We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
sssyiraaaaaa's Reading List
157 stories
Rafeeq's Obsession [SU] by syhhdaisy
syhhdaisy
  • WpView
    Reads 11,318
  • WpVote
    Votes 676
  • WpPart
    Parts 35
[Karya Pertama] Bagi seorang Nadine Malea, jurang darjat adalah sempadan yang tidak akan mampu dia seberangi. Dia sedar diri. Di Akademi Sri Wijaya, dia hanyalah seorang pelajar B40 yang menumpang atas tiket biasiswa, manakala Tengku Rafeeq Aydeen berada di puncak hierarki teratas T20 selaku pewaris rangkaian hotel gergasi. Mempunyai perasaan terhadap abang senior yang digilai ramai itu adalah satu kesilapan besar. Namun, Nadine tidak pernah menyangka rahsia hatinya akan dibalas dengan sebuah penghinaan yang menghancurkan seluruh maruahnya di hadapan khalayak ramai sebaik sahaja kejohanan sukan sekolah tamat. Hanya kerana dia dilahirkan tidak setaraf, dia dipijak maruahnya oleh ego seorang Tengku Rafeeq Aydeen. Membawa sisa luka dan tekad untuk mengubah nasib keluarga, Nadine melarikan diri ke UK demi mengejar cita-citanya menjadi seorang chef. Dia mahu membalas jasa ibunya yang hanya menyara hidup mereka dengan berniaga sarapan pagi. Sepuluh tahun berlalu. Nadine Malea pulang ke tanah air bersama sekeping hati yang sudah beku. Atas rasa teruja mendapat peluang keemasan, dia terus menerima tawaran kontrak sebagai chef pengganti di sebuah hotel paling terkemuka di Kuala Lumpur tanpa melakukan sebarang usul periksa. Nadine menyangka itu adalah titik mula untuk dia membahagiakan ibunya. Namun, langkahnya mati saat takdir mempertemukannya semula dengan Tengku Rafeeq Aydeen, lelaki masa lalunya yang kini bergelar CEO di hotel tersebut. Dulu dipisahkan oleh darjat dan kata penghinaan. Sekarang, mereka dipaksa bertentang mata semula di bawah bumbung yang sama. Saat sekeping hati sudah tawar dan hanya mahu bersikap profesional, ego sang CEO pula yang mula runtuh melihat kehadiran semula sepasang mata coklat yang pernah ditolaknya dulu. Start : 22 June 2026 End : - ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📉 Storyline berterabur 💡 100% author's idea
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,311,914
  • WpVote
    Votes 2,913
  • WpPart
    Parts 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 710,012
  • WpVote
    Votes 24,851
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 409,467
  • WpVote
    Votes 15,463
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Daniel: The Sweet Husband (C) by itsnas
itsnas
  • WpView
    Reads 31,534
  • WpVote
    Votes 1,143
  • WpPart
    Parts 64
Thalia Natalia | Tengku Daniel Fariz Thalia Natalia, hancur hatinya apabila tunangnya, Tengku Zafran Faiz, mengkhianati cintanya dengan wanita lain. Pertunangan yang dibina atas dasar cinta musnah dalam sekelip mata. "Tak guna punya jantan! Sanggup you curang dengan kawan baik I!" - Thalia Natalia "I'm sorry darling, I khilaf. Kita mula balik dari awal, please? Family kita pun tak nak kita putus," rayu Tengku Zafran Faiz. Namun, Thalia nekad untuk membalas dendam. Sasarannya? Abang kepada Zafran, Tengku Daniel Fariz. Segala cara digunakan untuk menggoda Daniel, namun usahanya menemui jalan buntu. "Awak boleh tolong saya?" Thalia Natalia "tolong apa?" Tengku Daniel Fariz "Tolong jadi suami saya" Thalia Natalia Keadaan menjadi rumit apabila satu pengumuman mengejutkan dibuat. "Sebenarnya Aunty, Mama, Lia pregnant... anak Daniel." - Thalia Natalia "Cuba awak tunjuk macam mana awak boleh pregnant anak saya," Tengku Daniel Fariz "Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, kau dah tak boleh lari dari aku. You are mine," Tengku Daniel Fariz. Berjayakah Thalia Natalia menggoda Tengku Daniel, semata-mata untuk membalas dendam terhadap bekas tunangnya? Atau adakah dia terperangkap dalam permainannya sendiri? Started 2/11/2025 Ending 2/6/2026
Sisakan Aku Waktu |  TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 297,645
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 1
Adam Fawaaz, dianugerahkan tuhan satu kelebihan; dia dapat melihat kisah silam setiap manusia yang bertentang mata dengannya. Namun itu adalah hal yang paling dia benci tentang dirinya. Baginya, ia merupakan suatu sumpahan dari tuhan. Sehingga takdir menemukannya dengan Qayla. Dan ketika itu, keajaiban terbesar dalam hidupnya berlaku. Dia.... Tidak dapat melihat kisah silam gadis itu disaat mata mereka bertaut. "Why are you different Qayla?" Dia ingin tahu lebih banyak tentang gadis itu. Dia ingin tahu kenapa gadis itu istimewa.
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,622,174
  • WpVote
    Votes 54,479
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓫𝓾𝓵𝓵𝔂'𝓼 𝓪𝓷𝓰𝓮𝓵✔️ by Skz_haven
Skz_haven
  • WpView
    Reads 430,468
  • WpVote
    Votes 9,811
  • WpPart
    Parts 52
"No one can have you beside me" he said "Why are you making my life a living hell? What have I done to you? She said "when I laid my eyes on you ,I knew that you were mine only . mine to keep , mine to hurt , mine to cherish, mine to love , mine to bully " , he said while pulling me towards him. A/n: This is my first ever fanfiction that I wrote back in 2019. So it's really cringy so forgive my cringy writing and bad choices of outfits and other stuffs. Start :18/5/2019 Ended: 26/5/2020.