♡︎
10 stories
Jodoh Aku Ke? √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 1,496,318
  • WpVote
    Votes 67,321
  • WpPart
    Parts 74
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlawan kata. Seorang jejaka yang merasakan dirinya begitu kaya menghina seorang gadis yang dianggap miskin dan busuk. "Aku takkan suka dekat si Ayna ni, dah la miskin, busuk pula tu. Entah-entah, mak pak dia pun busuk sama macam dia" Sebuah penumbuk telah dihadiahkan kepada si penutur kata. Ayna yang selama ini hanya membalas dengan mulut akan kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq tidak dapat menahan amarahnya apabila mula melibatkan ibu bapanya. Satu kelas diam sepi apabila gadis itu dikatakan 'berani' menumbuk seorang ketua gangster sekolah. "Papa nak kamu jaga Tengku Asya dan abang dia, Tengku Syafiq" Terbeliak 3 pasang biji mata gadis apabila nama lelaki tersebut tersenarai dibawah jagaan mereka. Tiga gadis yang dianggap miskin dan busuk oleh Syafiq adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya tanpa dia sedari. "Kau cakap aku miskin? Kau salah, kau silap" Terdiam. Seluruh kelas 5 Alpha terdiam kaku tanpa sebarang suara. Semuanya diam sepi apabila 3 orang gadis yang dikatakan miskin mendedahkan wajah sebenar mereka. "Hye. Aku Tengku Ayna Alisya Binti Tengku Azrul" "Aku Raja Aqilah Azira Binti Raja Syazril" "Aku, Engku Azwani Dayana Binti Engku Azizul" Mereka adalah 3 orang anak jutawan yang menjadi perbualan diseluruh negara. "Nenda nak kamu kahwin dengan Syafiq" Hampir terkeluar biji mata Ayna apabila mendengar permintaan neneknya itu. Adakah mereka menganggap ini sebagai jodoh atau bodoh? "Aku takkan kahwin dengan kau" - Tengku Ayna Alisya "Kau satu-satunya harapan aku" - Tengku Syafiq Ezzry Start-Oktober 2017 End- 4:33pm, Sunday, 10 October 2018
RoyalNerd by afiqahsyazwanii
afiqahsyazwanii
  • WpView
    Reads 99,939
  • WpVote
    Votes 6,174
  • WpPart
    Parts 34
Highest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memandang harta dan pangkatnya. Oleh itu, beliau menjalankan misinya di sekolah biasa dengan penampilan yang baru. Tanpa sesiapa tahu pun latar belakang hidupnya dan berlakon menjadi se'nerd' yang mungkin. Dengan memakai seluar atas daripada pusat, cermin mata besar bulat, gaya rambut skema ,dan beliau terpaksa memakai contact lens..sebab mata dalam 'RoyalNerd'. 🥇#1- prince (3 April 2020) 🥇#1- schoollife (24 Mei 2020) 🥇#1- jealous (6 April 2021) 🥇#1- 2019 (18 Oktober 2021)
Crush Aku Anak Raja !  by lisyahusna
lisyahusna
  • WpView
    Reads 30,569
  • WpVote
    Votes 1,548
  • WpPart
    Parts 30
Hi guys ! this is my first story writing . Hope you guys like it ! SITI LISYA HUSNA - its me yow ! Seorang perempuan biasa yang datang dari family yang biasa2 saja . Anak ke3 dari 6 org adik beradik . Aku ni takdelah cerdik sangat tapi takde lah tak cerdik pun just biasa2 je banyak lagi yang kena belajar ttg dunia HAHAHA . Seorang yang sangat bercita cita tinggi dalam kehidupan . Even orang sekeliling cakap aku takkan dapat apa aku nak tapi aku tetap yakin dengan keajaiban Allah SWT . Believe in miracle weh ! TENGKU SHAH - haa ni lah crush aku . Lebih tua dari aku . Golongan diraja ni cuma dalam story ni aku tak sebut lah negeri mana okey ? hehehe . Merupakan anak sulung . Seorang yang berpendidikan . Lelaki yang sangat tinggi and nampak yang dia ni jenis soft sikit so kena betul dengan taste aku hehe . Takboleh cerita lebih2 nanti tak jadi cerita so aku nak cerita kan perjalanan aku dalam mempercayai keajaiban dari Tuhan dalam percintaan seorang rakyat biasa kepada seseorang yang tak tahu pun aku ni wujud . Bak kata org puteh "love in silent" . Haaa gituww By the way , follow my instagram @snlishaa
