FlorenceAgan's Reading List
57 stories
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 214,732
  • WpVote
    Votes 14,353
  • WpPart
    Parts 67
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 112,568
  • WpVote
    Votes 5,295
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❤️)
Secretly Yours, Aiden-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 368,146
  • WpVote
    Votes 8,533
  • WpPart
    Parts 49
Alisha tidak pernah menyangka lelaki yang hanya mampu dipandang dari jauh akhirnya menjadi suaminya sendiri. Perkahwinan rahsia itu menemukan dia dengan Aiden .Lelaki pendiam yang terlalu sukar dibaca. Sedangkan Alisha pula sentiasa merasakan dirinya tidak pernah setaraf dengan Aiden. Namun satu perkara yang Alisha tidak tahu Aiden sudah lama jatuh cinta padanya.
Menunggu Tanpa Suara [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 61,640
  • WpVote
    Votes 4,887
  • WpPart
    Parts 92
Bagi Izz Elqar, hidupnya adalah tentang pengorbanan. Sejak kecil, dia lebih mengutamakan adik-adiknya dari dirinya sendiri. Walaupun ibu bapanya sering menasihatkan tentang sikapnya itu namun tiada siapa boleh mengoyahkan pendirian Izz Elqar itu. Elqar membesar dengan melihat satu figura sebagai idola iaitu bapanya sendiri. Apabila impian menyarung beret biru PASKAU seperti bapanya menjadi realiti, Elqar berfikir hidupnya sudah lengkap. Namun, dia silap. Hatinya masih lagi terpahat dengan satu nama yang dia kenali sejak kecil lagi iaitu Puteri Maissa. Maissa bukan lagi gadis kecil yang memandangnya dengan penuh kekaguman. Bagi Maissa, Elqar hanyalah masa lampau yang perlu dipadam. Cinta Elqar dianggap tidak berasa kerana mereka masih lagi remaja ketika itu. Walaupun ditolak, Elqar tetap di situ. Dia tidak merayu, namun dia juga tidak pernah berganjak. Walaupun Maissa sudah bertemu lelaki pilihannya sendiri. Dia menunggu tanpa suara sehingga hatinya boleh melupakan gadis itu, walaupun dia tahu dia akan gagal. Sehinggalah satu tragedi hitam meragut segalanya. Saat semuanya dipertaruhkan, adakah kesetiaan Elqar akan membuahkan hasil? Atau adakah tragedi itu sebenarnya satu isyarat bahawa sudah tiba masanya Elqar berhenti menunggu dan membiarkan cintanya hilang di telan awan? "Maaf Elqar. Mai tak pernah ada hati pun dekat Elqar. Mai anggap Elqar kawan sahaja sebab kita dah kenal dari kecil." - Puteri Maissa "Tak apa Elqar faham. Elqar tak paksa Maissa, cuma tak nak diri sendiri berharap." - Izz Elqar. Published : 6 February 2026
DUDA milk ASYA by arnisyaaira
arnisyaaira
  • WpView
    Reads 888,911
  • WpVote
    Votes 3,487
  • WpPart
    Parts 35
Kisah budak gedik Adelena asyallie dalam misi menggoda abang Duda beku
My Grumpy Jealous Husband-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 853,154
  • WpVote
    Votes 10,885
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 1,150,676
  • WpVote
    Votes 47,471
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
Pengganti Paling Setia ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 481,849
  • WpVote
    Votes 19,924
  • WpPart
    Parts 49
Nina Fini | Karya Keempat Dr Khairul X Diana Eirina ~ Aku datang bersama luka, dia hadir menghadiahkan setia. ~ 1/6/2021 - 22/2/2022
Luka Tanpa Wajah [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 64,204
  • WpVote
    Votes 3,890
  • WpPart
    Parts 66
Sejak kecil, Arash Mikhael sudah terbiasa melihat ayahnya menyarung uniform hijau tentera, yang menyalakan semangat dalam dirinya. Melihat ayahnya berjuang demi negara membuatkan Arash ingin menjejak langkah yang sama, membuktikan bahawa darah seorang wira juga mengalir didalam dirinya. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Disiplin yang keras, latihan yang memeritkan, dan tekanan untuk menjadi setanding ayahnya menjadikan hidup Arash penuh luka yang tidak terlihat. Tapi di sebalik semua itu, ada satu jiwa yang sentiasa menenangkan hatinya. Izzara Safia, gadis yang dikenali sejak kecil dan menjadi satu-satunya tempat Arash melepaskan lelah dunia. Segalanya tampak sempurna, seolah-olah masa depan sudah tertulis buat mereka berdua. Namun takdir tidak pernah berjanji untuk berlaku adil. Satu operasi rahsia telah merenggut segalanya, cinta, dan separuh daripada jiwa yang dia tinggalkan di dunia ini. Arash Mikhael disahkan terkorban, tanpa amaran dan tanpa penjelasan. Kematian itu meruntuhkan hati ibu bapanya, dan menghancurkan dunia Izzara Safia yang kehilangan cinta pertamanya. Waktu terhenti, hanya rindu yang terus hidup. "Arash takkan ada selalu untuk Zara. Jaga diri Izzara kita." - Arash Mikhael. "Zara jaga diri baik-baik dah ni Arash, tapi kenapa Arash kita tinggalkan Zara?" - Izzara Safia. Publish : 25 Oct 2025 Complete : 25 Dec 2025
Sehening Hujan Malam [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 70,461
  • WpVote
    Votes 3,324
  • WpPart
    Parts 48
Hatinya pernah penuh dengan harapan tapi semuanya musnah dalam sekelip mata. Kehilangan itu, meragut segalanya. Sejak hari itu, dia belajar hidup tanpa rasa, tanpa cinta. Dia tidak mencari sesiapa. Tidak menanti sesiapa. Tapi mampukah dia menerima takdir yang mungkin hanya akan mengulang cerita luka? Dia tahu, langkah ke depan mungkin akan membuka kembali pintu-pintu kenangan yang telah lama dikunci. Namun hati yang pernah mati itu kini mendesak untuk mencuba, walau dengan risiko dirinya akan hancur sekali lagi. "Kau suka aku ke Ralyn?" - Ian Iskandar. "Kau buta ke?" - Amaya Aralyn. Start Date : 1 July 2025 End Date : 5 August 2025