⚜ Winner of Starzy's Short Story Contest 21⚜
3 stories
Pembunuh Dalam Selindung by CikMimpiOfficial
CikMimpiOfficial
  • WpView
    Reads 643
  • WpVote
    Votes 120
  • WpPart
    Parts 16
Pembunuh Dalam Selindung (PDS) Contest: Starzy Short Story Contest Tema: Pandemik, Perjuangan, Penghargaan Quotes/Tagline: Demi negara dan masa depan, kami tetap teguh berjuang walau nyawa menjadi taruhan Genre: Spiritual Masa diperuntukkan: 22 Feb 2021 hingga 5 April 2021 (45 hari) Bilangan Chapter yang diperuntukkan: 10 hingga 15 Chapter Blurb: Ariff Mazlan. Lelaki yang ego. Lelaki yang sombong. Mulutnya lincah mencari cacat cela para ahli politik, otak ligat merangka idea untuk menjatuhkan kerajaan. Terdapat perasaan benci yang tersemat utuh di dalam hati yang tersakiti sekian lama dahulu. "Aku akan pastikan mereka rasa kesengsaraan sama yang telah aku lalui!" - Ariff - Suatu hari, pandemik baharu mula berleluasa. Sudah 20 tahun selepas Malaysia bebas daripada pandemik Covid-19. Sudah 20 tahun jugalah Malaysia tidak dilanda apa-apa penyakit berbahaya di dalam jangka masa itu. Namun begitu, pada tanggal 10 Januari tahun 2044 virus mutasi terbaharu telah muncul! Virus ini amat menggegarkan dunia! Virus ini telah menjangkiti spesies cacing dan mengakibatkan cacing tersebut mencari mamalia sebagai tempat berteduh. Parasit ini bukan sahaja membawa maut malahan beberapa minggu atau bulan sebelum mati, mamalia yang telah dijangkiti oleh cacing-cacing tersebut akan menjadi karnivor dan seolah-olah seperti zombie. Kekuatan mereka juga jauh lebih tinggi daripada manusia biasa. Lebih berbahaya, zombie ini bukanlah seperti zombie biasa yang tidak mempunyai akal. Mereka mampu berfikir! Hal ini menyebabkan hampir semua warganegara Malaysia berjantina lelaki dipanggil oleh kerajaan untuk membantu membendung masalah ini. Ini bermakna, Ariff juga turut serta. Apakah yang Ariff akan lakukan? Teruskan misi menjatuhkan kerajaan atau Ariff akan berubah? Nantikannya di Pembunuh Dalam Selindung Start: 22 Feb 2021 (draft) 12 Mac 2021 End: Warning! Digalakan umur 14+ ke atas untuk baca - Curse - lain-lain (sebab tak tahu)
✔ ᴄʀᴇꜱᴄᴇɴᴛ +ᴀᴛᴇᴇᴢ by rauszydai
rauszydai
  • WpView
    Reads 2,381
  • WpVote
    Votes 434
  • WpPart
    Parts 17
Kehidupan di atas muka bumi bukan lagi satu pilihan. Manusia kembali hidup dalam keadaan takut, berlindung dari spesies sendiri, bagaikan mangsa yang melarikan diri dari pemangsa. Tapi siapa boleh salahkan mereka? Tiga tahun mereka sengsara, seorang demi seorang kalah dengan virus durjana yang tidak memberi peluang langsung kepada manusia untuk melawan. Pasukan tentera satu per satu menjadi korban, kajian tentang penawar mengambil selamanya untuk disempurnakan. Manusia semakin hari semakin pupus, dunia semakin hari semakin kecut. Kalau begini, ahli sains sepatutnya teruskan ekspidisi ke bulan demi melarikan diri namun masa tidak menunggu. Keluarga perlu ditinggalkan demi negara. Nyawa perlu dipertaruh buat mereka yang tidak bersyukur. Kewujudan perlu digadai demi keharmonian. Maka diri sendiri mereka tipu, memujuk diri bahawa semuanya akan dalam keadaan baik. Suka atau tidak, mereka sentiasa lapan. Kecundang atau tidak, mereka sentiasa lapan. "Demi negara dan masa depan kami tetap teguh berjuang walau nyawa jadi taruhan." © Maze Runner, Bungou Stray Dogs, Bird Box, Train to Busan, Ishihara. Start ; 16/3/2021 End ; 30/3/2021 ACHIEVEMENT UNLOCKED : ✿ ᴘᴇᴍᴇɴᴀɴɢ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴋᴇᴅᴜᴀ sᴛᴀʀᴢʏ's sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏ ᴄᴏɴᴛᴇsᴛ