π‘«π’‚π’π’‚π’Ž π‘¨π’Œπ’– π‘΄π’†π’π’„π’‚π’“π’Š π‘ͺπ’Šπ’π’•π’‚ π‘°π’π’‚π’‰π’Š
19 stories
Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam (Inspired By Tun Mahathir)  by KudinaKufazly
KudinaKufazly
  • WpView
    Reads 41,675
  • WpVote
    Votes 6,074
  • WpPart
    Parts 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan agama Islam." - Tengku Malik Arsalan. "Semua orang boleh memimpin, tapi tak semuanya layak dan tahu erti memimpin yang sebenar." - Tengku Aisera Qafiyya. Tengku Aisera Qafiyya Γ— Tengku Malik Arsalan. Bersatunya mereka berdua, bukan sahaja sekadar menyatukan dua buah kerabat diraja malah ianya juga ibarat penyatuan dua buah negara Islam yang berpengaruh di dunia. Bermula dari hilangnya seorang Tengku Aisera Qafiyya sehinggalah sesuatu berlaku dan membuatkan Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya berubah dari semua aspek. Dan beberapa kejadian besar yang berlaku di Emerald dan Alwaritzi turut menguji kecekapan mereka berdua. Fitnah dunia. Propaganda barat. Umat Islam yang ditindas. Negara Islam yang dijajah dan diambil alih oleh barat. Palestin. Mampukah seorang Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya bertindak? "Kalau negara Arab tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita." - Tengku Aisera Qafiyya. "It's not about Religion but it's about humanity." -Tengku Malik Arsalan & Tengku Aisera Qafiyya.
Perjalanan Jihadku [βœ“] [EP] by _Hxruhito
_Hxruhito
  • WpView
    Reads 1,812
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 50
Genre (ISLAMIC FICTION/TEEN FICTION) Kumpulan pop Hyper-Z, sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada empat orang lelaki yang sungguh kacak dan berbakat. Siapa sahaja yang tidak meminati kumpulan hits itu? Sehinggalah suatu hari, 'Bam!' Seorang gadis muslim terlanggar salah seorang dari kumpulan itu dan beransur pergi ibarat bayang. Bermula daripada saat itu, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar!' "Haah!" Naruki terjaga daripada mimpi anehnya. Dahinya di picit dengan kuat. Terasa begitu bengal kepalanya setelah hampir tiga hari termimpikan laungan itu. "Aah... Dendangan lagu pelik ini lagi. Kenapa aku asyik termimpikan benda ini sahaja?", Naruki. Hanya kerana satu peristiwa itu sahaja, laungan itu menjadi dendangan dalam mimpinya. Adakah itu petanda baik ataupun petanda buruk? Dapatkah Naruki mencari kebenaran disebalik mimpi yang mengganggu kehidupannya? Adakah hidayah bakal menjemput Naruki si penyanyi pop terkenal itu? STATUS : completed / unedited #Kisah ini hanya rekaan semata-mata #My original story πŸ’― #I'm juz an amateur
KASYAF (Hiatus) by ALIFRYT
ALIFRYT
  • WpView
    Reads 21,006
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 42
Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan batinnya terbuka dan juga deria tubuh badannya berfungsi berkali ganda lebih hebat daripada manusia biasa. Namun, orang yang mendapat kelebihan ini kebiasaannya tidak suka dan menganggapnya sebagai satu malapetaka kerana ianya adalah satu kelebihan yang tidak boleh dikawal ataupun 'ditutup'. Jadi, adakah Kasyaf ini adalah rahmat atau petaka? Jawapannya, sudah pastilah ianya adalah rahmat iaitu satu kurniaan yang baik untuk seseorang hamba itu. Apakah tujuannya? Wallahuaklam, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang