FAVOURITE WRITER 🤎
8 stories
BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting ) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 864
  • WpVote
    Votes 884
  • WpPart
    Parts 26
Hanya sebuah diari seorang manusia yang tersangkut ketika bumi terus berputar. PERHATIAN! MULA & TAMAT : 21 MAC 2023 [[ Kiraan perkataan : 4,026 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Rumah (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 7,861
  • WpVote
    Votes 1,627
  • WpPart
    Parts 37
PEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merupakan rakan sekerja kepada Erin akan tetapi dia tidak tahu-menahu bahawa Erin asalnya seorang lelaki. Lama-kelamaan, Erin mula menyukai Huda dan akhirnya, dia bertekad untuk menjadi Rayyan semula namun pelbagai cabaran yang harus dia hadapi bahkan dia perlu menjadi Erin dan Rayyan pada masa yang sama atas sebab tertentu. Tambahan lagi, dia juga sering sahaja tewas dengan nafsu songsangnya. Manakala Huda yang jenis suka menghilangkan diri makin merumitkan lagi keadaan. "Saya faham awak nak jadi diri awak sendiri. Tapi tak bolehkah, awak jadi diri awak yang diredai Allah?" -Huda- PERHATIAN! MULA : 8 Julai 2021 TAMAT : 30 Ogos 2021 [[ Kiraan perkataan : 120,752 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Berperang dalam ribut (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 1,493
  • WpVote
    Votes 1,077
  • WpPart
    Parts 31
500 tahun yang lalu, wujudnya sebuah negara yang bernama Okyanus dan mempunyai sebuah kerajaan yang bernama Slytherin Kingdom. Pada awalnya, negara itu hidup dalam keadaan yang aman sehinggalah timbulnya huru-hara. Negara Okyanus seolah-olah disumpah. Hampir bertahun-tahun, lamanya langit negara Okyanus sentiasa mendung dan kadangkala, ditimpa hujan ribut. Semua ini berlaku apabila munculnya raksasa laut yang dikenali sebagai Gölge. Kemunculan Gölge menyebabkan laut di negara Okyanus sering mencetuskan amaran bahaya tsunami dan banjir. Namun, laut yang berbahaya itu masih belum pernah lagi membinasakan negara Okyanus. Meskipun begitu, kemunculan Gölge tidak boleh dipandang rendah dan raksasa tersebut perlu ditumpaskan. Semakin lama Gölge hidup, semakin teruklah hujan ribut akan melanda negara Okyanus. Berpuluh-puluh peperangan di laut telah dilakukan. Namun, belum pernah lagi Sea's Soldier menang. Selain daripada berperang, mereka juga turut merungkai misteri Kewujudan Gölge. Bernadette, Kapten pasukan untuk Fighter Of The Storm (FOTS) menjadi satu-satunya harapan rakyat Slytherin Kingdom untuk menumpaskan Gölge. Dia juga dibantu oleh para pasukan Shield Of The Storm (SOTS). Namun, terdapat banyak sekali dugaan yang harus ditempuhi oleh insan yang bernama Bernadette itu. Mampukah Bernadette dan kesemua angkatan Sea's Soldier menumpaskan Gölge dan kembalikan semula empat musim di negara Okyanus? PERHATIAN! MULA : 7 Jun 2021 TAMAT : 19 Jun 2021 [[ Kiraan perkataan : 40,165 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 2,950
  • WpVote
    Votes 949
  • WpPart
    Parts 23
Vivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyikan kebenaran dan hidup dalam kepuraan-puraan. Malah, emosi mereka juga seakan-akan dikawal. Apakah misteri yang menyelebungi kerajaan tersebut dan apakah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh pemerintah kerajaan itu dan siapakah sebenarnya 'Ratu Misteri' yang mengawal 'emosi' rakyat Kerajaan Mawar Hitam?. PERHATIAN! MULA : 27 Mei 2021 TAMAT : 6 Jun 2021 [[ Kiraan perkataan : 23,045 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
YAZARIYIM (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 1,059
  • WpVote
    Votes 557
  • WpPart
    Parts 16
