Romantik
4 stories
Gadisku Miss Latah [TERBIT]  by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 142,442
  • WpVote
    Votes 250
  • WpPart
    Parts 41
~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula orangnya. "Kau ni lainlah. Aku suka. Jadi girlfriend aku nak?" Asyraf Daniel. "Eei tak nak. Saya ni pelik. Nanti hidup awak susah! Takde orang yang akan sanggup dengan saya. Saya ada penyakit." Siti Sarah. Namun Asyraf tidak berputus asa. Semakin Siti Sarah menolak, semakin dia teruja untuk memikat. Sudahnya lelaki itu rela hidup dengan pelbagai kerenah Siti Sarah yang mengundang pelbagai peristiwa pelik di sekelilingnya. Namun, semakin disakat lelaki itu, lama kelamaan, Siti Sarah tidak mampu untuk berundur lagi. Dia mula jatuh cinta. Hatinya sudah sedikit terbuka. Sayangnya, satu peristiwa mengguris hatinya. Dia kecewa dengan sikap Asyraf yang sebelumnya menerima kekurangannya. Kini punca keretakan hubungan mereka dari latah Siti Sarah. Itu yang Asyraf berikan sebabnya. "Mulai hari ini abang tak akan dengar semua ini lagi. Perempuan bodoh ini tak akan menyusahkan hidup abang lagi. Jangan cari Sarah..." Siti Sarah. Asyraf merasa bersalah. Hanya kerana ingin menjaga air mukanya sendiri, hati si isteri ditolak ke tepi. Sudahnya hubungan mereka bagai berada pada seutas tali. Siti Sarah membawa diri, Asyraf pula menyesali kekhilafan diri. Entah bagaimana harus menyatukan kembali hati si gadis yang pernah dia sayangi. Namun, itu pada pandangan semua yang nampak pada zahirnya, namun situasi sebenarnya cuma Asyraf yang tahu. Asyraf mengharapkan takdir agar dia dan Sarah kembali bersatu. Namun, adakalanya apa yg dilakukan di luar dugaan pemikiran. Apa yang berlaku sebenarnya adakah dari keinginan Asyraf sendiri? Kenapa Sarah tidak menyedari? Demi sayang dan kasihnya pada isteri, Asyraf sanggup melepaskan andai tu harga yang harus dibayar...
Jodoh I Encik Sweet by Zeefarha
Zeefarha
  • WpView
    Reads 2,295,692
  • WpVote
    Votes 69,933
  • WpPart
    Parts 75
"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mudalah. Kan nampak sweet" - Afi "Hmm, akan dipertimbangkan. Tunggu aku solat istikharah dulu ek" - Aiqa "Aku tak kisah sampai bila perlu tunggu kau. Janji kau akan jadi milik kekal abadi Mohd Shah Afiq" - Afi Akhirnya mereka disatukan juga atas restu kedua-dua keluarga selepas lebih kurang tiga tahun Aiqa dilamar oleh Afi . "abanggggg" - Aiqa "Ye sayang" - Afi "abang sayang, sayang sayang sayang tak?" - Aiqa "Gila wei tak sayang sayang abang yang cantik comel lagi super gorgeous ni" - Afi Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh mereka. Sanggupkah mereka hadapi semua dugaan itu bersama?
Cinta Hati Mr. Annoying by therozez
therozez
  • WpView
    Reads 331,391
  • WpVote
    Votes 23,195
  • WpPart
    Parts 62
'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal yang baru. *** Ammar Danial Lelaki yang hadir untuk Aafira Khalisya di saat dia kehilangan segala-gala dalam hidupnya. Meskipun pada mulanya sikap lelaki itu seringkali menyakitkan hati tetapi baginya ketenteraman hanya dapat dirasa saat jejaka itu ada di sisi. "Kau tak boleh hanya harapkan aku." - Ammar Danial "Tapi saya cuma rasa selamat bila awak ada." - Aafira Khalisya *** Lebih lebih lagi apabila diri Aafira Khalisya mula tersemat dalam dendam seseorang, semakin sukar bagi Ammar Danial untuk berjauhan dengannya. "Aku nak kau halal untuk aku. Baru senang aku protect kau." - Ammar Danial "Janji yang awak tak akan pergi?" - Aafira Khalisya *** Apakah sebenarnya hati Ammar Danial sudah terpaut pada Aafira Khalisya?
Kekasih Hati Mr Bodyguard  by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 54,892
  • WpVote
    Votes 1,018
  • WpPart
    Parts 13
Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak. "Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?" - Hana Aralyn Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia! "Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni." - Hadif Akashah Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard! Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan... telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka.... Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya? *** pbakl 2019 ***