trulysha's Reading List
2 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,165,855
  • WpVote
    Votes 71,957
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
C |  DEAR MY CRUSH ✓ by liyasarahnur
liyasarahnur
  • WpView
    Reads 32,265
  • WpVote
    Votes 1,294
  • WpPart
    Parts 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA yang mempunyai hati terhadap seorang jejaka tampan dan mempunyai budi pekerti yang baik. Dia hanya pendam dan simpan perasaan itu seorang diri. Setiap hari dia berdoa, memohon kepada Allah agar rasa itu dibuang dari hatinya. Namun, semakin hari perasaan itu makin kuat serta kukuh membuatkan ADREENA berkali-kali tersungkur dek kerana perasaan sendiri. Bukan keinginannya untuk jatuh cinta terhadap jejaka itu, namun perancangan Allah siapa aje yang tahu. "Kenapa susah untuk buang awak dari hati saya?" "Saya cintakan awak." Dia tahu IZZ ADAM NAUFAL tidak menaruh hati terhadapnya, tetapi perlakuan lelaki itu dan layanan lelaki itu terhadapnya membuatkan dia dalam dilema dan keliru. Dengan senyuman manis yang memikat hati. Walaupun akal menidakkan, tetapi hati perempuannya merasakan bahawa ADAM turut menyukainya! Apakah? Makin bertambah geram bila adiknya selalu berkata yang bukan-bukan tentang dia kepada Adam. Sangkakan hanya Wardah sahaja penghalang, rupanya ramai lagi yang menjadi penghalang dan membuatkan dia mahu tidak mahu harus mengundurkan diri. Paling tidak sangka, rakan baiknya yang dia percaya selama ini mengkhianati nya gara-gara seorang lelaki! "Kau memang tak sedar diri, kan perempuan?" -BALQIS "Apa maksud awak? Kenapa awak tampar saya, Qis?" -ADREENA NAYRA Dikhianati rakan sendiri, diserang oleh peminat ADAM, dalam dilema dengan perasaan terhadap ADAM membuatkan ADREENA menjadi stres dan sedih. Perlu ke dia teruskan suka ADAM? Bolehkah ADREENA mengharungi cabaran dan rintangan yang mendatang? Dapatkah ADREENA bersatu dengan ADAM? Akan adakah sinar bahagia buat ADREENA dan ADAM? "Awak berharap sangat ke awak mati?" "Kalau itu yang terbaik." Start publish: 10/4/2022 End: 15/10/2022 Beautiful cover by: @skrrtboom♡ ⚠️ Newbie ⚠️ Cringe ⚠️Over