Mr. Prince ✔ by sweettapple
sweettapple
  • WpView
    Reads 838,610
  • WpVote
    Votes 33,323
  • WpPart
    Parts 67
[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertembung sepasang mata hitam untuk kali yang pertama. "Apa nama you?" -Tunku Putera Daren Adrique "Buat apa encik nak tahu nama saya?" -Rose Dahlia Dahlia tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan anak raja. Tetapi yang lebih memalukan, dia langsung tidak mengecam wajah putera itu disebabkan Prince Adrique menutup matanya menggunakan kaca mata hitam. "Dalam ramai-ramai manusia atas muka bumi ni, dengan anak raja juga yang kamu nak berkawan." -Puan Zahirah "Dah nama pun rezeki, ibu. Rezeki jangan ditolak." -Rose Dahlia Kerap kali Prince Adrique memonteng waktu pejabat semata-mata ingin berjumpa gadisnya sehinggalah berita itu sampai pada pengetahuan ayahandanya. "Ayahanda tak suka Rique berkawan dengan dia. Stay away from her." -Sultan Dahmod Alauddin "It's up to me what I wanna do." -Tunku Putera Daren Adrique "Then I will kill her!" -Sultan Dahmod Alauddin Hubungan sebagai kekasih yang terjalin akhirnya terputus begitu saja akibat terjadi sebuah kejadian buruk menimpa gadis itu. Perpisahan mereka yang terpaksa itu membuatkan Prince Adrique sering berada dalam kegelisahan. Walau bagaimanapun, Prince Adrique nekad untuk menjauhi dirinya dari gadis itu demi keselamatan Dahlia. Dia takut. Dia takut jika bunganya disakiti lagi. Tapi, mampukah dia berjauhan dengan pujaan hati? Kerana Miss Rose hanya untuk Mr. Prince. "True love is like a rose. It's delicate, thorny and is something many people try to find. If you want true love, you must be willing to face the hardships." -Mr. Prince ***************** Vote & comment Start: 6/6/19 End: 2/12/19
Mrs. Aqil Uzair : Cinta Yang Tidak Sempurna by aythearoses
aythearoses
  • WpView
    Reads 2,212
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 13
-His Little Zinnia- AQIL UZAIR | ATHIYA ZINNIA "Perfect way to let you go. Give my last hello, hope it's worth it. Here's your perfect." Dia bidadari milik Uzair, Dia gadis pujaan Uzair, Dia wifey termanis dambaan Uzair, Dan dia segalanya... Perkahwinan atas dasar hendak menolong membawa satu kisah manis. Bila Uzair si pemalu berjumpa dengan Zinnia si permaisuri pickupline, apa yang jadi? "Nak pergi mana tu wifey?" - Aqil Uzair "Nak pergi ke hati shuben, pulihkan dan biar wifey jer ada kat situ. Ahakss!" - Athiya Zinnia Gedik? Biarlah, dia hanya gedik dengan suami sendiri. "Usap kepala wifey..." - Aqil Uzair "Kenapa suka usap kepala aku?" - Athiya Zinnia "Sebab, eh ermm... Entahlah. Comel jer. Aku suka." - Aqil Uzair Hidup adakalanya umpama novel. Konflik menyukarkan kisah mereka. Lily Zalia mulai hadir. "Aku tahu aku tak sesopan dia, aku tak seayu dia. Tapi jagalah hati aku!" - Athiya Zinnia "Apa ni, takyah lah cerita pasal dia. Aku tak sukalah..." - Aqil Uzair Wifeynya itu garang tapi manja. Kuat merajuk tapi rajuknya tak lama. Buntu! Dia bukan lelaki yang sweet dan pemujuk, tapi buat 'wifey' nya dia cuba. "Tak payah pujuk aku, aku tahu cara nak pujuk diri sendiri..." - Athiya Zinnia "Tak kesah, nak pujuk jugak. No bantah-bantah. Wifey kena ikut cakap shuben." - Aqil Uzair Bagaimana pula dengan Lily Zalia? "Salah saya sebab tak notice awak dulu, sekarang saya sedar, saya cintakan awak." - Lily Zalia "Hey perempuan! Jangan buat-buat suci lah dekat sini! Hipokrit!" - Athiya Zinnia "Stop it, Thiya... Sama ada kau, atau Lily yang akan stay, we'll see then." - Aqil Uzair Dia bertahan, tiada yang tahu, Dia yang pertama mengatakan bahawa dia tidak sempurna, Namun... Meninggalkan itu adalah perkara sempurna, Kerana cinta mereka adalah... Cinta yang tidak sempurna.
