EYE WITH LOVE 😍💘
22 stories
Meant To Be by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 119,955
  • WpVote
    Votes 14,783
  • WpPart
    Parts 29
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,653,824
  • WpVote
    Votes 407,071
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,754,198
  • WpVote
    Votes 281,652
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,079,990
  • WpVote
    Votes 353,090
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 835,681
  • WpVote
    Votes 41,907
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
SUAMI 3 BULAN by ftnfzyyy
ftnfzyyy
  • WpView
    Reads 997,925
  • WpVote
    Votes 46,335
  • WpPart
    Parts 58
ROMANCE SERIES •°. *࿐ «1st story » ©2020• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚ AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA ˚ ༘♡ ·˚ Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak pernah sehaluan. Afiq Raihan dengan sikap yang menjengkelkan. Anis Raihanna dengan sikap garangnya. Pantang berjumpa pasti akan bergaduh! Pertunangan Anis Raihanna bersama Haiqal Iskandar menyebabkan mereka berdua terputus hubungan buat seketika. Namun apakan daya, takdir selalu menemukan mereka berdua. Maka terjadilah perang dunia ketiga! "Apa pandang-pandang, nak aku korek mata kau ke hah?'' - Anis Raihanna. "Siapa pandang kau hah, aku pandang makcik cleaner tu lah... Perasan." - Afiq Raihan. Hanya kerana satu peristiwa, mereka terpaksa bersama. Dalam diam Afiq Raihan dan Haiqal Iskandar mengikat perjanjian tanpa pengetahuan Anis Raihanna. Afiq Raihan berjanji akan menyerahkan Anis Raihanna kepada Haiqal Iskandar selepas tiga bulan mereka dinikahkan. Namun begitu, keadaan makin huru hara apabila Afiq Raihan mula menyedari perasaannya terhadap Anis Raihanna. Manakala, Haiqal Iskandar pula cuba mendapatkan Anis Raihanna daripada Afiq Raihan. Siapakah yang dapat memiliki Anis Raihanna? Haiqal Iskandar atau Afiq Raihan ? Ikuti kisah mereka untuk jawapannya! #1 in romance : 18 / 2 / 2022 © 2020 By ftnfzyyy All right reserved No plagiat allowed.
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,521,708
  • WpVote
    Votes 140,122
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 161,325
  • WpVote
    Votes 10,850
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
Mrs Pickup Line by IntanMazlin
IntanMazlin
  • WpView
    Reads 276,059
  • WpVote
    Votes 17,849
  • WpPart
    Parts 53
Mrs Pickup Line mengisahkan tentang seorang gadis yang suka berpickup line. Watak yang di tonjolkan kadang-kadang nampak childish, periang dan kadang-kadang pula dia ni memang happy-go-lucky. Nurul Eleena Binti Esyam. Seorang gadis yang suka berpickup line. Bukan sorang dua dia berpickup line malah kalau boleh semua orang dia nak berpickup line. Tapi sejak dia berpickup line dengan seorang lelaki ni. Dia terus nekad untuk pikat hati lelaki itu. Macam-macam pickup line yang dia kasik. Tapi lelaki itu buat tak endah. Malah siap menyindir lagi. Nampak sangat dia tak suka dengan pickup line. Tengku Asyraf Bin Dato' Ariffin. Seorang lelaki yang kacak dan Macho. Dia win untuk semua benda tapi fail bab bercinta. Amat membencikan pickup line. Kerana baginya pickup line sekadar ayat untuk mengayat sahaja. Hadirnya Eleena kaki pickup line buat hatinya jadi tak tentu hara. Dia tak nafikan bahawa gadis itu memang ada aura tersendiri. Keadaannya jadi tertekan bila keluarganya buat permintaan dan semestinya dia tidak boleh tolak sama sekali. Bila Eleena tak habis-habis meluahkan perasaannya. Asyraf da tiada pilihan lain selain melamar Eleena. "Sudi tak kau jadi isteri aku?" - Asyraf. Hanya satu lamaran membuatkan hidup Eleena berubah status. Siapa je tak suka bila mana orang yang kau terkejar-kejarkan jadi milik kau? Namun baru sahaja hendak memupuk cinta. Orang ketiga datang memporak perandakan hubungan baik yang terjalin. Isteri mana je tak cemburu bila melihat suaminya keluar dengan perempuan lain? Dan suami mana je tak tercabar bila isteri lebihkan lelaki lain dari suaminya sendiri. Dapat ke mereka berdua mengecapi kebahagian mereka sendiri?