🤍💯
40 cerita
Puspitaku Seroja oleh CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Membaca 19,492
  • WpVote
    Vote 3,395
  • WpPart
    Bab 24
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
The Trophy Wife oleh thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Membaca 4,638
  • WpVote
    Vote 477
  • WpPart
    Bab 2
Ruya Dahlia, satu-satunya impian yang dia punya adalah menjadi kaya. Kaya, kaya dan kaya! Oleh itu, dia punya rancangan bernas: 1. Jadi anggota kelab The Royal Rafflesia. 2. Tarik perhatian datin-datin dan orang ternama 3. Kahwin dengan anak diorang dan jadi kaya! Ringkas. Tepat. Padat. Namun, kata orang terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata... masuk ke mulut buaya. Nama Arazin yang meniti dari mulutnya pada malam yang tak disangka-sangka itu mencipta rangkaian penipuan yang memerangkap Dahlia dari semua arah kecuali dengan... "Jadi trophy wife aku..." -Abdul Basit Arazin
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] oleh CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Membaca 18,976
  • WpVote
    Vote 1,840
  • WpPart
    Bab 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
Mine, Soldier!  oleh AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Membaca 953
  • WpVote
    Vote 99
  • WpPart
    Bab 3
Cinta ini tidak pernah mati. Tapi luka ini pun tidak pernah sembuh. SERI ELNAURA tidak pernah lupa akan janji yang dikhianati. Satu panggilan. Satu nyawa yang tidak sempat diselamatkan. Dan seorang lelaki berseragam yang sepatutnya menjadi penyelamat, akhirnya menjadi punca kemusnahan keluarganya. Sejak itu, dia benci tentera. Benci segala yang berkait dengan uniform. Termasuk HAQ ZIDAN. Lelaki itu kini muncul semula dalam hidupnya sebagai ketua unit tentera yang memaksa mereka bekerjasama. Takdir memaksa mereka berkongsi misi, berkongsi ruang dan mengorek semula sejarah yang dia cuba kuburkan. Tetapi Haq Zidan bukan lelaki yang akan melepaskan apa yang dia rasa miliknya. "Kau boleh benci aku, Naura. Tapi jangan lupa satu perkara... Dalam hidup ni, hanya aku yang sanggup mati untuk kau." - MEJAR HAQ ZIDAN Dalam medan yang penuh rahsia, dendam dan kesetiaan, antara cinta yang masih bernyawa, dan luka yang belum berdarah kering... Siapa yang akan tunduk terlebih dahulu? ----- COPYRIGHT AIZACKMESLE2025
Rarepunzel oleh harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Membaca 26,424
  • WpVote
    Vote 2,463
  • WpPart
    Bab 28
Magic Crime Series. Twisted Tales, but make it Crime! *** Kes #1: Rarepunzel Mangsa: Keluarga ternama, 'Rapunzel Family.' Cara Pembunuhan: Mangsa diracun dan dijerut menggunakan rambut panjangnya sendiri. "Why did you kill them?" "I wanna send them to heaven." Well, this is the story of a girl named Rapunzel, and she is a murderer.
[B2] LUTHFI √ (UNEDITED) oleh bellofa
bellofa
  • WpView
    Membaca 1,468,031
  • WpVote
    Vote 143,455
  • WpPart
    Bab 74
Baca Mahfuz dulu. Nak kenal siapa Eshan, baca book 1. Jangan skip, nanti tak tahu apa-apa hehe. Kawasan bahaya! HAHA.