Suamiku, Encik Pengasuh?✔️ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 1,565,082
  • WpVote
    Votes 68,854
  • WpPart
    Parts 57
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun bersikap seperti kanak kanak berumur 5 tahun. Tanpa semua sedari, ada satu rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini. Yang disimpan kemas. Hazairil Al'Iman, salah satu pewaris terbesar Keluarga bangsawan. Dia memiliki wajah yang mampu memikat hati para gadis tetapi di dalam jiwanya, ada sesuatu yang berbeza. Dalam satu jiwa, terdapat dua sifat yang berbeza beza. Satu adalah sifat yang egois dan sombong, satu adalah sifat rendah diri dan penyabar. Sejak Irina dan Airil bertemu, segala galanya berubah. Irina yang takut bertemu dengan lelaki berubah apabila dengan Airil. Dan itu membuatkan Airil terjebak dengan pekerjaan pengasuh. Disebabkan kesian dengan keluarga Irina, Airil terpaksa menerimanya walau hatinya tidak rela. "Pakcik ni siapa? Kenapa ada dalam bilik Bella? Mamaaaa, ada orang masuk bilik Bella". QAIRINA "What? Pakcik? Saya ni muda lagi tau. Baru 26 tahun. Dan saya ni pengasuh awak la. Kenapa setiap hari saya kena terangkan kat awak huh? Muda muda dah nyanyok". HAZAIRIL Hanya dengan satu hari menjadi pengasuh, Airil menjadi pengasuh selama lamanya. Semuanya berubah. Dengan satu jebakan, mereka terpaksa dikahwinkan. "Kenapa hah? Kenapa aku kena kahwin dengan perempuan macam ni. Itu sama saja dengan aku kahwin dengan budak umur 5 tahun. Hancur masa depan aku". HAZAIRIL "Pakcik, kenapa pakcik taknak main dengan Bella. Bella rindu la nak main dengan pakcik". QAIRINA "Aku takkan bagi kau hidup senang Irina. Selagi dendam aku tak terbalas, aku takkan mengalah. Nyawa dibalas nyawa dan disebabkan kau, Rhina matii". FATHINA Sikap Irina yang berubah setiap saat membuatkan Airil pening. Adakah Irina betul betul tidak normal atau normal? Sambung belajar, masak, shopping... adakah itu tidak normal tetapi pada masa yang sama tak pandai pakai baju, dan berperangai macam budak budak. Apa rahsia ada disebaliknya?
Stay With Me by naika_iasf
naika_iasf
  • WpView
    Reads 1,292,246
  • WpVote
    Votes 95,703
  • WpPart
    Parts 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang cliche. Tak ada satu pun yang menarik perhatian, atau luar biasa. Tak pernah ambil serius keadaan sekeliling sudah semestinya sifat dia yang paling kukuh dalam dirinya Jejakkan kaki ke sekolah baru, identiti mesti dirahsiakan. Dijaga rapi supaya perkara lama tidak berulang. Mimpi ngeri? Afrina Eryssa, siapa sangka gadis lemah lembut ini ada sisi yang dirahsiakan daripada semua orang? Dan siapa sangka gadis pemalu ini menyimpan seribu satu kisah yang dipendam? 100% my idea. Dilarang meniru! Start; rasanya 2 Nov 2020 Ending; 19 Januari 2021 Status; Complete Most impressive ranking: #1st in teenfiction (9th of January 2021) #1st in highschool (8th of October 2022)
Sayang Separuh Nyawa by _YnaTasha
_YnaTasha
  • WpView
    Reads 107,392
  • WpVote
    Votes 3,763
  • WpPart
    Parts 62
BEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak tidak kisah, tetapi jauh di sudut hati, hanya Allah saja tahu betapa sayangnya dia terhadap Danial, tetapi hanya dipendamkan saja perasaannya itu. DANIAL ARSHAD, ego dan angkuh. Luaran, dia langsung tidak mempedulikan Dania. Sama ada gadis itu ada atau tidak, itu bukan urusannya. Orang luar melihat dia membenci gadis itu. Namun dalamannya, hanya Allah saja tahu betapa kasihnya dia terhadap isterinya itu. Namun kerana ego seorang lelaki yang menggunung, gadis itu dibiarkan terkontang-kanting. "Ingat. Aku buat semua ni sebab papa and MA Holdings. Jadi, kau jangan nak perasan yang aku suka kau pulak." - DANIAL "Don't worry, Encik Danial Arshad. Sampai mati saya ingat. In fact, saya tak pernah dan tak akan perasan. Tapi saya harap awak pun janganlah perasan, yang saya suka dekat awak." - DANIA Berperang serupa Tom dan Jerry, bermusuh umpama Korea Selatan dan Korea Utara, namun jauh di sudut hati, kuntuman cinta makin mekar tanpa disedari. Kerana sering bertelingkah, mereka langsung tidak menyangka bahawa hal itulah yang telah mendekatkan hati mereka berdua. "Dah. Esok tak payah pergi kelas. Faham?" - DANIAL "Mana boleh tak pergi kelas. Nanti apa-apa tak tahu susah lah orang..." - DANIA "Aku kata tak payah pergi tu ikut aje lah. Bukan aku suruh ponteng selama-lamanya pun. Jangan banyak cakap boleh tak? Kang satu kotak ni aku sumbat dalam mulut kau." - DANIAL Lumrah hidup, dalam bahagia yang dicipta pasti ada ujian yang menduga. Bisa bertahankah hati untuk saling menyayangi? "Abang sayang Ieya... Abang sayang Ieya separuh nyawa abang." - DANIAL ©️ YnaTasha2017 (I DON'T TOLERATE WITH PLAGIARISM!)
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,269,730
  • WpVote
    Votes 562,124
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,293
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.