Afiadz books
3 stories
CINTA BUAT ROSE (TERBIT: EBOOK) by afiadz
afiadz
  • WpView
    Reads 865
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 6
Terbit dalam KOMPILASI CERPEN EBOOK KASIH SAYANG Vol 1 di bawah Penerbitan AHA. Untuk pembelian, whatsapp 010-2786799 (Kak Fi) Instagram & Facebook : @afiadz
HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK) by afiadz
afiadz
  • WpView
    Reads 32,904
  • WpVote
    Votes 3,376
  • WpPart
    Parts 28
BLURB Her Eusoff Akibat tekanan daripada Syarifah Andra, Elvina terdesak untuk mencari calon suami. Bukan sembarangan lelaki boleh dipilih. Syarifah Andra meletakkan syarat supaya lelaki itu mesti berketurunan Syed dan mempunyai ketinggian 175 cm ke atas. Ramai calon yang ditemui, namun semuanya tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan. Satu hari, Elvina, si gadis diva dipertemukan dengan Syed Eusoff yang beku dan dingin. Pertemuan kali pertama membuahkan bibit-bibit cinta. "Kawan-kawan panggil saya El. Keluarga saya panggil saya Hani. Tapi Mr. Handsome boleh panggil saya, my honey." - Elvina Seperti mana Zulaikha mengejar cinta Yusuf, begitu jugalah Elvina bertekad untuk menawan hati Eusoff. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurat si duda. Tanpa Elvina sedari, ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh Eusoff dan juga kawan baiknya sendiri, Khayra. "Sebab bekas isteri Tuan Syed tu tak reti bersyukur. Manusia. Selagi mereka belum hilang sesuatu, mereka tak tahu hargai" - Khayra Sehinggalah satu kejadian berlaku, kebencian dan amarah Eusoff terhadap Elvina memuncak. "Kalau you rasa semua lelaki akan tunduk dengan nafsu, you silap Elvina." - Eusoff Berbulan-bulan mereka terpisah, namun takdir Allah mempertemukan mereka semula di Tanah Suci Mekah. Rasa benci bertukar menjadi cinta. "Saya nak memperisterikan awak" - Eusoff "Saya tak sempurna, Eusoff" - Elvina Adakah sudah tertulis di Luh Mahfuz, Eusoff milik Elvina?
HER GUARDIAN ANGEL by afiadz
afiadz
  • WpView
    Reads 206,050
  • WpVote
    Votes 16,508
  • WpPart
    Parts 54
"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young lady." - SYED RAYYAN DANIAL Apabila nyawa berada di hujung tanduk, seorang lelaki yang sangat misteri, dingin, beku dan sombong telah menyelamatkan dan tanpa sedar dia turut mengubah hidup Hannah. Kemunculan Rayyan melakar sinar bahagia dalam hidupnya. Saat Hannah berada dalam kesusahan dan bahaya, Rayyan sentiasa berada di sampingnya meskipun layanannya terhadap Hannah dingin. Mereka meniti hari-hari bahagia seperti pasangan lain. Namun segala-galanya musnah saat satu rahsia yang tersimpan kemas oleh Rayyan terbongkar. Apakah rahsia tersebut? Dapatkah Hannah menerima Rayyan setelah apa yang terjadi?