Cinta
13 cerita
Abang Superbike oleh fazilah_rahman
Abang Superbike
fazilah_rahman
  • Membaca 28,194
  • Suara 630
  • Bagian 25
Safina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan negetif mak cik-mak cik bawang. Walaupun masih muda namun dia berjaya mengusahakan perniagaan yang diminatinya. Restoran yang berkonsepkan garaj miliknya sering kali menjadi tumpuan penggemar motor berkuasa tinggi. Kedai dua tingkat itu telah diubah suai mengikut citarasanya. Belah bawah dijadikan restoran manakala belah atas dijadikan galeri menjual aksesori motor berkuasa tinggi. Sikapnya yang merendah diri langsung tidak menunjukkan dia adalah pemilik restoran itu. Apatah lagi apabila dia gemar menjadi pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan pelanggan. Ahmad Farid, jejaka maskulin yang menjadi kegilaan gadis-gadis. Siapa yang tidak terpikat apabila melihatnya. Senyumannya saja mampu membuatkan para gadis gila bayang. Bertubuh tinggi. Kulit yang sedikit cerah. Tubuh yang berotot. Pakej lengkap menjadi lelaki idaman para gadis. "Aku akan buat sampai kau jatuh cinta dengan aku." - Ahmad Farid. "Jangan sampai kau tersungkur. Kau tak kenal siapa aku." -Safina Start : 23 Disember 2020 End :
BUTAKAH CINTA ©️  oleh _NaniRizal_
BUTAKAH CINTA ©️
_NaniRizal_
  • Membaca 1,057,564
  • Suara 40,727
  • Bagian 88
"Hello! Saya tanya ni. Ni moto awak ke? Kalau betul, saya nak serahkan kunci. Tapi dengan sedikit tazkirah pendeklah kan. Lain kali, jangan cuai. Mujur la saya yang jumpa kunci awak. Kalau orang lain entah-entah motor awak dah hilang tau?" -Hana "Lain kali tengok cermin dulu sebelum nak bagi tazkirah kat orang lain ya, cik kak!" -Faiz Timeline : 10 December 2018 - 5 Februari 2019 #1 in cinta (27 march 2019) #1 in romantik (12 april 2019) #1 in remaja (13 september 2019)
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT oleh Ash_lmh
SUAMIKU ENCIK DUDA HOT
Ash_lmh
  • Membaca 95,783
  • Suara 3,014
  • Bagian 36
Disebabkan pertemuan tidak diduga menyebabkan Naura semakin dekat dengan jejaka yang tidak dikenalinya dan jejaka yang cuba untuk mendekati Naura tanpa rasa erti berputus asa sejak kali pertama berjumpa dia sudah rasa bibit cinta buat si gadis itu. Mampukah Naura menjauhi dan menepis perasaannya buat si jejaka perfect10 itu?
BUNGA ABANG (TERBIT ) oleh MrsHusna92
BUNGA ABANG (TERBIT )
MrsHusna92
  • Membaca 246,988
  • Suara 11,727
  • Bagian 23
Tentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan kena pulangkan semula balang ni." Terkedu makcik penjual kerepek sebelum ketawa terbahak-bahak sampai berair air mata, kalau difikirkan dirinya masih muda mesti makcik dah gelak berguling-guling atas lantai kedainya. "Makcik gurau je, nak." Tentang Nadim yang kuat membuli Timah si Naif. Tak tahulah perempuan itu manusia yang boleh dikategorikan sebagai naif atau bodoh. Pakaiannya pun selalu tidak sempurna. Kalau tak buruk, mesti ada lubang-lubang kecil. Layak dijadikan kain buruk tapi masih ditampal dengan perca kain dan dipakai tanpa sedikit pun rasa malu. Tudungnya juga begitu, tudung bawal tapi warnanya kusam. Belum lagi hal-hal lain. "Kita kena kahwin." "Kenapa?." "Supaya ada orang boleh jaga kau, lindung kau daripada orang-orang tak bertanggungjawab. Aku ni macam savior kaulah." Timah kerut dahi. "Savior?." "White knight." Makin berkerut dahi Fatimah. "White khight?." Nadim mengeluh. "Super saiya tau?." Timah geleng. "Habis apa kau tau?." Nadim dah menyampah. Semua tak tau. Silakan baca Bunga Abang.
