✨✨✨
86 stories
His Forever ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 2,967
  • WpVote
    Votes 186
  • WpPart
    Parts 10
Mini Story #2 Vi Adelia Thariq Ivan Setahun berlalu setelah dia berkenalan dengan lelaki itu. Lelaki yang jauh lebih berumur daripadanya. Lelaki yang mengajar dia kembali tentang segala perkara yang pernah dia tinggal jauh dahulu. Lelaki yang berniat untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita jijik seperti dirinya ini. "Sekarang, saya tak nak awak fikir bukan-bukan lagi tentang diri awak. Awak dah jadi isteri saya, Vi. Masa lalu awak sudah jauh awak tinggalkan".- Thariq Ivan Vi cuba untuk menerima realiti hidupnya yang sekarang dan memberikan hatinya kepada lelaki itu. Sedikit demi sedikit dia mencuba tetapi... "Awak masih sayangkan dia, Thariq? Awak masih cintakan dia?".- Vi Adelia "Dia sudah tiada makna di hati dan hidup saya. You do".- Thariq Ivan "Tipu! Awak tipu!".- Vi Adelia ⚠️ This is a short story that only contains 10 chapters with no prologue and epilogue. ⚠️ Cerita ini merupakan spin-off kepada cerita HAIDAR ZAHEERA, mengisahkan tentang kehidupan Thariq (formerly known as Ivan) selepas dia bertemu dengan Vi Adelia (di epilog HAIDAR ZAHEERA). ⚠️ BIG age gap ❗❗ Theme Songs: - ESCORT by Chase Atlantic -
YUSUF ZULAIKHA ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 32,987
  • WpVote
    Votes 2,074
  • WpPart
    Parts 58
Dara Zulaikha Yusuf One of the most sorrowful love stories I have ever written. Tidak cukup dengan disisihkan oleh semua orang bermula daripada dia kecil sehingga lah kini dia berumur 27 tahun, Dara Zulaikha diuji lagi tatkala dia baru sahaja mendapat tahu bahawa dia hanya mempunyai baki masa selama lebih kurang satu tahun untuk hidup. Dara tak mengeluh, Dara tak gelisah. Sebaliknya, Dara menyenaraikan perkara yang ingin dia lakukan sepanjang menjalani hidup di baki masa yang ada. "Dan... perkara yang terakhir... aku... aku nak kahwin".- Dara Zulaikha Ya! Dara nak kahwin! Sebelum dia meninggalkan dunia ini, dia ingin merasakan bagaimana rasanya 'dipilih'. Untuk menunaikan hajatnya yang satu itu, dia bertemu dengan seorang peninju lelaki yang langsung tak ada rasa nak kahwin! "Kau gila ke? Tak nak aku!".- Yusuf Beria Yusuf menolak pada mulanya tetapi... ada sesuatu yang membuatkan Yusuf rela untuk menikahi Dara walaupun hanya untuk tempoh masa setahun. Dalam tempoh pernikahan tersebut, Yusuf juga beria memujuk Dara untuk melakukan sesuatu. "Buat pembedahan tu, Dara. Kau ada kemungkinan untuk hidup lebih lama lagi".- Yusuf "Dah tak ada guna untuk saya hidup untuk lebih lama lagi, Yusuf. Biar lah Allah ambil saja nyawa saya".- Dara Zulaikha Apakah pengakhiran kisah cinta Dara dan Yusuf yang hanya dimulai dengan perkahwinan tanpa cinta ini? ⚠️ SAD ROMANCE❗ ⚠️ Fast-paced. Theme songs: - P Ramlee dan Saloma by ALPHA -All I Ask (Bruno Mars ver.) by Bruno Mars
Echoes Of You [ C ] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 4,336
  • WpVote
    Votes 275
  • WpPart
    Parts 18
Jika kita memang ditakdirkan, sejauh mana pun kita pergi... kita akan jumpa jalan pulang. Kashaf Nadeem percaya cinta itu cukup dengan keikhlasan. Adra Seroja pula percaya cinta perlu menunggu waktu yang tepat. Dalam dunia yang dipenuhi jarak, cita-cita dan diam yang disalah ertikan, mereka belajar mencintai dengan cara paling sunyi. Namun, bagaimana jika takdir memilih untuk diam lebih lama daripada doa? Sebuah kisah tentang cinta pertama, janji yang tertangguh, dan perasaan yang tak pernah benar-benar pergi.
Lumière by onlyblossom_
onlyblossom_
  • WpView
    Reads 107,972
  • WpVote
    Votes 4,475
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
Ada Dia & Cinta by elfierra
elfierra
  • WpView
    Reads 32,960
  • WpVote
    Votes 1,953
  • WpPart
    Parts 78
Erika fikir dia dah move on. Hidupnya kini cuma tentang satu perkara: kerja. Cinta? Letak tepi dulu. Tapi bila cinta pertama muncul semula-dengan pengganti di sisi-hatinya mula goyah. Dan dalam cubaan melupakan, hadir pula seseorang yang tak pernah dia jangka... makin kerap, makin dekat. "You're stalking me." "Wow. Tuduhan berat pagi-pagi ni." Kebetulan demi kebetulan. Pertemuan demi pertemuan. Erika cuba menafikan rasa, walau hatinya makin tak keruan. "Pernah tak kau terfikir? Tentang abang aku... dan possibility you and him?" Tapi bila kebenaran mula terbongkar, semuanya tak lagi mudah. "Dia masih cinta sama kamu, Erika..." Antara masa lalu yang tak selesai, dan seseorang yang selalu ada, Erika tahu-sampai masa, dia harus memilih.
Suri Hati Reza by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 15,242
  • WpVote
    Votes 1,847
  • WpPart
    Parts 47
Reza - suami Suri - isteri
Melodi [Tamat] by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 70,992
  • WpVote
    Votes 3,373
  • WpPart
    Parts 66
Kelemahan Muhammad Nazmi; benda-benda comel, berlidah tajam dan paling teruk, ada masalah daddy issue. Kekuatannya pula, seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik perempuannya. Nur Khairunnisa, gadis cinonet yang berperwatakan agak kasar dan menjengkelkan. Atas persetujuan bapa-bapa, mereka disatukan. Bagi Nazmi, perkahwinan itu tanpa restu diri sendiri. Bagi Khairunnisa, perkahwinan itu satu-satunya jalan keluar dari kesusahan. Rentak rumah tangga yang pada mulanya lurus, datar, plateau, menjadi rancak dan kucar kacir apabila lahirnya Muhammad Haziq. Alunan yang membentuk satu melodi tercipta. Tapi siapa je yang tahu adakah melodi yang tercipta itu akan menjadi melodi indah atau jelek?
Nada by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 8,164
  • WpVote
    Votes 1,171
  • WpPart
    Parts 22
Cinta lepas nikah
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 114,661
  • WpVote
    Votes 4,837
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.