sombong, but their opinion is different when they see Tengku Ghibran Adrean, an a sweet guy, he is such a sweet talker! Also very softspoken guy. Everyone calls him Adrean, umur 23 tahun. And guess what, he had a cute little daughter name Adira Farhana. Adrean adalah seorang duda,dia bercerai dengan isterinya dulu dengan alasan tersendiri. Adrean once a heartbroken guy after his divorce, tapi dia still kena semangat untuk anak dia dan masa depan dia nanti. Until now his life is happy, berjumpa dengan seorang perempuan kasar, Haura Ameena. First time rasanya dia jumpa perempuan yang kasar! Biasanya lemah lembut je tapi kalini lain. Awalnya Adrean tak kesah apa2 dengan Haura, but when Haura selalu main dengan Adira, he started fo fall in love, dia suka tengok anaknya bahagia. Tapi pantaskah dia untuk Haura? Dia trauma untuk berkahwin lagi kali ke empat, yes. Dia dah kahwin 3 kali tapi perkahwinan itu tak bertahan sehingga dia pun trauma nak kahwin lagi, but after he see Haura, dia nak Haura, dia nak jaga Haura. Will this be the last one? Or this will be the 4th of his marriage? Dia berharap Haura adalah yang terakhir WARNING!!---⚠️⚠️⚠️ Penulisan Teruk Banyak Typo Storyline berterabur Cringe Cliche (Sebarang teguran diterima, tetapi tegur la secara bijak) WARNING⚠️ Harsh Words ( 15+ ) Story ini akan diubah bila author belajar dari kesalahan. Sekian terima kasih RANKS-❤️ #241 romance #41 Novel #222 duda #752 husband #27 Novel #207 Romance #121 Cinta #1 Cinta
TENGKU AFHAM DAZIEL'S by aleenfzl
aleenfzl
  • WpView
    Reads 150,005
  • WpVote
    Votes 6,202
  • WpPart
    Parts 22
-; ✧˖* 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐓𝐑𝐈𝐎'𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 𝟏 °࿐ | Nur Dhea Alyna • Tengku Afham Daziel | "𝐈'𝐥𝐥 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐥𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐨𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐚𝐲 𝐈 𝐝𝐢𝐞...𝐚𝐧𝐝 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐚𝐟𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐭, 𝐢𝐟 𝐩𝐨𝐬𝐬𝐢𝐛𝐥𝐞." 𝐀𝐅𝐇𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐙𝐈𝐄𝐋- Beku. Garang. Semua dia kaut. Kerana dianiaya oleh adiknya sendiri dia jadi begitu. Kehadiran seorang gadis yang selalu mengacaunya itu membuat dia jatuh cinta. 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐘𝐍𝐀- Periang. Ada saja mulut tu nak cakap. Bebel tu memang dijadikan hobi. Hanya seorang gadis biasa yang mempunyai rupa paras yang cantik. Dia juga tidak pernah mengenal erti putus asa. "𝐈 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐰𝐨𝐫𝐝𝐬. 𝐈 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬. 𝐏𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐧𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠." - DAZIEL ⚠️ : buku ni banyak kekurangan so read at your own risk. start : 3/9/2022 end : 17/9/2022 status : COMPLETE
🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡 by asyrayz
asyrayz
  • WpView
    Reads 1,153,197
  • WpVote
    Votes 45,190
  • WpPart
    Parts 102
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "Tolong jangan apa-apakan saya encik!" Air mata gadis itu mengalir di pipi. "Aku tak akan dapat apa-apa kalau aku bunuh kau." "Habis tu?" Gadis itu mengesat air matanya. Lega hatinya bila tahu yang dia tidak akan dibunuh. "Be my wife or you'll pay for this." Damian berkata dengan wajah serius. "Hah? Saya tak faham bahasa english." Gadis itu pamer wajah keliru. Tidak di sangka, hubungan yang di bina oleh Damian telah memerangkap dirinya sendiri. "Jangan tinggalkan aku.." Damian berkata dengan nada yang pelan sambil memeluk erat tubuh Kaisara. "Saya tak akan tinggalkan Ian.." Kaisara membalas pelukan Damian. Damian tidak menyangka bahawa gadis itu akan menjadi kekuatan dan kelemahan terbesar bagi dirinya.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,762
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Hot Trio Series: Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]  by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 108,774
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 13
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak. Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar di dekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul. Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu? "Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." (Shahrul) "Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." (Alaila) "Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." (Shahrul) "Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." (Shahrul) "Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan. Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" (Alaila) "Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." (Shahrul) Amaran 💢Dalam ini ada scene yang menggunakan kata-kata kasar 💢sweet, hot and spicy 💢Typo bersepah kalau boleh bersabar sila baca. Tak ada paksaan untuk membaca.
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 320,413
  • WpVote
    Votes 10,317
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
ISTERI 18 TAHUN by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 1,527,135
  • WpVote
    Votes 44,740
  • WpPart
    Parts 45
Amyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya meniti bahagia apabila Tengku Shazmer mula mempercayai Amyra seorang yang tulus. Namun, rumah tangga mereka tidak terkecuali daripada diuji. Perkahwinan mereka kekal bertahun namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Entah silapnya dari siapa. Amyra sebagai seorang isteri merasa rendah diri dan hina kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suami tercinta. Pelbagai rawatan dan ubat ubatan dicuba namun tidak berhasil. Hadirnya kekasih lama kembali menyebabkan Tengku Shazmer hilang kewarasan akal sehingga menyebabkan dirinya mengabaikan Amyra. Wanita yang dahulunya disuruh berjanji setia kini dikhianati. Amyra dipaksa menandatangani surat nikah. Amyra pasrah. Namun, disaat bahagia yang didambakan hampir dikecapi, dia dikejutkan dengan satu kebenaran pahit menyebabkan dirinya tersedar akan kekhilafan diri. Dia mula kesal namun segalanya terlambat apabila Amyra bertindak membawa diri bersama kandungannya. Baginya, zuriat tersebut tidak lagi bermakna buat Tengku Shazmer kerana lelaki itu telah mengkhianati cintanya. Tahun berlalu, Tengku Shazmer tidak berputus asa untuk memujuk kembali si permaisuri hati. Namun, kahadiran Tengku Shuhana menyebabkan kesemuanya menjadi huru hara. "Aku jijik ada suami macam kau! Ceraikan aku!" - Amyra "Tak sayang, abang tak bersalah! Tolonglah percayakan abang!" - Tengku Shazmer "I mengandung." - Tengku Shuhana Amyra buntu. Kepercayaannya yang telah lama pudar menyebabkan dirinya tidak dapat membezakan ketulusan hati suaminya. ⚠️ 2018 copyright