O N E
14 stories
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 209,471
  • WpVote
    Votes 13,857
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 414,380
  • WpVote
    Votes 22,849
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
SENIOR VS JUNIOR   by agneestar
agneestar
  • WpView
    Reads 220,727
  • WpVote
    Votes 11,244
  • WpPart
    Parts 58
"Kau pehal? aku tak ada cari pasal pun dengan kau lah! Lenga hangit budak hingusan !" - Qisya "Dah la pendek bajet senior la sangat "- Qayyum Pertemuan mereka tak didugai. Qayyum merupakan seorang pengawas sekolah dan atlet sekolah. Nama atlet mesti la menjadi tumpuan di sekolah kan ? Qisya pelajar perempuan yang mempunyai kulit yang putih seperti orang korea ? Tapi mulut tak pernah ada insurans ! "Aku sayang kau weh.. Jangan tinggalkan aku " - Qayyum "Kau siapa? Aku tak kenal kau pun " - Qisya. Since 2017 - 2022 (Agak lama ye untuk siapkan 🤣) Tajuk lama Suamiku Juniorku tapi ditukar kepada Senior vs Junior ^^
Gengster Tu Aku Punya! by cuteflwara
cuteflwara
  • WpView
    Reads 9,478,425
  • WpVote
    Votes 486,333
  • WpPart
    Parts 72
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang terikat kerana masalah keluarga. Bukan kehendak hati. Tetapi terpaksa. Ye, sangat clichè, tetapi akhirnya cinta mereka melengkapi antara satu sama lain. "You are mine. You are mine to keep and to love" - Alief Danyel "No. Not anymore. Your baby girl is gone. Berhenti lah Alief Danyel." - Ayna Maisarah. Mungkin cuma percintaan budak sekolah biasa. Tetapi kisah mereka lebih luar biasa. It took a long time to realize that people love differently. WARNING: this story contains extremely cringy and cheesy typical love story. also, maybe at some point it doesn't make sense. i've strictly warned you, please don't give me shit in the comments. to the one who enjoyed this book, thank you<3 © cuteflwara 2017 [completed]
Will You Be My Honey? (TAMAT) by princesstulips
princesstulips
  • WpView
    Reads 303,200
  • WpVote
    Votes 7,547
  • WpPart
    Parts 18
Menjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan Zafran Heykal tak pernah serius. Tapi...mampukah dia pergi begitu sahaja? Dan bagaimana pula cara Tuan Zafran Heykal mendapatkan cinta Safa Farisya semula? "Will you be my honey?" -Tuan Zafran Heykal "Kalau kita ada jodoh, pasti Allah pertemukan kita nanti. Selamat tinggal, Tuan Zafran.' -Safa Farisya
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,293
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Goda Si Penggoda Itu ! [ COMPLETED ] by leynaterry
leynaterry
  • WpView
    Reads 878,841
  • WpVote
    Votes 20,435
  • WpPart
    Parts 45
Farhan Hakimi , Lelaki super serba sempurna . Dia bijak , kaya , kacak , kuat agama dan berbudi pekerti . Namun kerana ilmu percintaan yang kurang menyebabkan dia masih lagi belum berpunya . Encik Kacak Terlebih Bergaya , video Youtubenya yang mendapat sambutan menjadikan dirinya antara public figure yang mampu mengalahkan selebriti terkini ! Dia kacak , kaya , berbudi pekerti namun siapa sangka ? Dia sebenarnya seorang wanita ! "You know what ? You actually sangat cantik . But I really don't get it . Why you decide to be a man ? Maybe perjodohan kita ni because your parents trust that I can make you back to normal . So , I should give you the sweetest first night ever , may I ?" -Farhan Hakimi- "Look , aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku . Lantak aku lah nak jadi perempuan or laki . Ada kacau kebahagiaan kau ? Tak ada kan ? So blah ! Tak payah rela sangat dengan perkahwinan tak guna ni" -Raisha Humaira-
Imperfect WIFE ✔ by coretanhati
coretanhati
  • WpView
    Reads 2,264,946
  • WpVote
    Votes 45,048
  • WpPart
    Parts 94
? Highest ranking : #10 in cinta (18 Mei 2018) #1 in cerpen (26 Mei 2018) #1 in cerpen (4 July 2018) WARNING ⚠ Bahasa pasar, kasar, mencarut, bacaan 18 ke atas (sikit) dan ayat tunggang langgang. Start edit : 4 July 2018 ******* SINOPSIS: "Cinta? Hahaha memang aku penipu besar lah kalau aku kata aku tak cintakan dia. Suami aku tu" - Haura Klise: Kahwin tanpa perasaan cinta. Tetapi kisah Haura dan Zafran bukan hanya kerana kahwin paksaan daeipada keluarga. Ianya kerana suka sama suka pada awalnya. "Memang aku sukakan Haura. Tapi tak semestinya aku cintakan dia. Suka dan cinta itu perkara berbeza okay!" -Zafran Mampukah perkahwinan ini bertahan apabila hanya satu pihak sahaja yang banyak mengalah? Berapa lama lagi Haura harus menunggu cintanya dibalas oleh suaminya sendiri? Adakah hubungan suami isteri ini akan berkekalan sehingga bila-bila? Atau hanya sekerat jalan apabila ada antara mereka yang mula curang? Atau ada orang yang hadir dan merosakkan rumah tangga mereka?
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,666,552
  • WpVote
    Votes 178,780
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
TUAN KING✔️ [ C ] by MissDheo
MissDheo
  • WpView
    Reads 1,436,967
  • WpVote
    Votes 52,146
  • WpPart
    Parts 35
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira bermula setelah dia kehilangan insan yang selama ini menjadi tulang belakang serta pelindung keluarganya. Beban masalah yang ditinggalkan oleh abahnya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah mengeruhkan lagi keadaan hidup mereka. Tapi masalah itu juga yang menemukan dirinya dengan Darren Arfan, lelaki yang hidup dalam dunia gelap itu. __________ "Suka hati sayalah nak duduk makan dekat mana pun! Awak tu bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Bukannya sedara saya, bukannya abang saya, jauh sekali suami saya!" - Nor Alisya Humaira "Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau budak! I said, sit here!" - Darren Arfan Kehadiran seorang gadis yang kuat memberontak dalam hidup Darren Arfan menggugat ego lelakinya sebagai lelaki dingin! Beku! Jahat! Bagaimanakah pengakhiran sejarah malang hidup Nor Alisya Humaira? Mampukah dia keluar daripada genggaman lelaki kejam baran itu? Dan bagaimana pula dia boleh berada dalam genggaman lelaki itu?!Dunia gelap mana yang dimaksudkan itu? Kalau nak tahu sila baca. Sorry kalau tak beyond your expectations. Ini cubaan pertama saya untuk menulis novel. Hasil idea saya dan 2 orang kawan saya! Happy reading!