rosesarerosieyy's Reading List
2 stories
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 435,862
  • WpVote
    Votes 17,380
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Secret Arietis.  by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 56,458
  • WpVote
    Votes 4,383
  • WpPart
    Parts 72
masquerade collection book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura (Cerita yang penuh dengan kekurangan. I write this story during the lowest phases of my life.) ❝It's all an act.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia ingin bangun, tawaran diberikan kepadanya. Dia dijadikan senjata semula, berpaksikan tipu helah manusia kejam. Motif? ❝Your first mistake is thinking that i was one of the sheep.❞ Rune ❝Pull the trigger.❞ Spade [I write this on my lowest] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence (18+) ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in
+21 more