zahfie's rawr
70 stories
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 235,279
  • WpVote
    Votes 12,646
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 680,566
  • WpVote
    Votes 25,430
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 419,263
  • WpVote
    Votes 29,013
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Mr. A.H.  [Bakal Terbit] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 139,385
  • WpVote
    Votes 1,362
  • WpPart
    Parts 14
Nota penulis: Sebahagian besar bab cerita ini telahpun diturunkan dari wattpad disebabkan akan menjadi novel fizikal. Sinopsis: Adam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menjadi crush hatinya! "Adam, awak... Awak A.H. kan?" -Hawa- Sayangnya, impian Hawa untuk membina rumah tangga bahagia yang tidak pernah dirasainya musnah apabila suami yang baru dikahwininya itu mendedahkan satu rahsia! Handsome, kaya, pandai memasak, baik dan gentleman. Adam memang lelaki perfect idaman semua wanita. Tapi hakikatnya, lelaki itu menyimpan satu aib yang sangat besar! "I can't love you, can't treat you as how other husbands normally treat their wives." -Adam- Adam langsung tak sangka apabila dia berterus terang berkenaan rahsianya kepada Hawa, wanita itu tetap mahu mengekalkan perkahwinan mereka! "I'm not gonna give up on you, Adam." "Kita kawan dulu, okay?" -Hawa- Berjayakah Hawa menawan hati Adam? Dan mampukah Adam keluar dari kancah dosanya dan mencintai si isteri? "Adam, kita datang bersalut lumpur yang sama." -Hawa- "Hawa selamanya adalah isteri aku." -Adam- Ikuti kisah bagaimana Hawa menakluk hati crushnya, Mr. AH! Tropes: Secret crush Both have dark past Character growth & hijrah ke arah lebih baik She fell first, he fell harder Family bond This is a sweet fluffy story! Tak melodrama mana :') (TRIGGER WARNING: SILA BACA!!!) Karya ini mengandungi isu kecelaruan kesihatan mental seperti depresi, ketagihan alkohol, cubaan bunuh diri serta orientasi seksual songsang. Isu-isu yang disentuh mungkin boleh mencetuskan stres atau gangguan kepada pembaca. Sekiranya anda terkesan dengannya, adalah dinasihatkan agar membuat rujukan dan mendapatkan bimbingan lanjut daripada pihak yang wajar.
π–π‘πžπ§ 𝐅π₯𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁π₯𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 195,464
  • WpVote
    Votes 12,436
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,321,196
  • WpVote
    Votes 57,001
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
SELINDUNGβœ” by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 209,893
  • WpVote
    Votes 20,889
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,439,001
  • WpVote
    Votes 51,395
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,872,357
  • WpVote
    Votes 208,393
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? β€’ β€’ Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021