•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya,Nirmala tetap menyokongnya.Tapi, mampukah dia mencapai impiannya apabila Ratna akhirnya bertemu dengan 'putus asa' dan 'kegagalan' melalui kawannya, Juwita serta setiap orang yang berada di sekelilingnya?. Kegagalan tersebut membuatkan Ratna jatuh tersungkur dan berputus asa. Namun, semangatnya dibangkitkan kembali atas bantuan ayahnya yang dahulu sering mencemuhnya namun kini,ayahnya sendiri yang akan membawa Ratna pergi mengembara dan membantunya mencari identiti penulisnya dan mendalami apakah itu maksud kehidupan dan harapan. Sebuah novel yang agak bosan pada permulaan tapi boleh jadi gempak apabila semakin menuju ke pengakhiran. Semoga, novel ini mempunyai 'nilainya' yang tersendiri. PERHATIAN! MULA : 14 April 2021 TAMAT : 26 Mei 2021 [[ Kiraan perkataan : 23,439 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Bab Terakhir (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 972
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 13
Sebuah novel yang biasa . . . . Novel ini iaitu, Bab Terakhir boleh jadi seram,misteri dan suspen pada waktu yang sama. Bab Terakhir merupakan penutup untuk novel daripada Siri : The Truth Will Out. Novel Bab Terakhir merupakan novel yang akan menjelaskan lagi mesej yang aku cuba sampaikan melalui kesemua novel seram malah novel misteri/thriller daripada Siri :The Truth Will Out. Novel daripada Siri : The Truth Will Out yang dihasilkan melalui tulisan tangan; 1) In My Eyes. 2) Raksasa. 3) Aku dan mereka. 4) Kegelapan. 5) Sumpahan : Dihantar. 6) Sentiasa di belakangku. Maka,Bab Terakhir adalah penutup yang akan melengkapkan Siri : The Truth Will Out. Bab Terakhir tidak mempunyai 'kesinambungan' mahupun apa-apa kisah yang berkaitan dengan novel yang lain. Ia hanya 'menjelaskan' lagi mesej yang aku cuba sampaikan melalui keenam-enam novel tersebut. Seram + Misteri + Thriller = Bab Terakhir. PERINGATAN! -Sesuai dibaca untuk kanak-kanak sebab ada kisah yang akan bagi kesedaran dan sebab itu jugalah aku tak letak MATURE CONTENT. -Mungkin agak membosankan. -Hanyalah rekaan semata-mata . -Terdapat 'Plot Twist' yang anda mungkin tak jangka akan berlaku. -Ada juga kisah yang berkaitan dengan 'Kesihatan Mental'. -Digalakkan untuk dengar muzik seram sepanjang anda membaca novel ini untuk lebih 'menjiwai' . -Sila baca bila dah bersedia. -Maaf jika 'menghampakan'. Selamat membaca dan minta maaf banyak-banyak sekiranya terdapat kekurangan. Sekian, Terima Kasih : ) PERHATIAN! MULA : 24 Mac 2021 TAMAT : 30 Mac 2021 [[ Kiraan perkataan : 21,312 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Kerana dia (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 1,147
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 21
Mengisahkan tentang dua orang insan yang pada mulanya hanyalah menjadi tempat untuk meluahkan masalah diantara satu sama lain. . . Ikhwan merupakan seorang pelajar yang paling pintar di sekolah dan sememangnya selalu dipaksa untuk belajar oleh ibunya yang juga seorang guru berdedikasi di sekolah.Ikhwan sering dipaksa untuk belajar sehingga tidak mempunyai masa untuk dirinya. Manakala, Wardiah pula merupakan seorang pelajar yang kurang bijak , anak 'broken home' dan tidak percayakan cinta.Akibat pergaduhan yang sering berlaku diantara ibu dan ayahnya,Wardiah akhirnya membesar dengan kepercayaan yang tertanam dalam dirinya iaitu 'perkahwinan ialah perkara yang sia-sia'. ♡ "Benarkah cinta itu adalah penawar duka?". PERHATIAN! MULA : 6 Mac 2021 TAMAT : 19 Mac 2021 [[ Kiraan perkataan : 30,399 patah perkataan ]] ©Athirah Azani
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting) by nrathrhazn
nrathrhazn
  • WpView
    Reads 1,530
  • WpVote
    Votes 731
  • WpPart
    Parts 18
𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. •○●□■☆■□●○• Aini bertekad untuk melupakan segala impiannya,setelah ibu dan kakak sulungnya meninggal dunia. Kini,dia sendiri yang akan menjaga adik bongsunya dan bekerja sambilan demi membantu ayahya. Namun, ketika dia berusia 18 tahun, ayahnya pula meninggal dunia akibat masalah kesihatan. Aini,akhirnya terpaksa memikul segala tanggungjawab demi meneruskan kehidupan malah menjaga adiknya yang masih bersekolah. Tapi, mampukah seorang yang langsung tidak pandai berdikari ini meneruskan hidup tanpa mempunyai orang yang lebih tua disisi?. •○●□■☆■□●○• "Kehilangan mereka yang kita sayangi itu akan berlaku, bukan? Habis kenapa aku lihat ramai sangat yang masih lupa tentangnya". -Aini Najihah PERHATIAN! MULA : 30 November 2020 TAMAT : 24 Februari 2021 [[ Kiraan perkataan : 31,219 patah perkataan ]] ©Athirah Azani