Ape tengok ii?
5 stories
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 290,957
  • WpVote
    Votes 15,298
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Love In Bloom by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 362
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 1
Arsyad Rhael | Sophia Alanna Konvokesyen itu sepatutnya menjadi hari bahagia. Tapi untuk Sophia Alanna, ia bertukar menjadi hari yang mengubah seluruh hidupnya. Tanpa dijangka, dia menjadi 'tunangan palsu' kepada seorang lelaki asing bernama Arsyad Rhael, lelaki yang muncul entah dari mana dengan lamaran di tangannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata... dan dia langsung tidak faham kenapa. Bermula dengan satu salah faham Sophia terperangkap dalam drama yang bukan miliknya. Arsyad pula cuba menutup luka sendiri dengan sandiwara yang direka atas nama ego. Namun apabila Arsyad menyedari kesilapannya, dia mula mencari jalan untuk mendapatkan kemaafan Sophia. Semakin lama mereka mengenali satu sama lain, semakin banyak persoalan mula muncul. Terutamanya apabila Sophia mula tertanya-tanya, adakah Arsyad benar-benar mempunyai perasaan terhadapnya, atau dia cuma sedang keliru dengan perasaannya sendiri? Mampukah dua hati yang tidak pernah berniat untuk saling mengenali... akhirnya saling jatuh cinta? Atau semuanya akan berakhir sepertimana ia bermula tanpa sengaja?
MAFIA BILIONAIRE [SO] by unnirisyah12
unnirisyah12
  • WpView
    Reads 15,034
  • WpVote
    Votes 603
  • WpPart
    Parts 6
Rosella Amanda binti Tan Sri Rahmadi (24) . Anak kelahiran Itali tapi di besarkan di Kuala Lumpur , Malaysia. Dia anak bongsu daripada 4 orang adik beradik iaitu abang sulungnya Razziq , kedua Rayyan dan ketiga Raykal . Rosella ialah seorang yang cantik , baik dan rendah diri , walaupun dia anak jutawan di Malaysia tapi cara pemakaian tidak menunjukkan dia seorang anak jutawan . Beliau amat suka cara hidup sederhana sahaja . Beliau juga anak kesayangan dalam keluarga terutama sekali anak kesayangan Puan Sri Rissa sebab dia hanya sorang sahaja dalam keluarga itu. Aariq Revan d' Louis (25) . Anak kelahiran France . Dia anak kedua daripada 3 adik beradik iaitu kakak sulungnya Amanda Rossa d' Louis dan adik bongsunya Adrian Refdy d' Louis. Dia dari anak seorang billionaire dari France iaitu bapanya Alford Benjamin d' Louis . Dia memiliki seorang ibu yang baik , cantik dan tegas iaitu Ratna Collin , ibunya. Aariq seorang yang selalu bermuka dingin dengan semua orang dan terlalu kejam dalam melaksanakan kerja keduanya selain dari kerja pertama nya CEO. Kerja keduanya hanya keluarga dan dua orang sepupu iaitu Eddie Devian serta Brian Tracy . βœ“ Jangan plagiat cerita ini . βœ“ 100% dari idea sendiri. βœ“ Ada bahasa kasar dalam cerita ini. Start - 11 / 6 / 2020 End -
π™·πšŽ π™Έπšœ π™Όπš’ πš‚πš πšŽπšŽπš π™·πšžπšœπš‹πšŠπš—πš(Hiatus)[Malay fanfic] by sseunoflexs
sseunoflexs
  • WpView
    Reads 4,992
  • WpVote
    Votes 267
  • WpPart
    Parts 11
"π™ΌπšŽπš–πšŠπš—πšπšŠπš—πšπš”πšŠπš— πš”πšŠπšž πšπš˜πš•πš˜πš—πš πšŠπš”πšž πšπš’πš–πšŽ πšŠπš”πšž πšπš’πš‹πšžπš•πš’,πšœπšŽπš”πšŠπš›πšŠπš—πš πš‹πš’πšŠπš› πšŠπš”πšž πš’πšŠπš—πš πš“πšŠπšπšŠ πš”πšŠπšž πšπšŽπš—πšπšŠπš— πš–πšŽπš—πšπšŠπš‘πš πš’πš—πš’ πš”πšŠπšž πšœπšžπš™πšŠπš’πšŠ πšœπšŽπš—πšŠπš—πš πšŠπš”πšž πš“πšŠπšπšŠ πš”πšŠπšž"-πšπš’πšŠπš— π™»πšŽπšŽ "π™΄πš’πš’πš’..πšœπšŽπš—πšŠπš—πš2 πš“πšŽ πš—πšŠπš” πšŒπš•πšŠπš’πš– πšŠπš”πšž.π™Ίπšžπš™πš˜πš— πš–πšŠπš”πšŠπš—πšŠπš— πš”πšŽπšπšŠπš’ πš™πšŠπš”πšŒπš’πš” πšœπšŽπš‹πšŽπš•πšŠπš‘ 𝚝𝚞 πš™πšžπš— πšŠπš”πšž πš‹πšŽπš•πšžπš– πšŒπš•πšŠπš’πš–"-π™»πšŽπšŽπš•πš’ π™±πšŽπš•πš•πšŽ
Only You Tengku Ryan!  by sweetpea4__
sweetpea4__
  • WpView
    Reads 83,400
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 1
[ 2020 ] *ONGOING TENGKU RYAN FARHAN Kehadirannya di sekolah baru ternyata menarik perhatian ramai terutamanya seorang gadis diva yang tidak disukai pelajar-pelajar sekolah itu. Ryan kerap bertembung dengan aireen sehingga mereka bergaduh acap kali. AIREEN SOFEA Seorang gadis yang agak kasar telah digilai beberapa lelaki iaitu sepupu sendiri dan ex-nya yang curang dibelakangnya. Aireen makin serabut memikirkan hal abang meer yang kerap membuat hal. Apakah kesudahannya ? Nantikan...