Story Molly
5 stories
Bai Shuo Shangshen by dramascriptnew
dramascriptnew
  • WpView
    Reads 3,427
  • WpVote
    Votes 105
  • WpPart
    Parts 12
Diadaptasi ke drama MOONLIGHT MYSTIQUE yang dibintangi oleh Bai Lu dan Ao Ruipeng. Native Title : Bai Shuo Shang Shen (白烁上神) Author : Xing Ling (星零) Bab 1-82 ada di blog Terjemahan di Wattpad akan dimulai dari bab 83-tamat
Hati-Hati, Sayang  by bunnyaf
bunnyaf
  • WpView
    Reads 1,784
  • WpVote
    Votes 512
  • WpPart
    Parts 15
[ON GOING ] 2nd book Hanya seorang sahaja nama yang terpahat di hatinya, iaitu Nabila Aqilah. Sejak pertama kali mereka bertembung, hatinya terusik dengan wajah suci, ayu dan lemah lembut itu. Tak pernah ada mana-mana perempuan pun yang berjaya membuat hatinya tidak keruan seperti ini. Hanya Nabila Aqilah sahaja, dan dia akan pastikan perempuan sebaik itu menjadi miliknya yang sah. "Will you marry me, Bella?" - Muaz Hakimie. Hadirnya seorang perempuan yang cukup dikenalinya dan cuba menggodanya dari zaman sekolah menengah lagi membuat dirinya rimas. Siapa lagi kalau bukan Amelia Farhana. Perempuan yang sanggup buat apa sahaja asalkan Muaz Hakimie menjadi miliknya. Setelah dia mendapat tahu hubungan antara Muaz Hakimie dan musuhnya iaitu, Nabila Aqilah, hatinya mula panas. Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, kenapa lelaki yang diidamkannya selama ini memilih perempuan yang berlagak alim itu? "Aku akan pastikan Muaz Hakimie jadi milik aku. Bukan kaulah perempuan! Sedar sikit diri tu. Kau hanyalah perempuan kampung yang tak tahu malu, asyik terhegeh-hegeh je dekat Muaz! Ingat dia akan pandang kau? Tch. Cermin diri kau dululah!" - Amelia Farhana. Dengan menggunakan Datin Maryam, iaitu ibu kepada Muaz Hakimie, dia akan lebih mudah mendapat lelaki itu. Walaupun mereka sudah berstatus suami isteri, Muaz Hakimie masih menyimpan perasaannya pada perempuan pertama yang bertakhta di hatinya. "Kalau itu yang awak nak, saya sanggup tunggu awak." - Nabila Aqilah. Hidup dengan lelaki itu akan membuatkan hidupnya tenang dan bahagia? Tch. Malang bertimpa-timpa sejak dia mencintai lelaki yang sudah menjadi miliknya itu. Adakah memang benar bahawa dia tidak boleh mengecapi kebahagiaan apabila dia sudah menghancurkan hubungan percintaan orang? Setelah mendapat berita bahawa dia dimadukan bersama musuhnya, adakah dia bahagia? Masih adakah masa untuk dia menyesali dengan tindakannya? Just a cliché story... 🚫Don't copy copy
TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 44,112
  • WpVote
    Votes 2,574
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang sering membuat masalah di sekolah hanya untuk menghulurkan salam perkenalan buat si ketua pengawas garang, Faliq Ridhwan. "Hai Faliq! Tahniah dapat gelaran juara. Kau okay? Ada yang sakit tak? Kaki ke tangan ke kepala ke?" -Melati "Ada. Sakit hati. Sakit hati tengok muka menyampah kau ni!"- Faliq Sikap menjengkelkan Melati sering sahaja mencabar kesabaran Faliq. Puas dimarah, ditengking dan dipulau tapi si pemilik nama bunga Melati masih degil mahu berkawan dengannya. Sehinggalah suatu hari perubahan mendadak Melati membuatkan Faliq merasakan kesunyian menjengah hidupnya. Tiada lagi tingkah ceria Melati yang menyebalkan. Di situlah Faliq mula menyedari bahawa dia terbawa dengan sebuah kenangan pahit yang membuatkan dia menolak salam perkenalan itu. Apabila Faliq menyedari khilafnya, mereka mula berteman. Masing-masing saling menyalurkan semangat untuk mengejar cita-cita. Namun semuanya hanya seketika cuma apabila Melati tiba-tiba menghilang dan hanya meninggalkan sepucuk surat buat 'crushnya' itu. 10 tahun Melati menghilang dan 10 tahun juga Faliq memendam perasaannya buat gadis aneh itu. Namun, ego dalam diri Faliq begitu tinggi. Setinggi Gunung Everest! Bila ditanya soal hati, sering kali dia menidakkan rasa kasih buat Melati. Bila takdir mereka ditemukan semula... "Mel... sepuluh tahun kau hilang macam angin. Sekarang kau nak bahas soal perasaan dekat aku?" "Faliq... kenapa kau tunggu aku kalau kau tak pernah balas cinta aku?" Apakah yang akan berlaku bila ego si kumbang terlalu tinggi terhadap si bunga?
