Futuristic
4 stories
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]  by SyuhadaNr
SyuhadaNr
  • WpView
    Reads 516,332
  • WpVote
    Votes 40,371
  • WpPart
    Parts 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersatu dalam dirinya? Dua puak yang berselisihan faham dan menjadi musuh sejak beberapa tahun dahulu. Hal ini kerana, Raja dari puak manusia yang menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Kerana hasutan, hasad dengki dan tamak, dua puak pari-pari yang dahulu kala hidup bersama menjadi pecah belah! Mereka menjadi musuh! Nyea satu-satunya berdarah campuran yang pernah wujud di situ. Bila dia dapat tahu semua ini, dia seakan tidak boleh menerima kenyataan.Tidak disangka, kehadirannya juga akan mengubah segala-galanya.... Kehadirannya akan menyinari kegelapan.... Persahabatan.... Kesetiaan.... Percintaan.... Dan hubungan kekeluargaan.... #100% my idea
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 94,649
  • WpVote
    Votes 10,843
  • WpPart
    Parts 47
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,435
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.