pasti, manusia hanya perlu yakin dan bersangka baik dengan takdir yang Allah SWT sudah susun untuk semua para hamba-Nya. Kelebihan Kasyaf juga menjadi pelbagai persoalan dan tanda-tanya kepada ramai orang terutama sekali para ulama kerana kelebihan ini terlalu jarang sama sekali untuk seseorang itu nak dapatkannya kerana ianya hanya akan diberikan kepada seseorang itu dengan izin Allah SWT sahaja. Persoalannya, mengapakah tuhan memberikan kelebihan ini kepada seseorang itu dan mengapa ianya tidak diberikan kepada semua para hamba-Nya? Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia yang mendapat kelebihan ini akan menyalahgunakan kelebihan ini untuk tujuan kejahatan dan kejahilan? Mari kita lihat kisah ini... ''Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Thaghut (Berhala atau Syaitan), sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.'' Surah An-Nisaa' (Ayat 76)
Thriller : Wais Ayden βœ“ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 578,604
  • WpVote
    Votes 42,401
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "Ψ£ΩŽΨ΄Ω’Ω‡ΩŽΨ―Ω Ψ£ΩŽΩ†Ω’ Ω„Ψ’ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΨ΄Ω’Ω‡ΩŽΨ―Ω Ψ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω‹Ψ§ Ψ±Ω‘ΩŽΨ³ΩΩˆΩ’Ω„ΩΨ§Ω„Ω„Ω‡" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Pimpin Aku Ke Syurga by Maya_Mohamed
Maya_Mohamed
  • WpView
    Reads 31,668
  • WpVote
    Votes 1,842
  • WpPart
    Parts 19
Syahzani Amar, lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang. Segala yang dilakukannya hanyalah demi nafsu dan keseronokan semata-mata. Hidupnya tiada peraturan dan bebas bergaul tanpa ada sekatan dosa dan haram. . "It's okay to be gay. And I think being gay is a blessing. And it's something I am thankful for every single day." - Syahzani Amar. . Namun, takdir sudah bergema. Pertemuan yang tak disangka antara dua jiwa, Ainnun Maryam terus mengubah hidup Syahzani Amar untuk selama-lamanya. Bagi Ainnun Maryam, dialah lelaki yang diimpikan selama ini. Manakala Syahzani Amar tidak mahu terus memberi harapan palsu kepada si gadis tersebut. Tatkala kasih mula berputik, cinta Ainnun Maryam ditolak mentah. Dia yang tidak mengenal erti putus asa tetap mengejar tanpa rasa penat. Dengan harapan, semoga cinta yang suci menjadi milik mereka. . "There is a million reason... pada diri awak yang tak menepati kehendak saya!" Jerkah Syahzani Amar apabila kesabarannya mula menipis. "Apa dia?" Ainnun Maryam bertanya dengan nada tenang walaupun hatinya bergelodak kencang. "Don't you get it? I am gay!" Jujur lelaki itu. Ditenung wajah bujur sireh wanita itu sedalam-dalamnya. Ainnun Maryam terpempam. Lidahnya terkaku seribu bahasa. Tanpa sedar, mutiara jernih itu perlahan menitis di lurah-lurah pipinya. Saat hati sudah terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, namun peluang itu terhempas bagai kaca yang berderaian. Ainnun Maryam redha dengan ketentuan Allah Swt. . Demi kasihnya, Ainnun Maryam dengan rasa tekad ingin mengubah Syahzani Amar menjadi manusia yang lebih baik. Menjalani hidup sebagai Hamba Allah yang diredhai. Baginya, cinta bukan beerti memiliki tetapi ianya tentang sebuah pengorbanan. Ainnur Maryam berkali-kali menagih the , namun ditolak tanpa simpati. Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?
