Horror Story
6 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 214,727
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
DIAM ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 61,761
  • WpVote
    Votes 8,821
  • WpPart
    Parts 38
Pabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimut mimpi. Tiada siapa berjaga. Yang tinggal hanya dia, dan suara itu. [ Horror-Thriller ]
PENJAGA ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 184,659
  • WpVote
    Votes 15,135
  • WpPart
    Parts 34
"Walau ada satu mata kasar yang tidak mampu melihat, namun ada mata yang terganggu tidak sedari, -dan air terjun miliknya yang tersentuh tanpa sengaja, telah membuah amarah yang perlu dibalas mereka," Sebuah pengembaraan yang sepatutnya membuah seribu kisah gembira akhirnya berubah menjadi tragedi tatkala mereka tersilap langkah. Menelusuri pelbagai cabaran agar mereka tidak lagi terikat dengan sumpahan itu. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe. Highest rank : #1 in Seram #2 in Mystery and Thriller Penjaga 2 is ready for you guys !!! P/s: storyline agak berterabur
PENJAGA 2 ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 98,705
  • WpVote
    Votes 9,155
  • WpPart
    Parts 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul dibalik badannya. - Mereka bersedia, merungkai misteri Melati. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe And kalau korang belum baca Penjaga 1 lagi, sis cadangkan korang baca dulu supaya lebih paham dan tak blur okay? Thanks, love Aim.
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 206,079
  • WpVote
    Votes 20,711
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
Karun Maryam by amirulrhmn
amirulrhmn
  • WpView
    Reads 14,662
  • WpVote
    Votes 979
  • WpPart
    Parts 15
Novel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di rumah kayu Maryam yang terletak di Kampung Saka Berhenti. Rumah kayu Maryam itu dimiliki oleh seorang wanita muda yang bernama Mashitah. Sepanjang mereka berlima tinggal di rumah kayu Maryam itu, banyak hal-hal aneh dan seram berlaku di sana. Semakin lama juga mereka tinggal di sana, semakin banyak misteri yang muncul dan berjaya dirungkaikan. Ingin tahu secara lanjut lagi, jom baca bersama novel ini