(⁠ʘ⁠ᴗ⁠ʘ⁠✿⁠)
11 stories
Me With You, Love [OG] by farahqz
farahqz
  • WpView
    Reads 1,877
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 25
𝟏𝐬𝐭 𝐰𝐨𝐫𝐤 - 𝐂𝐫𝐢𝐦𝐞 | 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐭𝐢𝐜 Sejak kecil, Nurina telah terpisah daripada keluarganya. Saat bersama Reezfan, dia pernah merasa aman dan dilindungi sehinggalah takdir memisahkan mereka untuk tempoh yang panjang. Namun, di sudut hatinya, dia dapat rasakan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku suatu hari nanti. Reezfan merupakan anak tunggal yang jarang mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Lebih-lebih lagi ayahnya. Dia bimbang kehadirannya menjadi beban kepada mereka, lalu memilih untuk belajar bersungguh-sungguh dan berdikari sejak kecil demi mengambil hati kedua orang tuanya. Mampukah Nurina bertemu semula dengan insan yang dia sayangi? Apakah maksud sebenar rasa hatinya itu? Dan apakah yang menanti mereka pada masa hadapan? '𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪.' - Nurina '𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘶. 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢.' - Reezfan *** ⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
CINTA ITU, KAMU [SU] by piqachew
piqachew
  • WpView
    Reads 906
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 25
CHEMPAKA Matlamat asalnya hendak mencari kerja sahaja. Kerja lain tak dapat, kerja kedai runcit pun jadilah. Tapi sekarang kerja dah dapat, tauke kedai pun dia dapat sekali! MALEEQ AL-HAQ Dia ada sebabnya tersendiri kenapa dia sanggup menjaga kedai runcit di kampung itu walaupun dia sendiri merupakan pemilik Syarikat Al-Haq. Semakin lama kenal, Chempaka makin mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada Maleeq. Seperti ada yang disembunyikan dari pengetahuannya. Maleeq pula makin tak senang duduk. Rasa bersalah itu makin mencengkam dirinya. Dapatkah mereka mengecap bahagia bersama? Atau adakah rahsia itu akan menjadi asbab berakhirnya kisah cinta mereka?
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,248
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 10
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
MENANTI KAMU 2 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 6,946
  • WpVote
    Votes 730
  • WpPart
    Parts 62
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa mengetahui apa hubungan lelaki tersebut dengan si gadis. "Aku takkan maafkan kau." Gaduh. Benci. Namun, hati masing-masing masih mencintai antara satu sama lain. "Awak yang tak faham saya!" Dengan satu ayat, segalanya berubah. Ketika itu juga, pelbagai masalah membebani bahu Syahidah. Masalah persahabatan, masalah keluarga lagi. Bermacam-macam perkara sehingga akhirnya, dia jumpa satu jalan yang dapat menghilangkan segala beban. "Abang sayang sangat dekat Idah sampai bila-bila." Terimalah, MENANTI KAMU 2. START: 26 DISEMBER 2023 END: 12 MAC 2024
Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C] by FyDream
FyDream
  • WpView
    Reads 8,858
  • WpVote
    Votes 568
  • WpPart
    Parts 23
Lea Malika x Thufail Nuaim "𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐚𝐣𝐞." - 𝐓𝐡𝐮𝐟𝐚𝐢𝐥 𝐍𝐮𝐚𝐢𝐦 Dalam diam, Lea Malika menaruh perasaan cinta terhadap Thufail. Dalam diam doanya kedengaran di langit. Namun, kasihnya berbelah bahagi. Di antara Qistina Maisarah dan Thufail Nuaim. Dia tidak sanggup kehilangan salah seorang dari mereka. Rahsia yang tersimpan memberi jawapan kepada setiap persoalan tidak terjawab. Rupanya-rupanya Lea begitu dekat dengan insan yang dicari selama ini. Dari benci bertukar cinta. Dari rindu menjadi sayang. "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚-𝐛𝐢𝐥𝐚." - 𝐋𝐞𝐚 Beautiful Cover By @Kayrlees Start : 7 Oct 2023 End : 17 March 2024
𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 | 𝐂 (REVAMP) by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 59,990
  • WpVote
    Votes 2,728
  • WpPart
    Parts 34
•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒪𝓃ℯ• ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ & ᶜᵉᵒ'ˢ ʰⁱˢ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ [Under N.I series] Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀᴅᴀᴍ ɪᴍᴀɴ × ɴᴜʀᴜʟ ɴᴀᴛᴀsʏᴀ ᴀʀᴀʟʏɴ (new version) (not edited) Satu fitnah yang tersebar menyebabkan Natasya dihalau oleh ibu kandungnya sendiri. Pertemuan tidak diduga diantara Adam dan Natasya mengundang perasaan simpati didalam hidup Adam. "Aku nak kau jadi maid sekaligus pengasuh anak aku," - Adam Iman Setelah dua bulan Natasya tinggal bersama mereka, sedar tidak sedar Adam mula jatuh hati dengan sikap dan watak Natasya. "Will you be my angel?"-Adam Iman "Err..I will," -Natasya Aralyn Mereka hidup sangat bahagia setelah bersatu. Namun kerana dendam seseorang dan juga kemunculan semula bekas isterinya, hubungan mereka berdua mula retak "Lyn ni isteri abang. Nurul Natasya Aralyn. Takkan abang lupa?"-Natasya Aralyn "Bila masa aku kahwin? Bila masa aku ada isteri?"-Adam Iman "Kalau abang tak ingat Lyn, ni dalam perut ni anak abang,"-Natasya Aralyn "Bila masa aku buat anak dengan kau ni. Kau merepek apa ni?" -Adam Iman Dan disebabkan rasa sakit hati yang melampau, Natasya melarikan diri bersama Nafique Aqasha keluar negara. Persoalannya siapa Nafique Aqasha? Dan siapa yang berdendam dengan pasangan itu? Adakah Nafique dan manusia yang berdendam dengan pasangan itu bersubahat? Apa niat jahat mereka? Kenapa Adam yang mula mula melamar Natasya tiba tiba berubah hati? Namun jodoh mereka kuat dan mereka dipertemukan semula. Mampukah hubungan mereka dijalin kembali? Atau hanya.. sebagai teman? Jawapan telah tertulis didalam 'Gadis Pinjaman Tuhan' Start: 16 December 2023 End: 30 December 2023 ⚠️ sorry if ad kesalahan ejaan/tatabahasa & typo ⚠️ storyline mmg x best tpi x pyhlah smpai nk kecam oky ⚠️ author still sch so mmg ayt akn ad yg berterabur
MY LOVELY CAT  [OG] by Atsuka_su
Atsuka_su
  • WpView
    Reads 285
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 8
Yuna menghidap penyakit kanser otak. Dia sering menyendiri dan menjadikan kucingnya, Yuki sebagai teman. Suatu hari, kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Yuki. Kehilangan Yuki menyebabkan Yuna mengalami tekanan perasaan dan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Semakin teruk penyakit Yuna sehingga dia sering berimaginasi dan bercakap seorang diri. Ramai pelajar di sekolah mula membenci dan menjauhinya kerana dia sering bercakap seorang diri. Ada juga pelajar yang mengatakan dia sudah hilang akal. Ibu bapa Yuna hanya mampu bertawakal selepas pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan anaknya kembali. Ada juga sekumpulan pelajar perempuan yang cuba berkawan dengan Yuna. Suatu hari mereka membawa Yuna ke sungai untuk berborak dan bersembang. Kemudian, kejadian yang tidak diingini berlaku Yuna terjatuh ke dalam sungai. Waktu itu Yuna tidak mampu berenang untuk menyelamatkan dirinya kerana arus sungai terlalu deras. Tanpa disedari Yuna diselamatkan oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yuna tidak mengesyaki siapa yang menyelamatkannya kerana dia sudah tidak bermaya lagi. Siapakah dia ? Adakah Yuna mampu sembuh semula ? Mengapakah Yuna sering bercakap seorang diri? PROLOG " Mungkin dia wujud di dunia ini, Tapi suatu hari dia pasti kembali lagi ! "
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,028
  • WpVote
    Votes 794
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 12,338
  • WpVote
    Votes 1,564
  • WpPart
    Parts 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024