nrsyamimi06's Reading List
3 stories
She, My Exception (REVAMP) by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 696,045
  • WpVote
    Votes 13,954
  • WpPart
    Parts 27
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,550,905
  • WpVote
    Votes 140,575
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
TUANKU HANA 3 ✔️ by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 2,471,255
  • WpVote
    Votes 66,859
  • WpPart
    Parts 30
(COMPLETE)