NadhilahRosdi
- Reads 308
- Votes 6
- Parts 101
**SINOPSIS**
**Al-Afina Rayhana Aisya** bukan gadis bangsawan biasa. Walaupun merupakan anak kepada hartawan terkenal, Dato' Zafran Iqbal, Afina yang ddikenali dengan identiti "Miss White Sneakers" miliknya-seorang graduan seni bina yang bermulut celopar, berjiwa bebas, dan pantang dicabar. Baginya, kasut tumit tinggi hanyalah beban, dan protokol korporat adalah penjara.
Segalanya berubah apabila dia bertembung dengan **Ungku Haris Mikael**, CEO Al-Haqq Group yang mendapat gelaran "Mr. Alpha". Haris adalah definisi kesempurnaan yang dingin; seorang *perfectionist* yang mengawal segalanya dengan kuku besi. Pertemuan pertama mereka di padang golf berakhir dengan malapetaka apabila Afina dengan beraninya "menyekolahkan" Haris di depan khalayak ramai.
Dendam atau tertarik? Haris mencabar Afina untuk membuktikan bakatnya dengan memberikan tempoh mustahil 48 jam untuk menyiapkan projek mega *The Heritage*. Namun, apa yang Haris tidak sangka, di sebalik "duri" dan mulut laser Afina, terdapat bakat genius yang mampu menggoyahkan egonya.
Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila rahsia trauma masa lalu Afina terhadap kegelapan mula terbongkar semasa tugasan luar di Johor, memaksa si "Singa Korporat" bertukar menjadi pelindung yang paling setia. Ditambah pula dengan kehadiran **hannah** yang bermulut loghat Utara pekat serta geng "masuk air" di pejabat, hubungan benci tapi rindu ini menjadi bahan usikan satu Menara Al-Haqq.
Apabila dua ego bertembung, adakah Mr. Alpha akan tunduk pada kecomelan Miss White Sneakers, atau adakah mawar berduri itu akan kehilangan taringnya dalam pelukan sang serigala?