(•̀ᴗ•́)و
6 stories
S1 | Mafia Academy ✓ by srhkhadeeja_
srhkhadeeja_
  • WpView
    Reads 916,511
  • WpVote
    Votes 49,015
  • WpPart
    Parts 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan pula dengan penyakit DID . Dirinya dibuli , dipukul , diherdik , dilayan seperti sampah oleh masyarakat hanya kerana status papanya . Mafia Academy . Sebuah academy tersembunyi yang melatih sesiapa sahaja yang ingin memasuki dunia gelap ini . Diketuai oleh seorang lelaki bernama Tengku Zafriel Qaiser merangkap ketua mafia terkuat di dunia . Mungkin gila sebagai seorang perempuan memilih untuk menjadi pembunuh . Tapi tidak bagi Sarah , ia seolah sudah sebati di dalam dirinya . Pertemuan tidak sengaja mereka telah membuat hati Zafriel terpaut dengan perempuan itu . Zafriel yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang dingin , beku , anti dengan perempuan akhirnya terjatuh juga . Hatinya terusik dengan perangai Sarah yang tidak seperti perempuan di luar sana . Mereka hanya mahukan harta daripadanya . " tempat ni antara hidup dan mati . kalau kau tersilap sikit , kau mati . kau yakin dapat survive sampai ke pangkat atas sekali ? " - Tengku Zafriel Qaiser . " s-sorry " - Nur Sarah . Disakiti beberapa kali oleh lelaki yang sama sehingga Sarah ingin berputus-asa dan memilih untuk berpisah . Siapa sangka ? Kehidupan selepas berkahwin banyak mengajarnya . Diuji dengan kematian anaknya dan suaminya sendiri yang menyalahinya . Dibenci dan dipukul oleh suami sendiri . " kenapa kau tak dengar cakap aku ?! aku dah cakap jangan pergi tempat tu ! kau tengok sekarang apa dah jadi ! anak aku mati sebab kau ! " - Tengku Zafriel Qaiser " S-sarah minta maaf " - Nur Sarah Persoalannya adakah hubungan mereka bertahan ? Berjayakah Zafriel menurunkan egonya dan memaafkan Sarah ? Selanjutnya nantikan di Mafia Academy . start ; 27/10/2020 end ; 13/7/2021 All Right Reserved @srhkhadeeja_ Beautiful Cover By @mrztyara_
A'ma (Buta) by amirulrhmn
amirulrhmn
  • WpView
    Reads 22,171
  • WpVote
    Votes 2,190
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ini penuh dengan misteri dan aksi-aksi seram. Siapakah A'ma. A'ma merupakan seekor jin yang mewujudkan dirinya seperti wanita bertelekung yang bertompok-tompok dengan darah, dia tidak memiliki mata dan dia buta. Dia menggunakan hidungnya sebagai peganti mata dan menghidu iman-iman manusia yang lemah. A'ma mula memunculkan dirinya di sebuah Madrasah yang dipanggil Al-Mukmim. Pelajar-pelajar tahfiz di sana, di kacau oleh A'ma. Ada apa dengan jin A'ma ini? Bagaimana mahu menghentikannya? Dari mana asalnya. Teruskan membaca. A'ma hanya jin rekaan semata-mata dan tidak wujud. Sekian ∆ Top 10 #ghost (6 Mac 2020) ∆ Top 100 #malaysia (14 Mac 2020) ∆ Top 50 #misteri (14 Mac 2020) ∆ Top 10 #horror (1 Ogos 2020) ∆ Top 5 #malay (25 Jun 2021)
MATI by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 96,172
  • WpVote
    Votes 6,111
  • WpPart
    Parts 22
Mati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali melihat wanita itu dan merasakan dirinya tidak selamat. Dia memberitahu Kelab Deria Keenam mengenai kejadian itu. Satu hari wanita itu muncul di rumahnya tanpa dijemput. Siapakah wanita itu? Dapatkah ahli Kelab Deria Keenam membantunya? Semuanya dalam MATI(sekuel kepada cerita GILA) Highest Rank : #9(22/10/2016) Current Rank : #18 in Horror
Karun Maryam by amirulrhmn
amirulrhmn
  • WpView
    Reads 14,760
  • WpVote
    Votes 979
  • WpPart
    Parts 15
Novel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di rumah kayu Maryam yang terletak di Kampung Saka Berhenti. Rumah kayu Maryam itu dimiliki oleh seorang wanita muda yang bernama Mashitah. Sepanjang mereka berlima tinggal di rumah kayu Maryam itu, banyak hal-hal aneh dan seram berlaku di sana. Semakin lama juga mereka tinggal di sana, semakin banyak misteri yang muncul dan berjaya dirungkaikan. Ingin tahu secara lanjut lagi, jom baca bersama novel ini
GILA by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 98,836
  • WpVote
    Votes 6,184
  • WpPart
    Parts 21
"Aku nak anak aku balik! Aku nak anak aku!". Peristiwa hitam yang menimpa Hospital Lembah Klang ini pernah menjadi bualan masyarakat. Kisah Mak Tiha yang kehilangan anak tersayang akibat bunuh diri telah menjadikan dirinya seorang pesakit mental. Namun beberapa hari selepas dimasukkan ke dalam wad psikiatri, dia telah disahkan mati. Kisah ini ingin disiasat oleh sekumpulan remaja yang dengan cerita itu sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam hospital orang GILA. Highest rank #10 (23/10/16) Current rank #16
ROH by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 23,960
  • WpVote
    Votes 1,497
  • WpPart
    Parts 9
Sambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umairah dah mati dalam GILA dan Nazri kehilangan kuasa dalam MATI. Ini kisah budak-budak sixth sense yang akan selesaikan kes paranormal. Setiap roh akan terpisah dari jasadnya. Tapi, ada roh yang taknak terpisah dari dunia ni. Itulah jenis roh yang selalu kita nampak berlegar-legar di tempat gelap dan sunyi supaya dia dapat bersendirian. Kes terbaru, roh cikgu berubah dengan roh seorang kanak-kanak. Entahlah siapa punya kerja ni tapi motifnya ialah balas dendam. Lepas tu, kelihatan roh pelajar yang dah mati berjalan di sekitar koridor pada waktu tengah malam. Paling teruk, sekolah seakan-akan dikawal sepenuhnya oleh hantu pada waktu tengah malam. Pengawal sekuriti pun dah banyak kali mengatakan yang diorang dah berkali nampak roh tersebut. Kelab Deria Keenam telah ditugaskan untuk menghalau hantu dari sekolah kami tapi ia tidak semudah menghalau hantu Mak Tiha di hospital, kami perlu bertempur dengan sekumpulan hantu yang ganas dan menyeramkan.