Suhana_2008
9 stories
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,520,615
  • WpVote
    Votes 140,122
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan] by nbllanr
nbllanr
  • WpView
    Reads 396,931
  • WpVote
    Votes 5,103
  • WpPart
    Parts 10
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman downy. "Abang kacak! Nampak mama kita tak?" Kaki kanannya terasa berat. Segera dia tundukkan wajah melihat seorang gadis sedang memeluk kakinya. "Kau dah kenapa perempuan?" Dia cuba melepaskan kakinya. Orang sekeliling mula memandang mereka pelik. "Abang Kacak! Puteri nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu mula merengek. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah. Dia menggaru kepala pening. Suara nyaring gadis itu memenuhi segenap ruang dewan tertutup yang besar ini. Sudahlah penuh dengan beratus manusia ternama. "Weh perempuan. Bangunlah!" Bisiknya keras. Dia cuba tayang sengih lebar kepada mata-mata yang memerhati. Tangisan gadis itu pecah. Kuat dan nyaring. Makin tak keruan Jejaka itu apabila gadis itu mula tergolek-golek di atas lantai. Sudahnya dia terpaksa bercangkung memujuk gadis itu. "Kau ni kenapa? aduhai!" Dia berbisik keras. Dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam budak umur setahun je ni kenapa. "Nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai. Wajah sudah sememeh dengan hingus dan airmata. "Okay, okay! Kita cari mama kau. Berhenti nangis." Pujuk Jejaka itu. Mendengarkan kata-kata Jejaka itu, segera Puteri tarik hingusnya. Dia memeluk lengan Jejaka tersebut supaya tidak melarikan diri. "Puteri nak mama, abang kacak!" Wajah di kesat pada lengan tuxedo mahal milik si Jejaka. Siap pakej bunyi menarik hingus yang kuat. Jejaka tersebut menahan rasa. Tekaknya loya semacam melihat cecair hijau yang melekat di tuxedo. Semakin lama mengenali Puteri dia semakin sayang. Tetapi, keadaan diri Puteri menjadi tanda tanya dia. Adakah keikhlasan dia mencintai gadis itu terbalas? atau dia bertepuk sebelah tangan saja?
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 208,828
  • WpVote
    Votes 13,855
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁 by dladzahra
dladzahra
  • WpView
    Reads 177,650
  • WpVote
    Votes 7,047
  • WpPart
    Parts 48
Sebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia leka dengan cinta Niel yang hangat membara. Niel tulus mencintainya, namun ketulusan itu terhakis kerana cemburu yang meruntun hati. "Pelacur macam kau tak layak untuk merayu, lagipun pelacur memang suka badannya ditakluk oleh lelaki." - Niel. "Awak kejam Niel! Saya takkan benarkan hati saya mencintai lelaki seperti awak lagi!"-Hannah. Hannah satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya, mustahil dia tidak memikat semula. "Asyik-asyik... Asyiknya bercinta dengan Hannah Qalisha." - Niel. "Awak ni suka rosakkan lagu." - Hannah. Rumah tangga mereka disulam bunga bahagia, apatah lagi mereka bakal menerima cahaya mata. Malangnya, kehadiran Wais sepupu yang paling disayangi Niel yang terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sudah lama Wais menaruh harapan terhadap Hannah, pendek kata dia bekas kekasih Hannah. Apabila Niel mendapat tahu perihal itu, dia terasa kebahagiaan Hannah bukan dengannya lagi. Tambahan pula, perubahan Hannah sejak Wais tinggal di rumah papa, Hannah melayani baik sahaja bahkan seakan mereka pula pasangan suami isteri dan dia orang luar. "Hannah, Wais rindu masa Hannah gigih pikat Wais dulu." - Wais. "Hannah juga rindukan masa dulu. Tapi..." - Hannah. Niel terdengar segalanya, perbualan antara isterinya dan Wais, ternyata cinta mereka utuh. Niel nekad meninggalkan Hannah dengan hatinya yang penuh luka. "Tergamak awak tinggalkan dalam keadaan saya sangat memerlukan awak, apa salah saya? Bukan ni cara untuk saya bahagia Niel, awak makin menyiksa hati saya. Apa erti kebahagiaan saya tanpa awak? Saya cintakan awak! Bukan Wais! Saya hanya mahukan awak. Hanya awak." - Hannah. "Hannah, aku berkorban kerana aku tahu nama aku takkan selamanya kekal di hati kau..." - Niel.
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 412,708
  • WpVote
    Votes 22,794
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Biarku pergi jauh by Greenfolks
Greenfolks
  • WpView
    Reads 1,799,183
  • WpVote
    Votes 35,655
  • WpPart
    Parts 66
Kahwin kerana dijodohkan, bukan kerana kerelaan hati. Aku cuba menerima dirinya sebagai suami tetapi belum cukup setahun perkahwinan kami dia sudah menunjukkan belang. Aku ingatkan dia sudah berubah tetapi hampa. Sudah banyak kali dia meminta peluang. Aku masih boleh bersabar dengan sikapnya sehingga aku difitnah. Yang lebih menghancurkan hatiku adalah apabila dia sendiri yang tidak mempercayaiku. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri darinya. Aku lebih rela pergi jauh daripada tiada siapa yang percayakan diriku. Siapakah yang memfitnahku? Sehingga bilakah aku melarikan diri? Dan bagaimanakah hubunganku dengan suamiku? Jatuh perceraiankah? Credit to @tuliphire untuk cover buku ni😍 Greenfolks ✌
Sepupu yang Tercinta (Novel) by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 768,372
  • WpVote
    Votes 22,806
  • WpPart
    Parts 48
Cerita ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Syuhada yang berbadan gempal, terpaksa tinggal sebumbung dengan sepupu, Rafahmi. Sepupu yang dicintainya. Rafahmi tidak menyukai kedatangan Syuhada ke rumahnya kerna baginya Syuhada adalah orang asing. Pernah jugak dia terfikir Syuhada lah penyebab hubungannya dengan Hana retak walau tak munasabah. Rahim, abang kepada Rafahmi pulang dari luar negara dan menuntut janji untuk bersama Syuhada. Janji yang tak pernah tercipta. Ajim, rakan sepejabat Syuhada jugak menaruh hati pada Syuhada. Namun, perasaannya dipendam untuk mengekalkan persahabatan mereka. Dia tahu Syuhada mencintai Rafahmi. Hana perempuan yang muncul kembali untuk bersama Rafahmi. Cover thanks to: runxgun
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,585
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
The Secret Story [Complete] by _Afxrzxnx
_Afxrzxnx
  • WpView
    Reads 169,505
  • WpVote
    Votes 7,434
  • WpPart
    Parts 20
Alisya Kairana, seorang gadis hati batu dan dingin. Diberi gelaran Ice Princess. Sangat terkenal di sekolahnya mengalahkan Zara Liana yang berbintikan Dato. Semakin hari, Alisya semakin popular. Dalam bidang akedemik, kokurikulum sukan dan macam-macam lagi.Tambahan pula Alisya kelihatan rapat dengan Amirul Fikri, Prince Charming Victoria School. Hubungan Alisya dengan rakan karibnya semakin renggang semenjak Lina Eliana datang. Tetapi Alisya tidak cemburu buta. Yelah Ice Princess kan? Alisya mampu mengawal sekolah dalam sekelip mata sahaja. Sekali kena jerkah, lari tak cukup tanah. Ketua pengawas pun takut dengan Alisya. Alisya begitu hebat. Dia hanya berbintikan Armand Ikhwan. Siapa Alisya yang sebenarnya. Ketahuinya dalam 'The Secret Story'. Cover by : MacaronHime