Steely Gaze by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 44,571
  • WpVote
    Votes 4,647
  • WpPart
    Parts 31
❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐚𝐜𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞𝐞 ❦ "Call me if you want him." Hanya kerana sehelai stickey note yang ditinggalkan, rumahnya dikepung dengan beberapa orang manusia berbadan besar, bersut hitam dan bersentaja api. Eshal Habeeba tidak pula berasa takut malah menyambut penceroboh tersebut dengan gembira. "Aren't you scared to meet us?" - Thauri Uzma "I believe there's no bad parents when they would do anything to save their child." - Eshal Habeeba Bagi Eshal Habeeba, pertemuan mereka bagaikan bulan jatuh ke riba. Dengan misi, Eshal Habeeba mengambil kesempatan terhadap pertemuan indah mereka berdua yang dirancang-Nya. Eshal mendaftar sebagai seorang pelajar untuk belajar seni mempertahankan diri. Lama kelamaan Eshal memanjat dinding lelaki itu bina dan dia tersedar. Thauri Uzma, lelaki itu penuh dengan kejutan. He's blind. He can feel your presence, emotions, energy and scents. He's gifted with those abilities. "Lepas ni, awak jangan malu makan depan saya tau. Saya boleh tengokkan awak." -Eshal. Makin lama dia panjat makin hatinya terusik. Bukan kerana kesian tapi kerana ketabahan lelaki itu. Hatinya mula terpaut namun ditutup rapat mulutnya. Alangkah terkejutnya dia, Uzma juga terpaut dengan tali yang dia campak. Bersyukur kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan. Eshal Habeeba bukan gadis seperti di luar sana. Gadis itu lebih misteri. "Run pumpkin!" - Uzma. "Stop telling me to run! Don't lose me, Uzma! Once you lose, I..." - Eshal. Bulan demi bulan berlalu, kehilangan lelaki itu menikam sanubari Eshal Habeeba bagai kaca terhempas ke batu. Bukan mudah baginya untuk membiasakan diri kerana bayangan lelaki itu umpama siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Di kala memulihkan dirinya... "Hey..." - Uzma. "The most breathtaking star in the universe is you, pumpkin." - Thauri Uzma Adakah kehadiran lelaki itu kenyataan atau khayalan semata-mata? © 2020 Raenees. All right reserved.
BAD[AR] by ainqalbi
ainqalbi
  • WpView
    Reads 13,616
  • WpVote
    Votes 2,490
  • WpPart
    Parts 28
BAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah peraturan dalam kamus hidupnya. Disiplin? Pergi mampus. Baginya peraturan dicipta untuk dilanggar bukan untuk dipatuhi. BADRUL AMIN, pengawas dan hero pujaan sekolah. Namun dia bukan seperti cerita pengawas lain. Dalam banyak-banyak orang dia memilih untuk berkawan dengan Qowiy. "Cepatlah weh. Kita tak solat zohor lagi ni." -BAD "Aku bukannya tak nak ikut kau pergi solat, Bad. Kalau diberi pilihan, aku nak ikut sangat-sangat. Cuma itulah, aku tengah cuti sekarang." -QOWIY "Bongoknya sahabat! Qowiy... kau tu lelaki! Lelaki mana ada cuti solat! -BAD Pertemuan semula dengan AISYATUL RIHANNA, kawan lama di depan surau sekolah menimbulkan rasa tak senang dalam hati Qowiy. Lebih-lebih lagi apabila gadis itu kini muncul dengan imej bertudung labuh. "Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan?" -QOWIY "Win-win situation. Kau pun dah buat benda yang sama dekat aku tadi." -AISY Keadaan semakin gawat apabila mereka berdua terpaksa bekerjasama dalam satu organisasi. "Aku nak kita bincang pasal BADAR." -AISY "Kenapa aku kena ikut cakap kau pula? Sekarang aku ketua... atau kau yang ketua?" -QOWIY Bagi Qowiy, Aisy ialah masa lalu yang langsung tak ingin dikenang. Berbeza halnya dengan Badrul yang menganggap Aisy umpama sinar harapan untuk sahabatnya berubah ke pangkal jalan. Namun angan-angan itu musnah apabila dendam Iffat menjadi penghalang. Sampai satu masa, sisi gelap Qowiy terbongkar. Masihkah ada Badrul untuk mendukung hijrah kawannya? Apa rahsia Qowiy sebenarnya? "Bertahan selagi bertuhan. Ujian hadir tanda Tuhan itu wujud." ©AinQalbi2021 cover by: @nrullfatini 😊 Start: 3 Jan 2021 End: tak tahu tak tahu