wpdfamgirlz
- Reads 1,033
- Votes 123
- Parts 8
Persahabatan diantara satu girl group dan boy group popular yang akhirnya menimbulkan perasaan suka terhadap satu sama lain. Tapi masing masing takut untuk meluahkan perasaan dek kerana memikirkan hati peminat peminat yang bakal berasa seperti dikhianati jika mereka bercinta. Apatah lagi sesama sendiri? Oh, terasa bagai dunia diterbalikkanlah para peminat mereka! Jadi, mereka bersetuju untuk menjauh sesama sendiri untuk mengelakkan gosip pelik tercipta.
Tapi, dua dari mereka memutuskan untuk mengendahkan para peminat dan mula bercinta dan keluar bersama secara tersembunyi. Nasib tak menyebelahi mereka apabila seorang peminat obses ternyata mengekori mereka masa mereka dating.
Keesokan harinya, keluarlah berita dan foto serta video dari sesi dating mereka semalam di laman sosial. Yang ajaibnya, yang di bash di social media dan sekolah hanyalah si gadis, manakala si teman lelaki sama sekali tidak diusik oleh para netizen.
Bash yang diterima di platform media social si gadis semakin teruk hari demi hari. Dia menjadi mangsa cyber bully di lama social dan mental bullying di sekolah. Sampai satu tahap, dia rela mengundur diri. Mengundur diri dari kumpulannya dan syarikat, gak dilupakan juga dunia muzik. Dia juga sanggup meminta putus dengan sang kekasih yang disuka setengah mati.
Bagaimana cara anggota mereka dan anggota kumpulan si lelaki mengharungi cabaran ini?