princessmawar98's Reading List
8 stories
Perfectly Halal [ TERBIT : JULY 2022 - PENERBITAN KAKI NOVEL  ] by SuriRyana
SuriRyana
  • WpView
    Reads 347,040
  • WpVote
    Votes 10,949
  • WpPart
    Parts 14
FATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》 Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual di POPULAR BOOKSTORES seluruh negara. . Stok novel akan sampai ke warehouse POPULAR esok dan akan diedarkan ke seluruh cawangan POPULAR LEMBAH KLANG & KUALA LUMPUR. Dalam minggu ni rasanya dah available ❤️ Stok juga akan diedarkan ke seluruh negara secara berperingkat. Untuk Sabah / Sarawak, insya-Allah mungkin akan available second week of August nanti rasanya..boleh jd juga lebih awal ❤️ will keep on updating about this soon, insyaa Allah ❤️ Terima kasih semuaaaa ❤
Sentap Ke Beb? by pudinae
pudinae
  • WpView
    Reads 706,079
  • WpVote
    Votes 60,159
  • WpPart
    Parts 127
Target dakwah bukan untuk menyentap, tetapi untuk menyentuh. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 26/6/16
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,071,297
  • WpVote
    Votes 154,011
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
5 Tanda Jatuh Cinta by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 128,559
  • WpVote
    Votes 9,483
  • WpPart
    Parts 57
Nura Araviya ataupun Viya merupakan seorang wartawan tempatan. Sering menemu bual pasangan selebriti yang hangat bercinta ataupun sudah bernikah, tetapi masih gagal memahami sesuatu. Cinta. Makhluk apakah itu? Dari planet mana pula asalnya? Semuanya tidak Viya ketahui. Jangankan cinta pertama, perasaan cinta pun belum dia kenali. Sehingga suatu malam di mana dia asyik berkaraoke lagu Shake It Off nyanyian asal Taylor Swift. Siap memakai kaca mata berbentuk love dan memaparkan aksi yang mencuit hati di hadapan golongan ternama yang sedang menikmati makan malam mereka. Tidak terlupa juga itu merupakan blind date pertamanya. Tanpa dia ketahui, seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef selebriti mula berminat untuk mengenalinya. Lelaki itulah yang digelarnya Alien kerana sama seperti cinta, dia juga tidak mengenali siapakah lelaki itu. Tetapi, lelaki itu menjanjikan sesuatu kepadanya. Alien itu berjanji dia akan memperkenalkan apa itu cinta kepada Nura Araviya. Pemenang Anugerah Wattys 2018 Kategori "Pengkarya Kreatif"
Nilai RM20 by khaisaupi
khaisaupi
  • WpView
    Reads 498,255
  • WpVote
    Votes 38,060
  • WpPart
    Parts 64
Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia angkat sebagai teman lelaki. 1. Harta 2. Rupa Lulus kedua-dua syarat ini, hati lelaki itu bakal ditawan. Namun prinsipnya runtuh apabila ada yang datang kembali dalam cerita hidupnya dengan membawa syarat yang ke-3. Syarat yang bisa menggoyah jatuhkan permainan seorang Saila. AGAMA. 'Apalah sangat 20 ringgit tu sedekah untuk masjid. Pahala jadi tukaran' -Lukhman Faiz- Kerana not RM20 tercetusnya satu perkenalan yang membawa kepada masa silam. 'Hanya seorang sahaja yang saya kenal akan masukkan RM20 ke dalam tabung surau. Dan saya yakin, awak orang yang saya kenal' -Lukhman Faiz- 'Semua orang boleh jadi seseorang itu. Maaf, tapi awak salah orang' -Saila Humaira- Dan sekali lagi, kerana RM20 mereka dipertemukan kembali. Mungkinkah pertemuan kali ini akan membawa kepada masa depan atau sebaliknya? p/s : story line collaboration @harsazzreen #karyakelima
Cik Serai Halia | Wattys2017 by ItsNitaSophian
ItsNitaSophian
  • WpView
    Reads 42,254
  • WpVote
    Votes 2,022
  • WpPart
    Parts 28
" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam kegelapan dan sering membuat keputusan untuk lari. Lari menjadi mustahil baginya apabila identiti diri sebagai anak bongsu pemilik perniagaan tersohor Alroze Empire akhirnya terdedah. Hadi Akmal Lee ... seorang lelaki yang dingin. Pernah merasai kehilangan yang menyakitkan sehingga merubah erti kebahagiaan. Kehadiran si genit Cik Serai Halia menambah semula rencah dalam hidupnya. Apabila Cik Serai Halia terjerat dalam kisah cinta tarik tali, kemelut pewarisan Alroze Empire kian gawat. Cik Serai Halia terdesak mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan yang tercipta. Sebuah garapan berkisar tentang konflik percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. °°°°° BACAAN PREVIU SAHAJA °°°°° ROMANCE & MYSTERY °°°°° Pemenang Anugerah Wattys 2017 (Keaslian Karya)
Jodoh In Disguise by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 76,818
  • WpVote
    Votes 5,243
  • WpPart
    Parts 30
Jodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia sendiri malu hendak akui. Pertemuan pertamanya dengan Adi ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa melahirkan rasa jengkel antara satu sama lain. Adi tidak teragak-agak untuk menunjukkan kejengkelannya tetapi Luna menutupi perasaan itu dengan wajah tanpa sebarang emosi. Berbeza ketika bersama Adi, Luna sentiasa tersenyum lebar dengan Evan di sampingnya. Cemburu? Ya, memang Adi cemburu melihatkan keadaan itu tetapi, hatinya sudah terpaut dengan gadis yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng muka ketika janji temu pertama mereka. Seorang pendiam dan serius, seorang lagi cemerkap dan sering tergagap-gagap. Tapi, kedua-duanya berjaya menambat hati Si Jejaka. Takkanlah hatinya ingin memiliki dua orang gadis pada masa yang sama? Yang mana agaknya jodoh Adi akhirnya?
Gadis Undercover by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 119,158
  • WpVote
    Votes 8,077
  • WpPart
    Parts 53
Dariya Nylah, hanyalah seorang gadis yang berasal dari kampung. Impiannya untuk menjadi seorang chef pastri musnah apabila keluarganya tidak mampu membiayai kos pelajarannya. Akan tetapi, impian Dariya masih mempunyai harapan untuk ditunaikan apabila Fian Nufail, rakan sekelasnya ketika berada di bangku sekolah dahulu menawarkannya sebuah pekerjaan. "Kalau kau setuju jadi model untuk syarikat aku, aku akan taja semua kos pelajaran kau. So amacam?" - Fian Nufail Pada mulanya, Dariya tidak yakin untuk menerima tawaran Fian itu kerana dia tahu betapa bencinya ayahnya kepada peragawati. Tiba-tiba, Dariya mendapat akal. "Hm. Aku terima tawaran kau tapi aku nak pakai pendakap gigi, cermin mata atau apa-apa aje yang boleh buat orang lain tak kecam aku. Aku nak jadi Nylah, bukan Dariya." Maka bermulalah hidup Dariya Nylah sebagai Gadis Undercover.