Kegemaran
28 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 890,643
  • WpVote
    Votes 41,440
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Si Bisu Pujaan Hati [TERBIT] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 1,175,943
  • WpVote
    Votes 27,006
  • WpPart
    Parts 22
2023. TERBIT 2025 © BOOKUET BOOKLUB "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya." - TALIYA FARIHA Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sebagai sombong hanya kerana tidak membalas 'sama-sama kasih' si gadis tersebut. Tanpa si gadis tahu dia bisu. Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu. "Awak, sorry eh untuk tuduhan haritu." - TALIYA FARIHA "Tiada maaf bagimu." - EZRUL ISTAFA Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba menyukai dia kembali. Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu mengganggunya. Dia tidak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri. "You don't know how to give up, do you?" - EZRUL ISTAFA "Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it." - TALIYA FARIHA Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Dan betul ke perkataan 'putus asa' tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Sampai bila Ezrul harus menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romcom - 10/10/23, 22/10/23 #1 in komedi - 11/12/23 #1 in romantik - 14/12/23, 19/12/23, 22/12/23, 14/3/24, 23/3/24, 31/3/24 #1 in romance - 22/12/23, 1/1/24 #1 in humor - 23/3/24, 2/4/24, 26/7/25 Start: 10/09/2023 End: 25/12/2023
Kerana Dendam [Terbit] by daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    Reads 1,423,920
  • WpVote
    Votes 22,297
  • WpPart
    Parts 25
Adam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping, murder, self-harm, and suicide. If any of these topics are triggering for you, please consider skipping those parts or stop reading altogether.
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 1,403,331
  • WpVote
    Votes 38,380
  • WpPart
    Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
- PENGORBANAN CINTA - [C] by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 529,854
  • WpVote
    Votes 25,581
  • WpPart
    Parts 106
AMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta boleh membuatkan seorang yang waras boleh jadi gila. Di sebabkan cinta... Mawar sanggup berkorban.Tapi... hanya Mawar sajakah yang berkorban? Tanpa gadis itu tahu... ada seorang lagi yang sanggup berkorban untuk melihat dirinya bahagia. Dyzwar banyak berkorban bagi membesarkan adik kesayangannya.Tapi di sebabkan satu kejadian gelap yang menimpa keluarganya membuatkan Dyzwar kecewa akan Mawar. " Di sebabkan ini! Aku tak nak kau rapat dengan laki!" - Dyzwar. Mawar di paksa berkahwin bersama seorang lelaki yang sedikit berumur.Aryyan Deluca.Pakcik angkat rakannya. Perkahwinan yang di aturkan secara tertutup.Hanya keluarga terdekat saja yang hadir.Dan Aryyan meletakkan syarat hanya rakan - rakannya saja yang di jemput hadir. Awalnya memang gadis itu perlu melalui pahit manis bersama sang suami.Tapi pertengahannya membuatkan gadis itu berbelah bagi. " Uncle Aryyan lamar aku!" - Arissa. " Aku nak halalkan Arissa... tapi kau muasnahkan semuanya." - Aryyan. Di sebabkan satu persahabatan, gadis itu mengorbankan cintanya untuk sang suami demi melihat orang yang dia sayang, bahagia. " Awak kena jadi seorang suami yang baik tau untuk Arissa." - Mawar. Di waktu hari sang suami dan rakannya bersanding.Mawar telah menerima satu surat yang membuatkan jantungnya hampir saja terhenti. "Tolong, sayangkan dia macam mana,saya sayangkan dia." - Mawar. Pengorbanan Mawar terlalu besar.Hanya kerana ingin melihat sang suami, bahagia. Tapi ada seorang lagi yang mengorbankan cintanya lebih besar daripada Mawar. ________ ✨🦋✨ ________ STATUS : COMPLETE
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,774,124
  • WpVote
    Votes 282,192
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
IZINKAN KU PERGI by dhazzmi
dhazzmi
  • WpView
    Reads 7,994
  • WpVote
    Votes 289
  • WpPart
    Parts 55
Adi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNya.
HATIKU UNTUK DIA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 32,817
  • WpVote
    Votes 627
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Hatiku Untuk Dia Penulis: Rose Harissa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-41-0 Muka Surat : 1056 Harga: RM38.00 (Semenanjung) // RM41.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018
Dalam Kurungan Razyian.  by Fara_Hana
Fara_Hana
  • WpView
    Reads 176,943
  • WpVote
    Votes 4,380
  • WpPart
    Parts 66
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana hadirnya seorang wanita bergelar maduku. Ara. "Ara dah la tu. Benda dah jadi. Tak ada gunanya kau nak harapkan orang yang sudah berpunya." Ayna. "tak Ayna! Dengan apa yang aku baca, aku dah boleh agak Kayla tak pernah terima Razy. Diorang kahwin sebab wasiat. Jadi aku masih ada peluangkan untuk rampas Razy dari dia?" Ara. Dengan kehadirannya dalam keluargaku, terus menjadi porak peranda sehinggakan aku ambil keputusan untuk pergi membawa diri tanpa meminta izin. "abang Iz Cuma nak adik sedar bahawa apa yang adik buat adalah salah. Terperap di sini bukan penyelesaian yang baik. Adik nak sambung pengajian di sini? Ok! Abang Iz terima tapi lima tahun dah cukup untuk adik berada di sini. Adik benda dah lepas biarlah berlalu. Lagipun tak elok biarkan suami menderita tanpa isteri di sisi." Raizmie. Bagaikan angin lalu aku tetap dengan keputusan tapi tidak lama bila papa sudah sebulat suara untuk aku pulang juga ke Malaysia. Ternyata kata-kata abangku benar belaka bila aku lihat kemesraan suamiku jelas membuatkan hatiku direntap biarpun Ara mengidap amnesia. Makin menjadi-jadi bila kehadiran Eriq bagaikan segumpal awan hitam menyelubungi aku dan akhirnya akulah awan hitam itu bila Ian menuduh aku pembunuh Ara. Sampai bila pengakhiran ini akan berakhir? Adakah kisahku tiada kebahagiaan selepas ini? Dan adakah selamanya aku menjadi banduan dalam kurungannya? Hanya senaskah cerita ini luahanku. Start :19/03/19 End :19/01/20 Raina, Ian dan Han
TERBIT | Jika Harus Begitu by Jwayara
Jwayara
  • WpView
    Reads 5,715,524
  • WpVote
    Votes 50,027
  • WpPart
    Parts 19
"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?