Jodohku Encik Misteri oleh Ay_Athrh
Jodohku Encik Misteri
Ay_Athrh
  • Membaca 726
  • Suara 106
  • Bagian 12
Pertemuan 8 tahun yang lalu membuatkan Nur zahirah Syafiqah ingin mengetahui siapakah lelaki yang pernah menolongnya dahulu. Dengan pertolongan dari jejaka misteri itu, kini, Zahirah memegang jawatan sebagai Inspektor dan berkhidmat di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun, dapatkah Zahirah mencari siapakah lelaki yang pernah menolongnya itu? Atau lelaki itu sendiri yang akan muncul di depan mata Zahirah? Apakah kesudahan kisah ini? P/s: Semua nama, tempat, atau segala persamaan yang terdapat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata . Start: 17/1/2021 End:? Ranking: 1- kes (21.1.2021) 1- pencarian (21.1.2021) 4- misi (20.1.2021) 5- pertemuan (20.1.2021)
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua) oleh LilyRose593
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)
LilyRose593
  • Membaca 106,503
  • Suara 1,797
  • Bagian 17
Rank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di hari pernikahannya. Paling parah, Ayu sedang mengandungkan anak Firash! Firash hilang tanpa jejak. Ayu jadi buntu! Dihalau dari apartment milik Firash, dianiaya oleh sahabat sendiri. Yang paling parah, tunang sebenar kepada Firash sendiri datang menghuru-harakan hidup Ayu sehingga hampir mati! Di saat nyawa Ayu di ambang maut, dia dipertemukan dengan Emiir Haiqal. EMIIR - Si duda yang dulunya PERNAH berjaya dalam hidupnya. Hanya kerana tersilap langkah, kariernya menjunam. Hanya kerana sifat pemarah dalam diri, bekas isteri menuntut penceraian. Di saat hidupnya mula membaik dan bekas isterinya "hampir" kembali kepadanya, dia dipertemukan dengan gadis yang asing dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Lebih parah, gara-gara Nek Piah yang masih berdendam dengan bekas isteri Emiir, Emiir "terjerat" untuk menikahi Ayu. Memikirkan nasib anak yang dikandung, aib yang dia terpaksa tanggung gara-gara tertangkap basah dengan Emiir, mahu tak mahu terpaksa juga Ayu terima permintaan Nek Piah untuk bernikah dengan Emiir. "Kau jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku terpaksa, tapi sebab nenek! Lepas kau lahirkan anak kau, kita takkan ada apa-apa hubungan atas kertas lagi. Aku cuma sayangkan Zara. Bukan Ayu!" - Emiir. "Abang janji nak nikah semula dengan Zara. But how could you did this to me?!" - ZARA. "Ash nak tuntut semula hak Ash! Ash nak tuntut semula Yusuf! Dia anak Ash!" - FIRASH. Semakin banyak konflik yang terjadi, semakin banyak rahsia lama tentang Ayu yang terbongkar! Dalam diam, lahir 'cinta kedua' antara Emiir dan Ayu yang tak pernah terungkap. Mampukah keduanya mempertahankannya di saat Zara menagih kembali kasih Emiir, dan Firash merayu mahukan Ayu dan Yusuf kembali?
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book) oleh Ash_lmh
MAMAT KEREK ITU SUAMIKU✔ (E-book)
Ash_lmh
  • Membaca 2,164,924
  • Suara 18,449
  • Bagian 32
Kerana satu peristiwa mereka terpaksa disatukan, Harris Mohd Adrian dan Erin Zulaikha. Harris jejaka tampan, kaya dan semua yang ada pada dia menepati ciri-ciri idaman wanita. Walau bagaimanapun setiap orang pasti ada kekurangannya. Harris lelaki yang kasar dan kerek. Erin Zulaikha, gadis kampung yang baru saja usianya berganjak ke 20-an. Seorang yang biasa, cantik dan rendah diri. Mereka dikahwini atas beberapa alasan orang tua Erin Zulaikha walaupun bukan itu kebenarannya. Erin dengan rela hati setuju untuk berkahwin dengan Harris jejaka kerek. Dua insan berkahwin bukan atas sebab dasar suka sama suka mampukah mereke mengecapi bahagia? Mampukah Erin menerima Harris yang penuh dengan misteri itu? Ada bab yang cheesy🔞 WARNING! ❗PEMBACA BERUSIA 18 TAHUN KE BAWAH DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MEMBACA CERITA INI TERUTAMANYA BAB YANG BERUNSURKAN 18+, HARAP MAKLUM❗ Ranking 2 of #sweet🥈 Ranking 3 of #sweet🥉 Saya unpublish beberapa bab untuk Sya jadikan e-book. Kalau berminat untuk baca sampai habis boleh dm saya melalui e-mail di bio acc Wattpad saya untuk purchase, TQ
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021] oleh akuorgbiasa
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]
akuorgbiasa
  • Membaca 378,552
  • Suara 4,854
  • Bagian 19
Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas. Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen. - Romeo Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? - Juliet Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo. Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya. Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. - Sky of Phoenix Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati. Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? - Thor Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya. Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua... - Edison Ng Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan. Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu - Ahmad Tariq Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi? By akuorgbiasa
Tunangku Gadis Raider oleh PinkHeart86
Tunangku Gadis Raider
PinkHeart86
  • Membaca 1,816
  • Suara 82
  • Bagian 13
mengisahkan Tentang seorang lelaki brnama hamka tiba² d suruh kawin dgn gadis brnama Faza yg baru dia knl hanya kerana salah faham..Dlm msa yg sma,c hamka Dan c Faza ni adalah raider..