[ H ] اريا - A R I A by melurald-
melurald-
  • WpView
    Reads 6,389
  • WpVote
    Votes 485
  • WpPart
    Parts 2
Bismillahirrahmanirrahim Hadith daripada Anas Bin Malik , Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa pun tidak akan merasa manisnya iman,sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT ( HR. Bukhari ) [ H I A T U S ] M E L U R A L D Β© Cinta itu kuasa luar biasa yang mampu membuat manusia melakukan sesuatu yang tidak terfikir dek akal sehingga membutakan hatinya untuk menerima ad-din yang sebenar-benarnya. Warkah cerita ini bukanlah kisah cinta yang agung seperti Qois yang mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi dek kerana dibebani rasa cinta dan rindu yang menggunung, Rama yang sanggup berkorban apa sahaja demi Sita, Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tanda cinta untuk isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Jauh sekali untuk bergandingan dengan kisah cinta berlandaskan islam yang diredai Allah seperti kisah Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf AS dan Zulaikha serta Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina Ali. Tidak mungkin. "Saya tak pernah dibesarkan dalam keluarga yang amalkan hidup islam,Melur. Saya tahu saya lembap dan tak sama macam orang normal tapi salahkah saya untuk cari siapa Tuhan saya?" - Mei Lee " Kalau awak betul-betul nak nikahi saya, hafazlah al quran sepertimana usaha Ali untuk mendapatkan Fatimah." - Melur Aria " Kalau Tuhan wujud, mana DIA saat aku perlukan DIA? Kenapa DIA suka melihat hamba-NYA dalam kesusahan dikala hamba-NYA mencapai kebahagiaan ataupun kau dengan agama kau penipu! " - Jason Lee / Adam Qowiyz " Leave both of us.. sebab kami boleh bina keluarga sendiri tanpa awak. Saya tak mahu dia kenal awak langsung. Awak tak layak untuk bimbing kami ke Syurga-NYA selain daripada Neraka-NYA." When love is for the sake of Allah, it never dies. β€’ this beautiful cover made by kind-hearted sis @adilahzaini_❀ melurald_Β© 2019 S L O W U P D A T E & H I A T U S
H E S S A  Z A H R A [HIATUS] by littlewardah
littlewardah
  • WpView
    Reads 15,247
  • WpVote
    Votes 1,313
  • WpPart
    Parts 12
Nur Hessa Zahra , Dia tak pernah sangka Allah akan takdirkan dirinya untuk berada di situ. Dia tak pernah jangka... Hari pertama dia menjejakkan kaki di sekolah itu akan menjadi hari terburuk dalam kamus hidupnya . Nak membiasakan diri dengan suasana yang benar-benar asing dari jiwanya . Allah sahaja yang tahu . Bukan dia tak cuba, bukan dia tak reda . Tapi dia rasa dia tak cukup kuat nak hadap semua tu . "Huh, dasar bajet alim ! Tudung labuh macam harey! Kau nak tolong makcik cleaner sapu lantai ke bodoh !Suka hati aku lah nak buat apa pun ! Kau sibuk apahal ,pompuan !-QAYEED "Kau, tak payah nak acah alim kat depan aku.Aku menyampah.Nak ceramah, pergi masjid sana tuh.Tak payah menyemak kat sini."-HAYLA Dia sangka, semua orang benci dirinya .Tapi rupa-rupanya masih ada insan yang sedikit demi sedikit mula menerima kehadiran dirinya di situ . "Aku, suka tengok kau tolong orang .Hati kau terlalu murni .Sampaikan orang yang asyik lukakan kau, sakitkan kau pun kau tolong .Kau tak dendam.Macam mana kau kuat,Hessa ?"-AHMAD QAYYUM "Hessa, ajar aku agama .Aku buta agama.Islam cuma atas IC tapi hidup aku tak ubah macam kafir.Tolong aku,Hessa ."-ANNA QAISARAH "...Whatever is taken away from you will be replaced with something better."-FAQEEH FARHAD
TUAN KHAIRUL βœ“  [C]  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 397,659
  • WpVote
    Votes 19,898
  • WpPart
    Parts 70
Sekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha Khairul Iddin. Maknanya mulia, membawa maksud sebaik-baik agama. Wajahnya elok, otaknya ligat, namun ada satu kecacatan dalam agama. Kejadian silam membentuk diri menjadi manusia berkiblatkan nafsu haiwan. Di usia muda sudah berani melanggan sugar baby mengikut cita rasa sendiri. Bahkan ramai dara ditebuknya. Betapa rosak diri itu sejak di sekolah rendah lagi. "Mak teh jangan tinggalkan Khai, ya?" -Khairul Iddin Topeng 'anak soleh' dipakai kerana dia. Namun, setelah wanita kesayangannya pergi... terhapus jualah segala sisi baik yang ada. Tinggal Khairul sendirian bertemankan syaitan.